SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 30, 2013

NASI SOTONG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nampak sotong dalam fridge. Tapi, otak kata macam nak buat nasik ayam. So, kita twist sikitlah! Nasik ayam jadik nasik sotong. Hah, amacam..??! Pun bollehhh... kan? Heh3...

Bahan2 Untuk Nasi:-

3 cawan beras (dicuci bersih)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 sudu mentega
1/4 ketul kiub ayam Knorr
Garam

Cara2 Penyediaan Nasi:-

1) Cairkan 1/2 sudu mentega. Tumis halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan beras ke dalam rice cooker. Tuangkan air secukupnya.
3) Tuangkan bahan2 yang telah ditumis ke dalam rice cooker.
4) Masukkan kiub ayam Knorr.
5) Perasakan dengan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.

Bahan2 Untuk Sotong:-

5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih, ditos & dipotong bulat)
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Sotong:-

1) Perap sotong dengan kicap masin, manis & sos tiram.
2) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk & pukul.
3) Panaskan minyak.
4) Celup sotong ke dalam telur ayam & golek2kan ke dalam tepung gandum.
5) Goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sup Fishball:-

1 peket fishball saiz besar (dibelah 4 setiap 1)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 ketul kiub ayam Knorr
1 pokok daun sup
1 batang carrot (dipotong memanjang)
Garam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Sup Fishball:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & merah hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Masukkan carrot. Masak hingga empuk.
5) Masukkan fishball.
6) Perasakan dengan garam.
7) Taburkan dengan daun sup. Angkat & hidangkan.

Bahan2 Untuk Sos:-

1 senduk sup fishball
Garam

Bahan2 Kisar Untuk Sos:- 

2 tangkai cili merah
1 biji tomato
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sos:-

1) Panaskan bahan2 kisar. 
2) Tuangkan sup fishball.
3) Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Bahan2 Untuk Sos Kicap:-

2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sup fishball
Daun bawang (dipotong)

Cara2 Penyediaan Untuk Sos Kicap:-

1) Satukan kicap masin & sup fishball ke dalam mangkuk kecil.
2) Taburkan dengan daun bawang. Hidangkan.

~ Nasi Sotong yang dah siap plating. ;)

Fuh!!! Antara resepi terpanjang yang aku pernah buat. Harap berbaloi & selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, December 27, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 30

Breakfast:-

3 ketul nugget ayam + air masak
Tapau. Tak sempat nak breakfast dengan my 'sayang' sebab ada hal urgent kat opis. Hu3...

Minum pagi:-

3 ketul nugget ayam + air masak
Muka pun dah macam nugget ayam. Heh3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng + 2 ketul ubi kentang masak kari + air masak
Hah, kan KARI lagik..! ;P

Minum petang:-

Togok air masak. Haus!

~ Dinner: 1 mangkuk kecik sup fishball + 1 sudu sotong yang dicedok dari menu nasik sotong. Yang dalam pinggan siap dengan nasik macam dalam gambar kat atas ni khas untuk my 'sayang', hokay!

Actually, pernah la jugak ada yang tegur kata aku dah 'mengecik' sikit. Tapi, aku still tak confident nak pijak penimbang. Nanti2 la... 


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 26, 2013

NAK TERBANG2 MACAM JEBAT & MASTURA JUGAK..!

Isnin sampai Rabu, pukul 10 malam... Ratu Sinetron amik 'seat VVIP' kat depan tv. Seat yang ada pakej 2 peneman spesel iaitu Encik Spongebob & Cik Ted Toberry. 

Masa tu, kalau nyamuk tumpang lalu pun confirm kena maki! Sebab kacau Ratu Sinetron nak feeling2 Hannah Mastura ngan Jebat. Ha3... Over!

~ Bukan Kerana Aku Tak Cinta punya pasallah! Hmmm... teringin pulak nak ajak my 'sayang' terbang2 macam Mastura ngan Jebat nih. Terasa sangat romantik pulak. Eceh! He3...

*Credit to: mydreamhigh123

Aku dah tumpang baca sinopsis drama ni kat sini. Sejurus lepas tu, terus stress!!! Arrgghhh..!!! Baca kat opis pulak tuh. Terus rasa nak geget2 pc opis. Hadoiiyaiinyapon! Penangan sangat kan...

Malam ni nan hado! Haish! Lambatnya lah nak ke hari Isnin. Owh3...


:: Like3, ek! ::



SIZZLING MAGGI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Biasanya orang buat sizzling yee mee kan. Tapi, aku takde stok yee mee. So, be creative & innovative sikit lah. ;)

Bahan2:-

3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 inci halia (dihiris)
2 tangkai cili kering (dipotong 3 setiap 1)
2 biji telur ayam
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
2 kuntum cendawan shitake kering (direndam, ditos & dihiris)
3 kuntum cendawan shitake biasa (dicuci bersih & dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap manis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 batang carrot (dihiris memanjang nipis2)
2 bungkus mee segera (direbus sebentar & ditoskan)
2 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, putih & cili kering hingga naik bau.
2) Masukkan isi ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan ubi kentang, carrot, cendawan shitake & sotong.
4) Perasakan dengan sos tiram, kicap manis, kicap masin & serbuk lada hitam.
5) Tuangkan air secukupnya.
6) Tuangkan bancuhan tepung jagung. 
7) Pecahkan telur ayam. Reneh hingga telur ayam mengeras. Angkat & tuangkan ke atas mee segera yang telah direbus serta ditoskan tadi.

~ Sizzling Maggi. Bersepah sikit rupa paras dia. Gasakkan jerrr... ;P

Ini portion untuk 2 orang makan, ye puan2 sekalian... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, December 25, 2013

LUKA DI TANGAN NAMPAK BERDARAH...

Nak tunjuk rajin merangkap terpaksa menjadik rajin sebab kerja dah sebabun menunggu sekembalinya dari presentation Kumpulan Inovatif & Kreatif. Huh!

~ Ini la natijahnya! Walaupun nampak kecik macam takde hal je tapi, pedih2 jugak wooo..!

Kecederaan di tempat kerja... tajuk album dia. Luka terkena sisi kertas A4 yang tajam tuh. Nak cepat punya pasal! Adeh3...

Masa kejadian, rasa macam tak sabor nak balik rumah. Nak mengadu-domba kat my 'sayang'. Kalau boleh siap nak suruh my 'sayang' geget2kan kertas A4 yang kejam yang telah melukakan jari comel bini dia nih! Uhuks3... 

Over sangat kan... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 24, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 29

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng Singapore + 1 ketul tauhu telur + air suam
Kat Sri Sayang, City Mewah jerrr...

Minum pagi:-

Air masak semata2. Ko mampu..?!! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak pedas + 3 ketul kentang masak kari + air masak
Tapau kat Restoran Pak Ngah Santan. Eh, lately ni kan... suka betul ah kak makan kari! Especially kari kat Restoran Pak Ngah Santan nih. Kaw2 betul! 

Minum petang:-

1 peket kecik Kit Kat + air masak

~ Dinner: 1 pinggan sizzling maggi + air masak

Dah. Tu je nak cerita... 


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 19, 2013

HARGAI KEHIDUPAN, HAYATI PENGORBANAN

Entry terhenti seketika...

Biasa la... tuan tanah kedaung amalkan prinsip 'Kerja didahulukan, BLOG DIUTAMAKAN'. Eh! Ha3...

Hari ni nak mula bersiaran balik. Share gambar2 (tanpa caption) yang memorable sebagai mukadimah. Layannn... je tau! Jangan banyak songeh! Hiks...











Moral of the pictures: Hargai kehidupan... Hayati pengorbanan...

Sekian, wassalam... 

Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, December 13, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 28

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng Singapore + 2 ketul sosej ayam masak pedas + air suam
Melayan tekak kat Sri Sayang, City Mewah.

Minum pagi:-

1 biji jambu batu yang takde biji tuh + air masak
Jambu batu bagus untuk detox kan? ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng + 2 ketul terung masak kari + air masak
Melayan tekak kat Mokcik Banjir pulak. ;)

Minum petang:-

Makan left over jambu batu takde bijik tadi tuh. Jadik la kan...

~ Dinner: 1 ekor ikan termenung goreng + 2 sudu meranti masak lemak. Yang full dish siap dengan cicah cili kicap ni khas untuk my 'sayang' la... Siapa lagik kan... Heh3...

Hmmm... sodap jugak ratah meranti masak lemak tuh. Bila dah kunyah2 tu, ada rasa pahit2 sikit la... Tapi, tak berani nak ratah banyak2 sebab orang kata meranti ni angin. Orang kata la... bukan aku kata... Sila salahkan 'orang tersebut' jika ianya auta. ;P


:: Like3, ek! ::



SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...

