SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, May 31, 2016

MOTHER, AIS & TUDUNG BARU

Tudung adalah antara barang faveret Mother. Maksudnya, kalau shopping ke... pergi mall ke... pasar malam / tempat2 yang sewaktu dengannya, department tudung jadik tarikan utama. Kalau dapat kaler yang Mother idam2kan, pattern yang disukai & jenis material yang tak panas, memang bonuslah. Gumbira bukan kepalang kekdahnya...

~ Fitting tudung baru sambil minum air bandung ais. Hamboih..! Heaven nau2, Mother naaa..?! Ha3...

Minuman berais pun faveret Mother jugak. Tapi, kena control pengambilannya. Sebab hidung Mother akan bermasalah kalau terlalu kerap minum ais. Macam tersumbat, susah nak bernafas. 

~ Tudung baru lagik...

Semoga Mother happy selalu... ;)

Senang sangat buat ending ni, hoiii2..!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



FRIED MEE HOON WITH SQUID & OMELETTE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi yang sangat2 omputih. Walaupun... sebenarnya ia hanyalah bihun goreng sahaja. Well.. nama wajib over..! Konsep tuan tanah kedaung. Heh3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun siam (direndam dengan air panas, dicuci bersih & ditoskan)
5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
1 peket fishball (dibelah 2)
1 batang carrot (dipotong memanjang seperti mancis)
2 biji telur ayam 
2 keping tauhu lembut
Minyak masak
Serbuk lada putih
Garam
Kicap manis 
Serbuk lada hitam
Air masak
Serbuk kunyit

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar 
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
Ikan bilis

Cara2 Penyediaan:-

1. Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada putih. Pukul telur ayam. Panaskan minyak masak. Buat telur dadar. Angkat & sejukkan. Gunting telur dadar secara memanjang.
2. Lumur tauhu dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak masak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat, toskan & biarkan sejuk sedikit. Potong tauhu kepada 6 bahagian setiap 1.
3. Panaskan minyak masak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan carrot.
5. Masukkan fishball & sotong.
6. Perasakan dengan kicap manis, serbuk lada hitam & garam.
7. Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
8. Masukkan bihun. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan dengan telur dadar + tauhu goreng tadi.

~ Sepinggan Fried Mee Hoon with Squid & Omelette + se-mug air susu.

Syukur selalu... ;)

Eh, macam tagline Romadhon TV3 pulak! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Monday, May 30, 2016

KUASA KEBENARANNNNNN......

#Throwback

Kessah birthday Kak Ngah merangkap jugak kessah Boboiboy The Movie. Sebab masa tu, kanak2 di Malaysia memang sedang demam Boboiboy. Kuasaaaaaa...... kilat! Eh, tetiba..! Ha3...

Abang ajak celebrate kat AEON Ipoh Klebang. Ok... boleh... Sebab takde hal apa2.

~ Happy birthday, Kak Ngah..! Semoga jadik anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat. In shaa Allah... Aminnn...

~ Syiok! Ada port bahekkk... punya..! Super comfy. 

Terima kasih, Abang untuk lunch treat. Jasamu ku kenang... Kalau hari2 kasik lunch treat, bertambah2lah 'ku kenang' nya. Ha3...

Kami masih lagik meraikan birthday girl. Maksudnya, 1 hari tersebut adalah untuk Kak Ngah. Layanan V.V.I.P kata ko! Nasib baik tak demand melampau2. He3...

Agenda seterusnya adalah tengok wayang citer Boboiboy The Movie. Kami ke TGV, AEON Station 18 sebab AEON Ipoh Klebang takde panggung wayang. Ramai giler, noks... manusia kat TGV! Mungkin semuanya pun bawak anak2 tengok Boboiboy The Movie. Nasib baik kami sempat dapat tiket. Twin seat. Nice & selesa sebab selonggok kat belah atas, tepi tu, family aku je. 

~ Bukti kejadian.
Boboiboy ni ada macam2 kuasa rupanya. Kuasa tanah, kilat, cakera emas, bla3... kuasa kebenarannnnnn......!!! Ha3...

Layan jugak la... ;D

~ Kerja2 mengedit dilakukan oleh papa diorang a.k.a Abang aku. Macam comel je... He3...

