SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 7, 2018

RASA DIHARGAI

Ada Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) koperasi on weekend. Owh... sob3...

Walaupun 'sob3...' tapi, redah la jugak. Lunaskan tanggungjawab sebagai penyampai taklimat & perasmi. 

Oppa tolong hantar sebab agak jauh & lalu jalan kampung yang berliku + sempit. Nebes kalau dua kereta berselisih. Thank you, Oppa..! #MuahCiked ;)

Setel je, terus berdesup kitorang dating! He3... 

~ Lepak kat Mee Tarik Warisan Asli, AEON Seri Manjung.

~ Main course: Egg Fried Rice & Mee Soup with Braised Beef. Layannn......

Bercadang nak tengok wayang. Tapi, movie yang kitorang nak tengok tu, waktu tayangannya tak kena. Maksudnya, kalau on, kompom habis tengah malam. Nak redah balik Teluk Intan lagik... Kesian Oppa. Mengantuk plak dia drive kang. So, tengok wayang postpone.

Seronok dating hari tu. Rasa dihargai. Eceh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MISI JELAJAH

Meet up dengan koperator adalah tunjang utama kerja aku. Pendek kata, takde meet up, tak capai KPI. Hah, gitu...

Kami buat lawatan bersepadu. Cik Boss, aku & Encik Selvam. Dapat terjah 3 koperasi.

~ Koperasi pertama. 

~ Meet up kat rumah salah seorang ALK.

~ Membawang. Eh, membincang..! He3...

Koperasi pertama ni under penyeliaan Encik Selvam. Sempatlah lunch kat sini, disediakan dengan penuh kasih sayang oleh tuan rumah. Nasik putih, ayam goreng berempah, kari ikan, sayur campur & air markisa. Bayangkan semua yang tersebut dingap pada pukul 1.30 petang, lepas tu pulak, hujan renyai2 membasahi bumi. Perrgghhh!!! 

~ Ini koperasi ke-2.

~ Koperasi ni under penyeliaan ah kak.

~ Ah kak tak ceramahkan Pak Haji tu tau! Ah kak sekadar kasik briefing & tolong Pak Haji jawab questionaire.

Questionaire tu untuk outcome Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM). 

~ Ini koperasi terakhir untuk hari tu. 

Walaupun hanya 3 koperasi tapi, berlengas jugaklah. Redah kerana tugas. Misi jelajah untuk 1 hari, selesai. Ecewah..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



HASIL PEMIKIRAN...

Sempena cuti umum Deepavali, aku qada' tido. 

Ha3... Bangga betul bunyik statement tu! Terlalu telus & jujur. Ha3...

Well... biasala kan... apa je lagik nak dibuat. Asal cuti je, amik kesempatan untuk tido. Bila nak 'insa' ntah! He3...

Oppa tak available. Kerja dia kan bukan office hour. Sukahati cuti, sukahati kerja. Kalau projek tengah running, hari cuti pun kena redah. Dapat payment, enjoy! Ha3...

Jadik, bangun dari tido semalam, terkulat2 sambil berpikir, 'Apa la nak dimasak untuk lunch?!' Hmmm...

~ Hasil pemikiran... 

Nasik putih
Sambal tumis ikan bilis
Baby kailan tumis
Ikan masin goreng
Crunchy garlic

Bbrrppp..!! Alhamdulillah...

Lepas lunch, layan Pardes. Shah Rukh Khan, weh..! ;D

"... Mere mehbooba... Mere mehbooba... Mere mehbooba... La3..."

Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google