Kesah bulan November kalau tak silap...

Masa tu, aku dah masuk opis. Dalam pukul 9++ pagi, my 'sayang' call, bawak perkhabaran sedih, Nenek Kampung meninggal katanya... Owh... innalilla hiwainna ilai hirojiun...

Fyi, Nenek Kampung = nenek my 'sayang' belah mak dia. Dah beberapa hari jugak Nenek Kampung sakit. Mak Ngah yang bagitau sebab Nenek Kampung tinggal dengan Mak Ngah. Masa sakit tu memang Nenek tak lalu makan. Dia diam je. Even dia tak respon dengan apa yang kita sembangkan dengan dia. Cuma sesekali tu nampak tangan dia menggigil macam tengah tahan sakit.

Apa yang mampu kami buat hanyalah bacakan surah Yassin secara berjemaah untuk Nenek. Doakan yang terbaik. Tapi, Allah Maha Mengetahui... Dah sampai ajalnya. Redhakan pemergiaannya... itulah yang terbaik.

~ Aku babysit Arrisya kejap sementara tunggu Awa balik. 

~ Semoga roh Allahyarhamah Nenek Saodah dicucuri rahmat...

Sesungguhnya, dari Dia kita datang, pada-Nya jua kita kembali...

Al-fatihah...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 27

Breakfast:-

Cucur udang + air masak
Tak sempat nak breakfast together2 dengan my 'sayang'. Dah lambat. So, my 'sayang' tapaukan kuih je.

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Aci kokak sebab tak sempat nak potong2. Pun bollehhh... lah! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan tauhu masak kicap + 2 sudu kacang panjang tumis + air masak
Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... ;P

Minum petang:-

Togok air masak jerrr... Tak sempat nak grab epal merah. Uhuks3...

~ Dinner: 1 set roti bakar + hirisan buah mangga + air masak. Homemade tau!

Sekian, melaporkan... ;P


:: Like3, ek! ::



SATE & SOTO POKCIK ITU...

Entry ni tercetus disebabkan terpengaruh dengan rancangan Warung Kita. Alaaa... yang kat Astro tu, haaa..! Yang host baru dia Shamsul Ghau2 tuh. Host lama Farouk Hussein.

Di suatu petang tu, aku ngan my 'sayang' macam free plak. Selalunya, susah jugak dua2 nak free2 macam ni. Means, free yang spontan & tanpa dirancang la... Macam nasib & rezeki menyebelahi kami gitu..! Eceh!

Bosan pulak melepek kat rumah je. Jadik, aku pun kenyit2 mata kat my 'sayang' sambil tersengih2 ajak my 'sayang' jalan2. Menggunakan bahasa tubuh yang paling ideal kekdahnya... Ha3...

Berjaya, hokay..! ;D

Memula, pusing2 Teluk Intan. Lepas tu, aci redah je sampai la ke Bagan Pasir semata2 nak carik 1 stall yang pernah Shamsul Ghau2 terjah dalam Warung Kita. Tetiba ternampak macam pasar malam kat belah kanan jalan. Laju2 my 'sayang' u-turn. 

~ Dari kejauhan dah aim stall nih. Pokcik tu jual sate, soto & air. Ada pulak disediakan meja & kerusi untuk customer makan kat situ. Terus kitorang chop 2 kerusi! He3...

~ Rupa paras soto. Not bad la... Serve panas2 kan... marvellouslah! Meleleh2 peluh kat dahi. Ha3...

Soto tu ada 2 jenis. Soto ayam & daging. Harga sama je kot. Rasanya la kan... Sebab aku tau makan je. Bab pembayaran bil selepas makan, aku buat tak reti je. Ha3...

Kitorang order jugak sate ayam & daging. Memula, plan nak makan kat situ je. Tapi, bila dah pekena soto macam full tank pulak. So, tukar plan, mintak pokcik tu tapaukan je. 

Sate dia biasa2 je kot. Hmmm... sate Wak Teni lagik terbahek! Ikut tekak aku la kan...

Tak sangka sebenornya dapat jumpa stall pokcik nih. Start mengidam bila nampak Shamsul Ghau2 menikmati sate & soto dalam Warung Kita la... Asik bertangguh je nak pergi. Tetiba macam rejeki pulak kan... jumpa ngan stall pokcik tuh. 

Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 12, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 26

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 1 biji telur mata masak pedas + air suam
Makan together2 ngan my 'sayang' kat Sri Sayang, City Mewah.

Minum pagi:-

Nan hado! Kerja manyak, noks! So, I is tak sempat. Hu3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng + masak lemak labu + air masak
Mokcik Banjir lagik...

Minum petang:-

Pun nan hado! 

~ Dinner: 1 mangkuk kecik chicken shitake soup + air masak. Ikan siakap goreng ngan cicah cili kicap tu khas untuk my 'sayang', dimakan dengan nasik putih.

Hmmm... masih tak berani nak pijak penimbang berat tuh. Neves tak hengat! Ha3... Hadoi!!!


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 10, 2013

SUPPORTER TEGAR MANCHESTER UNITED DISERANG DEMAM!

1 fine evening...

Kak Aneem call, mintak bawakkan Abang ke hospital. Abang demam. Actually, dengan Kak Aneem sekali demam. Lepas kena urut ngan nenek sedara yang pandai mengurut, dah macam ok sikit.

Kesah urut2 ni pun kepoh jugak tau! Masa tu aku kat rumah Mak, my 'sayang' kerja. Tetiba Abang call, mintak amikkan Nenek Pendek (nama gelaran untuk nenek sedara tuh. He3...). Abang dengan Kak Aneem nak berurut. Suara Abang time tu macam menggigil2. Neves ah kak, noks! 

Laju2 suruh Mak masuk dalam kereta & berdesup ke rumah Nenek Pendek. Mak lagik la neves! Nenek Pendek pulak kelam-kabut dibuatnya, sampai pakai tudung pun aci sarung kat dalam kereta je. Adeh3...

Sampai kat rumah Abang, tengok2 dua2 terbongkang. Sorang kat atas sofa, sorang lagik kat atas comforter. Rifqi tido. Kak Yong & Kak Ngah behave je tengok tv. Diorang pun baru baik dari demam. Plus, diorang paham kot yang mama & papa diorang tak sihat.

~ Namun demikian (eceh, ayat..!), effect urut2 tu tak dapat mengkebahkan demam. Ke hospital jugak akhirnya... Demam2 pun gigih sarung jersey MU. Isk3...

~ We ols seperti biasalah... ;P

~ Tunjuk bukti kena cucuk, amik darah. Dah boleh senyum sikit. Hiks...

Doktor amik darah sebab suspek denggi. Tapi alhamdulillah... bukan denggi. Just demam biasa. Lepas amik ubat, dah boleh balik berehat.

Musim demam agaknya sekarang ni kan? Hmmm...


:: Like3, ek! ::



CHICKEN SHITAKE SOUP

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memanfaatkan stok cendawan kering. ;)

Bahan2:-

1 peket fish ball (dibelah 2)
1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
1 cekak suhun (direndam)
3 kuntum cendawan shitake kering (direndam & dipotong)
5 kuntum cendawan hitam kering (direndam)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 ketul kiub ayam Knorr
Air masak
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam Knorr.
5) Masukkan cendawan shitake & hitam kering.
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
7) Masukkan fish ball & suhun. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Chicken Shitake Soup

Kalau ada bawang goreng & daun sup, boleh la tabur2kan kat atas sup tuh. Menaikkan seri & memarvellouskannya lagik. 

Yang ah kak punya version tu nan hado stok bawang goreng & daun sup. Asal boleh jerrr...


:: Like3, ek! ::



Monday, December 9, 2013

OWH... AISY!

Baru2 ni, jumpa Aisy. Lama jugak kot Cik Ani lepak kat kampung. Tanpa suami tersayang la kan... sebab A-im off to India for 6 months.

6 bulan, hokay! Diulang suara... 6 bulan! Lama kot! Kagum pulak aku dengan Cik Ani. Tabik spring toink3 lah! ;)

~ Asik nak memanjat2 je kerja dia. Gigih nak berjalan sangat dah. Kalau ibu dia pimpin berjalan, excited habis! Gelak mengekek2!

Sekarang, Aisy dah balik Johor. Windu nak buat Aisy nangis. He3... Bila la agaknya dapat jumpa lagik... Sob3... 

Eh, tertouching pulak! ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, December 7, 2013

CADBURY & SENTIMENTAL VALUE

Kesah birthday aku...