Birthday girl gumbira... kami semua pun gumbira. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 18, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #106: SIMPLY THE SIMPLEST

~ Breakfast di suatu hari yang sangat2 simply the simplest konsep dia.

Yang penting, #SongJiHyo & #KangGary Oppa kenyang. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 15, 2016

MOTHER

Shopping baju raya untuk tahun ni dibuat lebih awal atas permintaan Mother a.k.a Mak merangkap tailor pojaan hatiku... Mmuahhh... Sayang Mother laju2..! ;D

Mother tak larat dah nak shopping di bulan Romadhon macam tahun2 sebelum ni. Mother nak lebih relax & tak terkejar2 masa. Beli kain awal2, Mother boleh jahit baju awal2, pelan2 & chill2 je. 

~ Kami shopping kat Nagoya, Plaza Angsana, Ipoh. Dah biasa dengan selok-belok kat situ. Mudah.

~ Beberapa geng surau Mother join sekali.

Perut memang suka lapor sejurus selepas shopping. So, Restoran Sabar Menanti memang jawapan paling tepatlah. Syiok makan sambil dengor Mother & geng surau berceloteh. Sebab geng surau Mother tu lawak. Tau2 je, pinggan dah licin. Heh3...

Plan nak bawak Mother & geng surau makan laksa Padang Polo. Tapi, tak jadik sebab semua masih kekenyangan. Perut macam ikan buntal. Ha3...

~ Kita lepak2 je lah. 

~ Ini bukan sekadar lepak. Ini nama dia paling tepat & jitu adalah tidoq tak hengat dunia! Ha3...

~ Mengabadikan kenangan katanya...

Lepas tu, takde ke mana2 dah. Kaki lenguh, mata mengantuk, hati sangat bermunge2 sebab dah shopping dengan jayanya. Pulang ke Teluk Intan je la kekdahnya...

Eh, jap! Nak habaq mai ni... Semenjak 2 menjak ni, memang I ols & adik-beradik gigih panggil Mak as Mother. Aku start dulu. Kemudian, yang lain2 follow. Well... ah kak kan trend setter... Ahaks...

Mother / Mak... takde masalah. Insan yang sama. Paling kami cintai, paling kami sayang... dunia akhirat. Peace, Mother! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MY ACADEMY PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

#Throwback sebenarnya ni. Idea nak masak ala2 omputih tercetus masa tengok Academy Awards. Tengok minah2 salleh yang sexy, umur 40 tapi, cutting dia perrgghhh... persis sweet 17 dengan muka make up natural tu, terus je rasa nak feeling2 jadik Charlize Theron. Ko mampu..??! Ahaks...

Bahan2:-

10 ketul nugget ayam tempura
1 mangkuk broccoli
2 biji telur ayam
1 keping cheese
Sos cili
Serbuk lada hitam
Hirisan lemon
Mayonis
Butter
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. 
2. Pecahkan telur ayam. Buat telur mata. Angkat & ketepikan.
3. Cairkan butter lagi.
4. Susun nugget ayam tempura & broccoli. 
5. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Grill seketika.
6. Koyak2kan cheese & letakkan di atas broccoli. Tutup api. Angkat & buat plating ikut citarasa memasing.
7. Hidangkan dengan sos cili, mayonis, hirisan lemon & telur mata tadi.

~ My Academy Platter

Lepas makan, terus rasa vogue da vass macam Charlize Theron. Tak percaya, cer try... cer try... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



NINJA GIGIRL

Ah kak jadik Ninja Gigirl buat ke sekian kalinya... Untuk EKSA lah, untuk apa lagik kan...

Ah kak bertugas di seksyen menyapu2 di dalam opis. Sebab tu lah kena kembali menjadik Ninja Gigirl yang awesome. Ok, tang 'yang awesome' tu saja tambah. Nak bagi nampak vogue lagik hebat melampau. Errr... tumpang lalu, Boss... Eceh! Tetiba je nak up nama Encik Boss. Motip..??! Ha3...

~ Ninja Gigirl is ready to rock on, bebeh! ;D

~ Tugas mengemop kita serahkan kat Eika.

~ Menyapu porch & parkir kat Cik Nad.

