SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 24, 2017

CINDERELLA RABUN & TUAN PUTERA SADO #TANGPERUT

#Throwback

Oppa ajak tapau breakfast. Aci redah je. Takde survey2 mahupun google2.

Jumpa gerai nasik berlauk. Aku syak owner dia orang Pantai Timur. Kami tapau nasik lemak, nasik berlauk & mee + kuetiau goreng. Makan ramai2 kat homestay. Bbrrppp..!!! Kenyang, noks..! Alhamdulillah...

Aktiviti selepas breakfast adalah bebas. Oppa kata, kasik dia tido sekejap. Kemudian, kita ke The Shore Sky Tower Melaka.

Tak pernah jejak kaki kat situ pun. Tak sesat sebab Waze banyak membantu.

The Shore Sky Tower Melaka (The Shore Sky Tower Sdn. Bhd.),
Tower 1, 42 & 43F,
The Shore Shopping Gallery, Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka.

No. Telefon: 06-2883833

Kau parking, naik lif untuk ke level 42. Naik tangga yang maha gayat untuk ke level 43F. Lift pun ada. Lift transparent. Oppa goyah naik lift tu. Dia pilih tangga. Aku ok jerrr... Bukan berlagak / riak / takbur / etc2. Tapi maksudnya, aku masih boleh handle tahap kegayatan tersebut. Tapi, dah Oppa naik tangga, kita redha je lah naik tangga jugak. Tempat seorang isteri kan di sisi suaminya... Eceh! ;P

Jangan bimbang kalau tersesat2 sikit masa dalam proses mencarik kaunter tiket. Sebab ada petunjuk arah kat area lift. Plus, staff2 pun mesra alam. Boleh tanya diorang. Toksah malu2.

~ Kaunter tiket.
Harga tiket seperti berikut:-

Dewasa: RM 25.00
Kanak2: RM 18.00

~ Tiket dah beli. Hokay, boleh start menapak, explore la ikut citarasa memasing. Yang penting, hati2, jaga keselamatan diri sendirik.

~ Jangan over excited!

~ #WatLekWatPeace je.

~ Walaupun neves dada debor2 tapi, maintain konpiden. Supaya mudah Encik Photographer menjalankan tugas. Ha3...

~ Sky fish kekdahnya... Mengundang sangat ikan2 ni dok berenang2 atas puncak bangunan tu tau!

~ Boleh nampak seluruh bandar Melaka.

~ View adalah superb!


~ Oppa cuak! Ha3...

~ Oppa gigih nak skodeng anak bulan. Ha3...

~ Cobaan bertenang & husnuzon... ;P

~ Gigil tapi, masih husnuzon... He3...

~ Sini pun cantik.

~ Masa selfie tak gayat. Tapi, bila tengok balik gambar ni, seram2 sejuk jugak perasaan dia. Ngeee...

~ Memem & family pun join jugak. Datang asing2. Kami sampai dulu, baru diorang.



~ Kalau nak selfie berguling2 buat filem Kuch2 Hota Hai syok sendirik pun cun jugak kat sini. He3...

~ Sibuk nak teropong anak bulan jugak. Isk3...

~ Port paling mencabar keberanian. Mampu handle, boleh try. Kalau tak, rentikan la... 


~ Terjenguk2... Terintai2...


~ Cinderella rabun & tuan putera yang sado #TangPerut... Kengkonon sangat..! Ahaks...


~ Sejuk sikit kat sini.

~ Kaki silang kepit2 tu acah2 Amber Chia muslimah sangat..! Ha3... #StatementMengundang


~ Angle ni pun cun jugak.



~ "Merenung ke luar jendela... Bayu pagi meniup lembut... La3..." Ecewah!


~ Acah2 Cinderella's chariot.

~ Nasib baik lock. Kalau tak, lama dah ah kak 'tunjuk langit'. Ha3...

Aku suka The Shore Sky Tower Melaka ni. Sesuai untuk photoshoot. 

Tapi, dah banyak renovate rasanya. Sebelum ni, lagik gigih kelenjar adrenalin bekerja sebab banyak glass floor. Menggigil je lutut tengok bloggers tayang selfie2 diorang. Ngeeeeee......

Sekarang glass floor yang banyak2 tu nan hado..! Ada seciput seketol je. Hu3...

Next time, nak try pergi belah malam pulak. Sebab lagik cun katanya... Lebih romantik. Awwsss..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 22, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #117: KOLEKSI

~ Siri #1

~ Siri #2

Tambah koleksi diri sendirik & Oppa. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 21, 2017

PARAMESWARA

#Throwback

Ke Melaka kita, weh..! Bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen Jejah. Haaa... ayat cendekiawan sudah mari..! Ha3...

