SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 16, 2010

IKAN CHUAN BERCUKA KALAU BERPACARAN

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama AreLeez (KKBA)

Aku nak share resepi Ikan Chuan Bercuka Kalau Berpacaran lak. Resepi nie aku amik dari tiffinbiru, blog yang memang meriah dengan resepi2 & makanan2. Gambar pun cantik2! Kagum ah kak..! Hokaylah! Jom tengok resepi! ;)

Bahan2:-

4 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 biji bawang putih (dihiris)
1 tangkai cili merah (dipotong serong)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar cuka makan
1 keping kulit kayu manis
Serbuk perasa
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Air
Minyak masak

Bahan2 Perap:-

Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Garam

Bahan2 Hiasan:-

Daun sup (dicincang)

Cara2 Penyediaan:-

1) Perap ikan dengan bahan2 perap selama 15-20 minit.
2) Goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat & toskan.
3) Tumis kulit kayu manis, bawang putih, serbuk kunyit & halia hingga naik bau.
4) Masukkan sos tiram & cuka makan. Tuangkan sedikit air.
5) Masukkan bawang besar & cili merah.
6) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
7) Masukkan ikan & mesrakan ikan dengan kuah. Padamkan api & hidangkan. Taburkan daun sup sebagai hiasan.


~ Ikan Chuan Bercuka Kalau Berpacaran.

*Mungkin terdapat perbezaan portion bahan2 antara resepi dalam blog tiffinbiru dengan blog ini kerana portion bahan2 adalah mengikut sukatan tuan tanah kedaung.

2 comments:

azzey said...

Areleez: Tuan Tanah Kedaung dah buat ke?

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

azzey,
ek elleh..! of cos la dah.. tu yg dlm gambar tu la hasilnye maa..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google