SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 18, 2017

LEVEL 21

Check-in di The Emperor Hotel (TEH). Dari Alor Gajah nak ke TEH ni jenuh jugak sebenarnya. Sesat-barat. Masuk ceruk kampung mana ntah?! Ha3...

#TeamLivina leads. Sebab diorang pernah stay kat TEH. Pit Stop: Gerai jual juadah minum petang. Memasing dah lapor. Kemudian, jumpa restoran asam pedas. Kami belasah je lunch kat situ walaupun asam pedas ia seperti sejenis kari. Dah lapor, redah je! Hu3...

Berkat kesabaran & kesungguhan, akhirnya berjaya jugak check-in. Alhamdulillah...

~ Dapat Level 21. Tinggi wooo..! Ngeeeeee......

~ Mother paling cuak naik lift. Kalau boleh, tak nak bagitau yang bilik semua kat level 21. Tapi, Mother nampak kami tekan button 21. Neves sambil berzikir la, Mother kekdahnya... He3...

~ Bilik ok. Just nice. Agak besar. Check-in pun laju je. Puas hati la.

Accomodation untuk Superior Room seperti berikut:-

2 x Single beds
Tv with Astro
Bedside control panel
Fridge
Air cond
Coffee & tea making facilities
Telefon
Writing desk
Attached bathroom with rain shower
Closet

Single beds tu takde jadik masalah untuk aku & Oppa. Kami rapatkan je, jadiklah seperti queen bed. 

Kami dapat 1 bilik Deluxe as complimentary. Besar woo..! Extra facility = Bath tub & queen bed. Kami decide untuk kasik bilik tu kat Abang & family sebab 'ahli rombongan' dia ramai. Maka, berlarik2 anaklah Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Nania dalam bilik yang luas tu...Dapat berendam dalam bath tub, lagik la diorang melompat mintang! Ha3...

Bajet yang dikeluarkan untuk penginapan di TEH:-

3 x Superior Room (realitinya dapat 2 x Superior Room + 1 x Deluxe Room as complimentary) = 3 x RM 94.30 (reserved via Booking.com) = RM 283 nett with breakfast for 6

~ Agenda malam. Nak keluar berpoya2 di Bandar Melaka.

~ Selfie sementara tunggu #Pak2Supir sekalian amik kereta. Heh3...

~ Berpoya2 di Mahkota Parade.

Takde arah tujuan pun. Sukahati je nak pergi mana. Ikut kata majoriti. 

Berchenta sungguh nak keluar parking dari parking lot Mahkota Parade tuh. Jemm giler! Memang agak stress untuk orang2 yang tinggal kat bandar yang tak berapa nak jemm macam kami ni. Menung & membebel2 dalam kereta je la kekdahnya... Ha3... Hadoih!

#TeamCikPuteh terpisah dengan #TemaLivina. Kami decide nak sambung berpoya2 ke Pantai Klebang. #TeamLivina dah berjaya sampai ke destinasi. Tapi, #TeamCikPuteh masih terhangguk2 dalam jemm, dok ulang route yang sama sebanyak 2 kali sebab co-pilot silap tengok Waze. Mahapkan co-pilot. Tsk3...

Tukar plan. #TeamCikPuteh tak jadik nak join #TeamLivina berpoya2 kat Pantai Klebang. Kami singgah di 99 Speed Mart je, tapau maggi, roti, mineral water & junk foods. Tak singgah dinner sebab memasing macam kenyang akibat lunch yang agak lewat. 

~ Selamat malam, level 21..! Tido lena kami malam tu. Zzzzzzzzz.........

~ Turun breakfast jam 7.30 pagi.
~ Style rambut Nania di pagi hari memang win..! He3...

~ Sementara mengcukupkan kuorum ahli rombongan. He3...


~ Lobby agak luas. Kalau rasa tak malu, nak jogging2 kat lobby tu pun boleh. ;P

~ Seorang Nenek & 2 orang cucundas.

~ Puteri kecik yang super peramah.

~ Haaa... yang ni #BabyBoy ah kak... Ha3...

~ Serambi Coffee House. Sodap & variety jugak breakfast ia.

Fokus aku untuk setiap vacation adalah have fun & makanan. Enjoy all out, makan pun all out! Tak pikir langsung pasal lemak2 tepu. Selagik boleh makan, aku makan. Gasak kaulah! Segala spesis cereal, memang kena reject sejak awal. Tak kose & tak minat! Ha3...

~ Agenda lepas breakfast = Swimming.

Swimming pool bukak pukul 9.00 pagi. Sejurus lepas breakfast, iaitu jam 8.45 pagi, kami dah terpacak depan tangga & pintu masuk ke pool. Berkunci lagik. Family aku dengan swimming pool berpisah tiada. Gigih nau2! Menung kat tangga, tunggu swimming pool bukak. Ha3...

~ Mood kepuasan melampau. Ha3...

~ See! Takde kaum kerabat lain pun dalam pool. Kaum kerabat aku je yang conquer. Budak yang kat belakang tu pun baru je nak terjun. Kami ni dah kecut2 tangan kot dalam pool tu. Tegar, takmo naik! Ha3...