Tetap nak include sebagai entry walau dah 2 ++ bulan berlalu. Plus, ada sentimental value. Harus la upload! ;)

Beberapa hari selepas birthday, aku balik kampung. Saja je jenguk2 Mak. Tetiba Mak kata,

"Dik, tadi Kakak ada tinggalkan sesuatu sebelum balik Kajang. Cer tengok dalam peti ais tuh."

Terus ah kak neves suspen bagai... On the spot selongkar fridge. Jumpa something yang siap berbalut cantik. Tak sabor nak tau apa isinya. Isk3... suspen betul!

~ Tarat tat taraaa..!!! Cadbury Dairy Milk rupanya. Terbaheklah!

Buat Kakak, Abang Mie & A_bern... terima kasih untuk birthday pressie yang sesweet ini. Tahun depan kasik 2 bars pulak, ek! Hiks...


:: Like3, ek! ::



SANDWICH TELUR AWAN NANO

*Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesimple mungkin untuk masa yang singkat & perut yang lapor! ;)

Bahan2:-

4 keping roti Perancis 'Bonjour' Gardenia
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
Daun salad
Mayonis
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu.
2) Pecahkan telur ayam. Taburkan sedikit garam. Kacau hingga menjadi telur hancur. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk.
3) Tuangkan mayonis secukupnya.
4) Taburkan dengan serbuk lada hitam. Sebatikan & siap sebagai inti.
5) Sapukan mayonis pada roti Perancis 'Bonjour' Gardenia. 
6) Letakkan inti & daun salad di atas roti. Tutup dengan sepotong lagi roti. Sedia untuk dihidang.

~ Sandwich Telur Awan Nano

Hidangan ni untuk 2 orang makan. Kalau nak jamu ramai orang, pandai2 la upkan sukatan bahan2 tu.

p/s: Entry pertama setelah sekian lama mengabaikan blog. KIK punya pasallah! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Monday, November 11, 2013

KARNIVAL PERTANIAN & KEUSAHAWANAN

Fuh!

Bukan jampi tapi, sound effect selepas berpenat2 + berlengas2 mengemas rumah. Start dari pukul 5 petang tadi. Lepas balik dari hospital, terus capai vacuum, feather duster bagai... 

Memula setelkan hall. Lepas tu, master bedroom membawak ke bilik solat membawak ke bilik laundry & akhir sekali, dapur. Dengan fridge sekali siap kena 'servis'. Banyak jugak yang dah expired rupanya. Rasa bersalah pulak. Owh... Tsk3...

Walaupun penat tapi, berbaloi2 bila tengok keadaan rumah. Sojuk mata memandang kata ko! Nak berblogging pun aman & tenteram je rasa. Eceh! ;P

Hokay, sudah2 la nak feeling2 tu. Nak cerita pasal kesah jalan2 ke Karnival Pertanian & Keusahawanan pulak. Kak Aneem yang ajak & war2kan sebab opis dia pun terlibat jugak. Kat Kampung Gajah. Kitorang pergi belah petang je. Takde nak rushing2 pun... Santai2 gitu..!

~ Amik gambar kat tempat kejadian memang acara wajib sangat kan... He3...

~ Stage untuk acara launching yang disempurnakan oleh YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani). Means, secara automatiknya, karnival ni adalah anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).

~ Rest kejap sambil menikmati hempedal ayam goreng tepung. Ermmm... dappp...

~ Sawi gergasi katanya..! Asal jumpa mende yang agak2 pelik, semustinya nak berposing. He3...

~ Macam comey jerrr... Macam comey jerrr... Ha3...

~ Jalan ke depan sikit, jumpa pulak dengan nanas 1 Malaysia. Apa lagik..?! Posinglah! Heh3...

~ Pameran buah2-an tempatan. Macam2 ada..!

~ Ni la maksudnya dengan nanas 1 Malaysia tuh. Diorang susun nanas tu banyak2 membentuk nombor 1. Tapi, kitorang salah angle. Nampak no. 1 terbalik pulak. Adeh! 

Well... luas jugak la kawasan karnival nih. Ala2 mini MAHA la... Dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu tapak jualan yang jual macam2 produk pertanian macam buah2-an & anak2 / benih2 pokok, tapak pameran yang ada banyak booth jabatan / agensi kerajaan under MOA & tapak hasil ternakan yang ada beberapa spesis haiwan ternakan macam kuda & kambing. Nak tunggang kuda padi pun bolehhh...