Pukul 12.30 tengah hari, on the road, setelah 'urusan seri paduka baginda' Oppa yang maha banyak tu selesai. Takpe... takde nak rushing2 pun sebab konvo Jejah lusa. Maksudnya, kami pergi Melaka 2 hari lebih awal. Sengaja. Merangkap family vacay katanya...

Tapi, langit tak selalunya cerah. Kadang2, mendung jugak kan... Haaa... ayat cendekiawan ah kak keluar lagik, noks..! Owh... hooo... hoiii..! ;P

Abah muntah2. Sekali kat rumah aku. Sekali kat R n R Ulu Bernam & sekali kat dalam kereta. Badan Abah macam lemah, kaki macam tak kuat. Jalan kena pimpin.

A week before, Abah masuk emergency room, Zon Separa Kritikal. Abah pitam. BP, gula, darah, jantung & urine semuanya under control. Doktor diagnos sebagai dehydrate sebab Abah muntah2 jugak.

~ Lepas habis drip 1 botol, boleh discharge.

Kami nak patah balik. Tapi, Abah insist nak ke Melaka jugak. Terpaksa akur walaupun dilema. Check in di Lucky Homestay. Lepas Maghrib, Oppa bawak Abah ke klinik.

BP: 167/70, gula: 19. Maka terjawablah sudah... Punca muntah2: Angin.

Alhamdulillah... lepas makan ubat, Abah dah berselera makan. Tapi, berjalan still kena pimpinlah.

Abah sempat bergurau...

"Esok, ke Johor pun Abah boleh..!"

Ha3...

Kami dinner di:-

Ikan Bakar Parameswara,
Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu,
Umbai, Melaka.

Bapak ramai umat manusia! Nasib baik dapat meja.

~ Sambil menyelam, minum air. Eh, silap! Sambil beratur, sambil selfie. Heh3...

~ Port memilih seafood.

~ Banyak kali boleh selfie. Maksud tersiratnya adalah queue panjang. Harap bawak bertenang & bersabar. Zikir je bebanyak.

~ Tunggu meja sebelah kosong. Meja nan seketol ni tak mampu menampung seantero ahli rombongan kami.

~ Cousins

~ Oppa ajak dating kat sini sementara menunggu juadah yang di order kunjung tiba.

~ Hokay, siap! Jemput makan. ;)



Rating: 3 / 5 mintang

Service: Ok. Kategori pantaslah jugak... dengan customers yang berduyun cenggitu.
Rasa: Ok2 jerrr...

Ikan bakar tu macam pahit2 sikit. Mungkin dimasak dengan api yang kuat. Nak cepat sebab customers melimpah-ruah nau2 kot...

Harga: Reasonable. RM 300++ untuk 12 orang dewasa makan dengan juadah ikan, ketam, sutun & udang.

Berselera Abah makan. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 14, 2017

BIASAKAN YANG BETUL

#Throwback

Audit ISO.

Pendek je nama ia. Ringkas. Short & simple.

Tapi, ia punya penangan... perrgghhh..! Boleh buat jiwa kacau, dowh..! 7 hari 7 malam tak lena tido. Untung la kalau tido lepas tu, dikurniakan mimpi. Masalahnya, mimpi pun pasal ISO, PK-URUS, AK-URUS, PK-PINJAM, PK-ADUAN, PK-AUDIT, bla3... & seumpamanya. Sedeh betol! Hu3...

Dipendekkan cerita, hari kejadian pun tiba...

~ Jejaka2 idaman Malaya... Rajin! Tapi, mahaplah. Not available. Tak boleh buat calon menantu mahupun calon boyfriend. Ha3...

~ 1 hari team internal auditor datang buat checking.

ISO ni memanglah jiwa kacau. Tapi, tetap ada benefitsnya.

1. Staff baru lapor diri kompom ternganga2 sambil ligat pikir, apakejadahnya ISO nih?! Dengan adanya audit ISO, dapatlah pendedahan awal sementara nak tunggu induksi. 

2. Staff otai pulak, jangan ko pikir ko dah kerja lama, bertahun2, ko konpiden yakin je kerja kau semuanya tip top. Tak semestinya, hokay..! Sebab ada je yang dah kerja lama tapi, bila tanya ada berapa PK & AK, melopong. Kantoi! Dengan adanya audit ISO, segala teguran / ketakakuran minor / ketakakuran major dapat dikenal pasti. 

Moral of the story: Betulkan yang biasa & biasakan yang betul.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google