~ Don't mess with Ninja Gigirl! Ha3...

Penat Ninja Gigirl & friends hari tu. Berpoluh2, berlengas. Fuh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, May 14, 2016

WEDDING ANAK "DATO' K"

Encik Din a.k.a Dato' K jemput ke kenduri kahwin anak dia. Eh, lupa nak bagitau! Ke... dah bagitau tapi, lupa dah bagitau ke tak, sebenarnya?! Ha3... Berpusing2 ayat.

Takpelah. Tak kesahlah. Bagitau sekali lagik pun bollehhh... Bukannya luak apa2 pun... 

Cenggini... Encik Din ni sebenarnya 1 of the staff kat opis aku jugak. Jawatan: Pegawai Ehwal Koperasi, formerly known as Pengembang Koperasi. Nama penuh dia Kamaruddin bin Majid. Bidang kerja dia banyak involve V.V.I.P & politicians. Sebab tu kami panggil dia "Dato' K". Heh3...

Rumah dia tak jauh sangat dari rumah aku. Kebetulan, kami free. So, kami pergi makan kendurilah. 

Aku roger2 Mak. Mak pun free. So, kita bawak Mak sekalilah. ;)

~ Jalan kaki ke tempat parking kereta. Sejenis exercise selepas kekenyangan. ;P

Menu lain semua menu yang kita biasa jumpa kat kenduri. Tapi, ada 1 special dish, ikan tilapia. Oppa & Mak kata, ok la... Menarik. Aku tak boleh komen sebab aku tak makan ikan tilapia. Hu3...

Hmmm... rindu pulak nak makan nasik kenduri. Kenduri kahwin ni macam bermusim. Kalau tengah on, tak menang tangan nak attend. Tapi, kalau time takde, memang payah nak jumpa kad jemputan. Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TERIMA KASIH SEMUA...

Exercise secara tak langsung lagik. Semata2 untuk EKSA. K-monnn, Zon Ikhlas..! Ikhlaskan diri anda..! Ha3... ;)

Pukul 3.30 petang, sharp, kita start. Sebelum pukul 5 petang dah siap. Bagus! Sangat menepati masa. Heh3...

~ Seksyen Cik Nad.

~ Seksyen Encik Selvam.

~ Seksyen Encik Fadzil.

~ Seksyen Eika.

Seksyen ah kak kat luar. Sapu porch & parkir. Berpoluh ah kak, noks..! Terasa mengkurus sangat..! Ahaks...

Terima kasih semua...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Wednesday, May 11, 2016

HATI PUN SENANG...

Lapornya perut bukan kepalang. Tapi, malas pulak nak terus dinner lepas balik kerja. Macam awal sangat. Kang pukul 9 malam, perut & tekak dah mintak macam2. Ngengada sangat tau..! Mencik! 

Jadiknya, mohlah kita balik rumah dulu. Kasik mandi, kasik refresh. Lepas Maghrib, barulah kita jalan2 carik makan. Bawak Mak sekali sebab Mak ada lepak2 kat rumah aku.

Kami pilih Restoran Wana. Craving for tomyam putih dia. Sodap! Marvellous! Ho liao! Best in the world! Haaa... apa lagik nak?! ;P

~ Oppa dengan air laici, Mak dengan lai chi kang suam. Ghalit!

~ #9

~ Mak yang maintain vogue di mataku. Ecewah! ;)

~ Amik set untuk 4 orang makan kot... Ada nasik putih, tomyam putih, kerabu sotong, telur dadar, kailan ikan masin & sweet sour fish fillet. Ermmm... dappp... ;D

~ Tekak aku demand! Takmo nasik putih. Nak nasik goreng. Heh3...

~ Sejenis art kat dinding restoran.

Service mesra alam & pantas. Perut gumbira. Hati pun senang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, May 5, 2016

SUPERHEROES & SUPERHEROINS

Kembali ke dunia EKSA... Eceh! ;P

Perjuangan EKSA harus diteruskan! Eceh lagik! Ha3...

Semua dah bijak, arif & used to it. Pukul 3.30 petang je, terus meluru ke seksyen memasing. Tak payah nak buat call time bagai... dah. Bagus! Ah kak like..! ;D

~ Hazrie The Dustman

~ Encik Boss The Encikbosman. Nama dikekalkan. Tak berani nak 're-branding'. Tumpang lalu, Boss... Ahaks...