~ Ada matahari. Kurang sejuk sikit.

~ Nania yang konpius. Hiks...

~ Luas jugak pool ia. Ada 2 jenis. 1 kids pool & 1 lagik adult pool. Bentuk bulat & melengkung. Air pun nampak terpelihara. Plus, ada life guard.


Adult pool tu ada 2 jenis kedalaman. Takde partition / divider untuk bezakan kedalaman. Ada signboard je. Maksudnya, hujung sini kedalaman standard. Hujung sana kedalaman luar biasa. Khas untuk tourist yang tinggi melangit kot... 

Life guard akan sentiasa pantau. Maksudnya, kalau dia tengok masa kita terjun tadi ketinggian kita tak berapa nak tinggi / sedikit katik, dia akan datang kat kita & arahkan kita untuk mandi di kedalaman standard. 

Kesimpulannya, yang cuba2 nak berenang di kedalaman luar biasa tu semua kena 'halau' dengan life guard. Ha3... Tapi, aku tak salahkan life guard tu la... Sebab dia buat cenggitu untuk our own safety. Dia sekadar menjalankan tugas. 

Thumbs up untuk life guard TEH! ;D

~ Boleh nampak The Shore Sky Tower Melaka.

~ Menung & mengecut tapi, tak reti2 nak naik. Ha3...

Tak payah susah2 bawak towel. Mintak je kat life guard. Asalkan ko pulangkan balik lepas lap2 badan. Jangan buat jadik harta sendirik!

TEH merupakan bangunan tertinggi di Melaka katanya... Tak sure still pegang rekod lagik ke tak lepas kemunculan The Shore Sky Tower Melaka tu. Tapi, cer ko jenguk tingkap dari level 21, memang rasa ko tinggi melangit dah tuh. Tapak kaki pun geli2 je. Ngeeeeee......

Accomodation, facilities, service & makanan, alhamdulillah... agak bagus jugak. Porter pun tak kurang daebaknya walaupun mamat Nepal. Rajin sedekah senyuman, rajin bukakkan pintu & rajin loading kan luggage. Berbaloi kalau nak kasik tips. Kompom semakin lebar senyuman diorang. He3...

Kalau tak bagi tips pun, takde hal. Diorang still buat kerja dengan penuh redha & berintegriti. Tahniahlah! ;)

Concierge pun friendly, tak kekwat. Thumbs up jugak. 

The Emperor Hotel,
123, Jalan Munshi Abdullah,
75100 Melaka.

No. Telefon: 06-2840777 

Rating: 4.5 / 5 mintang


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



CITARASA DEMAND, POKET NIPIS

Family vacay ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Makan bulan jugak dia punya planning. Nak carik tarikh yang sesuai. Adjust dengan cuti semester A_bern sebab dia gigih nak ikut. Abang pulak mintak postpone sebab dia & family baru je ke Melaka. Family vacay belah Kak Aneem.

Dari bulan Januari, ganjak ke Februari. Februari tu pun beberapa kali jugak tukar tarikh. Tapi, takpe... Takde hal sangatlah. Takde nak rushing2 pun. Kita chill2 je.

Tajuk dia pun FAMILY vacay. Makanya, ada banyak faktor la yang perlu diambil kira.

~ Mother dah siap. Sweet je pakai baju & beg biru. Holloh3... Hiks...

Aku prepare cekodok bilis & cheesy nugget. Buat 2 bekas. 1 untuk #TeamLivina & 1 lagi untuk #TeamCikPuteh. Gigih bangun awal pagi, noks..! Terkesima Mother, Abang & Kak Aneem tengok kesungguhan aku! Ha3...

Pit stop pertama = R N R Ulu Bernam. Kot2 ada yang nak 'membuang' ke... minum pagi ke... Aku makan mee kari Zul Mee Kari. Teringin... Mother & Oppa makan nasik. Diorang berdua tu dengan nasik berpisah tiada. Geng sangat..! Ha3...

Yang lain2, tak ingat makan apa. Tapi, makan jugak la...

Kami tak transit di Kajang. Sebab A_bern dah already kat kampung. Perjalanan berjalan lancar. Tak exit di Ayer Keroh. Tapi, Alor Gajah kot... Ntah! Aku aci tulis je ni. Tapi, aku rasa betul la kot... Alor Gajah. He3...

~ Sebab nak singgah di Freeport A'Famosa Outlet (FAO).

Aku tak shopping. Bagi aku, takde la murah mana pun FAO nih. Maksudnya cenggini, kalau ada yang murah, design produk tu tak menepati citarasa aku. Yang menepati citarasa semuanya mahal2 belaka. Haaa... nampak tak? Citarasa demand tinggi melangit! Tapi, poket nipis. Hu3...

Maybe sesuai untuk orang2 yang duitnya berkepok2 sampai dah tak tau nak buat apa kat duit tu / jenis yang tak kesah duit surut asalkan dapat shopping. