SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 5, 2020

AIDILFITRI NORMA BAHARU

Sis dan Abang tinggal dalam 1 daerah dengan Mother. Tapi, jangan anggap kami amik mudah semuanya bila rentas daerah dibenarkan untuk 1 Syawal. 

Sampai berkali2 discuss dalam group adik-beradik...
Berkali2 ubah pendirian...
Sekejap kompom balik...
Sekejap lagik kang cancel pulak...
Lepas tu, ubah pendirian lagik...
Balik tapi, tak bermalam...
Ubah lagik jadik balik dan bermalam tapi, sekejap je...
Ha3...

Abang Sis sampai tahap video call Mother, mohon tak sentap andai diorang tak balik kampung. Sis paham. Abang Sis ada golongan berisiko dalam family dia. Ada kanak2 yang tak berdosa. Plus, kami jugak pikirkan kesejahteraan Mother sebab Mother pun golongan berisiko. 

~ Akhirnya, kami di sini pada 1 Syawal... Setelah timbang-tara yang sewajarnya. Setelah semua akur & setuju untuk kekal patuh pada Standard of Procedure (SOP). ;)

Aidilfitri norma baharu...
Di kampung halaman, rumah Mother...
Hari ini dalam sejarah...

Alhamdulillah... Follow SOP.

1. Komuniti dalam rumah: 10 orang (Tidak melebihi 20 orang) - Checked 
2. Keluasan rumah: Sangat2 sesuai untuk pelaksanaan penjarakan sosial - Checked 
3. Kebersihan berada pada tahap optimum: Of course. Ini didikan Mother sejak azali. Mother pesan, tak pandai masak, takpe. Asalkan pandai jaga kebersihan dan kemas rumah. Sebab memasak buleh belajar kat handphone (read: Youtube / yang sewaktu dengannya). Tapi, jaga kebersihan wajib ada dalam jiwa dari kecik. - Checked 

~ Makmum solat sunat Aidilfitri.

Khutbah & imam by Abang. 

Abang Sis ni, muka legend tapi, jiwa tisu. Dia syahdu time baca khutbah. Ye la kan... betul2 norma baharu raya kita tahun ni. Tak buleh bebas solat jemaah di masjid. Tak boleh bersalam2-an. Tak digalakkan ziarah kubur. Secara automatik rindu Arwah Abah. Tsk3... Dan macam2 lagik kekangan demi kemaslahatan bersama. Sebab tu la syahdu... Hu3...

~ Dapat duit raya, syahdu pun pelan2 di cover dengan yak2 yeayyy..! Ha3... Owh, by the way, ini bersalam2-an dengan ahli keluarga sendirik, ye. Lepas tu, laju2 santitize / cuci tangan dengan sabun untuk pastikan kebersihan yang optimum. Peace. ;D

Takde ziarah raya. Takde jalan2 konvoi kereta. Even Kakak pun tak balik kampung. Sebab dia jauh nun rentas negeri di Kajang, Selangor. Kita video call je. 

Makan juadah raya.
#WefieRaya norma baharu.
Tido petang secara #SocialDistancing, ikut family memasing. Alhamdulillah... bilik kat rumah Mother sentiasa cukup untuk kami.

Aktiviti Aidilfitri norma baharu. Ada kemanisan yang Allah nak bagi... Renung2kan... Mesti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google