~ Encik Selvam The Basketman. Nak bubuh 'Garbageman', macam tak sampai hati pulak. Hu3...

~ Eika The Sweepwoman

Setel on time. 
Makan on time. 
Balik on time.

Tahniah & clap3 untuk semua superheroes & superheroins..! Apa yang penting... kerjasama..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MUJUR ADA OPPA

Sebelum majlis farewell, Kak Ja jatuh tangga. Faktor kelam-kabut & kurang pencahayaan kat tangga apartment katanya... Kaki Kak Ja injured. Teruk jugaklah. Patah kat ankle kot...

Kak Ja buat treatment kat Hospital Teluk Intan (HTI). Dia tak mintak transfer case ke hospital yang berdekatan dengan rumah dia kat Ampang nun sebab lebih selesa kat HTI. Kak Ja dapat MC almost 2 bulan. Maknanya, lepas lapor diri kat SKM, KL, dia terus balik kampung (Terengganu), berehat. 

Kak Ja roger2, mintak tolong aku setelkan urusan medical claim dia. Ok... boleh... Tapi, kompom2lah aku heret Oppa sekali. Sebab aku kan dikenali sebagai seorang yang sangat2 buta jalan. Tang ceruk mana kaunter hasil... tang ceruk mana pulak opis pentadbiran... memang aku tak tau! Hu3...

~ Hari kejadian... Ini pejabat pentadbiran.

Encik kaunter tu suruh buat bayaran kat kaunter hasil. Dia bagi direction serba sedikit. Aku aci angguk2 je. Bajet paham sangat..! Tapi, lepas tu... memory lost! Ha3...

~ Sampai jugaklah kat kaunter hasil. Dapat resit & urusan setel.

Mujur ada Oppa..! #BacaDenganIntonasiDatoSeriVida Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


 

SADIS SEKEJAP JE...

Setiap hari Jumaat, pukul 3.30 petang. Pelaksanaan yang tak pernah fail lagi setakat ni, sejak dilancarkan. 

Ecewah! Apsal ntah, asal nak cerita pasal EKSA je, musti pakai ayat sasterawan, puisi jalanan bagai... Konpius ah kak dengan diri sendirik! Ko dah kenapa nak feeling2 Fynn Jamal sangat kan...?! Ha3...

~ Lap kasik bersinar2 blink3, ek Encik Fadzil, ek! Heh3...

~ Sapu kasik hilang semua habuk2, hama2, mikro organisma semua tu, ek Eika, ek! ;P

~ Kemas elok2, susun baik2 kasik teratur, ek #SongJiHyo, ek! Ahaks...

Bagus jugak ada gotong-royong EKSA ni. Boleh amik kesempatan untuk exercise. Keluar jugak peluh. 

But, masalah is the problem is... lepas gotong-royong ada jamuan. Makan bajet tak nampak mak mertua lalu. Nak2 pulak, sambil makan, sambil bergossip. Makin banyak kuantiti suapan & makin besar kapasiti mulut. Lemak2 yang hilang sekejap tadi, muncul balik. Sadis, noks..!

Tapi, sadis sekejap je la... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.F.F.E.N.D.Y ::



KUASA!!!

Bukan kuasa kuda. Bukan jugak kuasa pelik2 tapi, kelakor Running Man. ;P

Tapi, kuasa Ottoman. Alaaa... yang Ottoman selalu pakai kat pergelangan tangan, yang ala2 jam tangan tapi, boleh buat macam2 kuasa dengan effect api + halilintar bagai... tu, haaa... Ok, boleh imagine kan? Haaa... kuasa yang tu la..!

Lama dah menabur janji manis kat Rifqi, nak belikan dia kuasa tersebut. Makan bulan jugak la... Sampaikan asal nampak muka aku, dia tuntut janji. Asal tuntut janji je, dia nampak muka aku. Ha3...

Nasib baik aku bijak mengelat. Alasan bernas seperti berikut:-

1. Acu tak gaji lagik...
2. Wallet Acu tertinggal kat opis...
3. Kedai toys tutup...
4. Boss Acu kedekut, gaji sikit...
5. Acu dah carik tapi, stok habis...
6. Bla3...