Tapi, ah kak is takde la sampai nak tunggang kuda padi bagai... Tak kose + dah Maghrib. Nak chow je la... 

Sekian kesah Karnival Pertanian & Keusahawanan... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, November 5, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 25

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Ramli Selera Kampung, City Mewah jadik pilihan...

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Kat opis, duduk bersandar sambil menikmati. Bayangkan pulak tengah bersantai kat tepi pantai. Owh... heaven betul! He3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan gelama goreng + 2 sudu pucuk manis & keledek masak lemak + 1 sudu sambal tumis ikan bilis
Va3..!!! Meriah jugak lunch nih. Adeh3...

Minum petang:-

Busy buat pelupusan fail. So, takde masa nak berhi-tea. Hu3...

~ Dinner: 1 set egg sandwich + milo O panas. 

Terima kasih, my 'sayang' sebab buatkan milo O panas tuh. Sodap tak hengat! Hmmm... ni musti my 'sayang' jampi dengan kasih sayang nih. Eceh! Hiks...


:: Like3, ek! ::



WELCOME 'BUKU BARU'...

Tutup 'buku lama'!

Tapi sebelum tu, muhasabah... renung2kan tauladan & iktibar darinya.

Tiba masa untuk bukak 'buku baru'.

~ Salam Maal Hijrah...

*Credit to: bersihjiwahati


:: Like3, ek! ::



Monday, November 4, 2013

03102013

Abang yang plan mende nih. Seminggu sebelumnya, Abang dah roger2 kata nak surprisekan Kak Aneem sempena birthday dia. We ols is hokay jerrr... Bisa diatur kata ko! He3...

Dengan Mak sekali terjebak. Terjebak jadik chef untuk penyediaan menu utama. Aku dengan my 'sayang' jadik tukang angkut + tukang surprise + tukang nyanyi lagu birthday. Fuh! Macam banyak pulak 'tukangnya' kan... Hiks...

~ Gempak tak dekorasi Mak? He3... 

~ Bersuka-ria je la kerja bebudak nih. 

Bila semua dah ready, laju2 kitorang menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang nih, nyanyi lagu Happy Birthday To You. Pitching toksah cerita la... Bersepah2! Kalau Roslan Aziz dengor, musti beliau amukan! Ha3...

~ & Kak Aneem pun terus touching... Almaklum la... lontaran vokal kitorang kan lemak merdu lagik mendayu2... la sangat..! Ha3...

By the way, tak diketahui pulak sama ada Kak Aneem touching sebab terharu dengan surprise tu atau telinga beliau sakit dengor lontaran vokal we ols?! Ha3... Asal boleh jerrr...

~ Pulut kuning, nasik putih, ayam sirsau, peria tumis & ikan kayu masak kicap. Owh... air tangan Mak memang marvellous tak hengat!!!

~ Terima kasih lapanplohjutakali untuk Mak... Sayang Mak ketat2! He3...

~ Sesi bergambar dengan anak2...

~ Plus, cik abang tersayang...

~ Plus, bonda terchenta...

~ Plus, adik ipar & suaminya yang comel. Eceh! ;P

Sesi bergambar dibuat secara laju2 & sangat pantas! Sebab memasing dah kebulur tengok menu2 yang Mak masak tuh. Masa makan, memasing tak berapa nak berbunyik sebab khusuk menikmati makanan. Pendek kata, kalau ada nyamuk tumpang lalu sambil mengeluarkan bunyik pun boleh didengari dengan jelas! Nampak tak betapa khusyuk & menikmatinya tuh? Ha3...

03102013 = Tarikh kejadian. ;P

Happy birthday, Kak Aneem..! ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, October 27, 2013

ASAM PEDAS DAGING KORBAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Import' daging yang dah siap Mak rebus. Kojo sonang. He3...

Bahan2:-

1 mangkuk daging cincang (direbus & ditoskan)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
7 batang kacang bendi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 tangkai daun kari 
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih, daun kari & serai hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging cincang. Masak hingga daging kecut.
4) Tuangkan air masak secukupnya. 
5) Masukkan kacang bendi & daun limau purut. Masak hingga daging empuk.
6) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Daging Korban

Ermmm... dappp... Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google