Memula je dia percaya. Selepas berbulan2, takde maknanya..! Gigih dia carik... kebenarannnnnn... #PapaZolaBoboiboySangat He3...

Penat dah nak membongak. Nekad. Kena carik jugak kuasa. Nasib baik jumpa. Murah pulak tuh! Bawah 50 hengget. Under budget. Fuh, selamat duit gaji Acu! Ha3...

~ Gumbira bukan kepalang bila kuasa dah ada kat tangan. Sekelip mata jadik Ottoman Mebius! Semua makhluk kena fire! Ha3... Hadoi la...

~ Walaupun Rifqi sorang je yang dapat kuasa, moh wefie ramai2. Yang lain2 tu, sila bawak bertenang.

Doakan Acu kaya...
Doakan kedai toys tak tutup & cukup stok...
Doakan boss Acu tak kedekut...
Doakan Acu tak tertinggal wallet lagi...

In shaa Allah... Ada la nanti untuk you ols pulak. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEKIAN, WASSALAM...

Sapu...
Mop...
Buang sampah...
Cuci toilet...
Bersihkan longkang...
Buang sawang...
Baja & siram pokok munge...
Buang habuk...
Lap cermin partition...
Itu... ini... Begitu... begini... Bla3...

Wait! Don't get me wrong..! Bukan membebel... Tapi, nak ucap juta2-an terima kasih kat Encik Boss & opismates sebab sudi buat2 kerja2 kat atas tu semua dengan gigih + bersemangat waja semata2 untuk EKSA. 

Ewah2..! Ayat wakil rakyat dah keluar dahhh..! Hoiii2..! ;P

~ Thanks, guys...

Sekian, wassalam...

Ending bajet puitis yang ala2 muslimah sangat..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 VENUES

Encik Amir bersara. Kak Ja pulak transfer ke KL. Kami pakat2 buat majlis farewell untuk diorang. Sebagai tanda perhargaan & persahabatan.

Venue ada 2. Memula kat opis untuk acara ucapan & bagi cenderahati. Props paling wajib ada adalah sekotak tisu. Khas untuk Kak Ja. Untuk lap ayaq mata & 'ayaq hidung'. Ha3...

~ Opening speech daripada Encik Boss.

~ Speech daripada otai ekonomi koperasi yang nak bersara. Happy betul, Encik Amir! Dah boleh relax2 kat rumah, chill2 dengan family. Kepala dah tak semak dengan urusan kerja.

~ Turn Kak Ja. Cer Waze kotak tisu. Cer Waze... Ha3...

~ Cenderahati daripada sekalian staff.


~ Say, 'Cheeseeeeeee...........' He3...

Kemudian, ke Restoran Sutera Bayu untuk acara yang amat dinanti2kan... acara makan2 menternak lemak. Wee hooo..! ;D

Aku & Hazrie buat reservation sehari sebelum majlis. Siap sekali dengan pakej menu. Senang cenggitu. Tak kelam-kabut, tak payah nak tunggu lama2, kang tak pasal2 meroyan kalau makanan lambat sampai. Lagik parah, kalau ada yang berubah jadik 'Hulk'. Fuh, neves!

~ Ni makan diaaa......!!! Boleh sangat kalau nak melompat bintang. Ha3...

~ Sementara menunggu yang lain2 sampai...

~ Kami reserve port makan tingkat atas restoran. Nak privacy sikit.

~ Tak boleh makan lagik sebab yang diraikan belum kunjung tiba.

~ Selepas kenyang...


~ 'Inilah... barisan kita... Yang ikhlas... berjuang... Jeng3...' Eh2, salah lagu! Ha3...

~ Semuanya sedang 'melenggang perut'. Kasik lemak2 turun sebab kekenyangan. ;D






~ Hai, Oppa..! ;)

~ Cobaan merebut lauk. He3...


~ #SongJiHyo ada di mana2... Ahaks...

Majlis farewell berjalan lancar. Alhamdulillah...

Selamat bersara untuk Encik Amir...
Selamat berkhidmat di opis baru untuk Kak Ja...

Jaga diri, hiasi peribadi... Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google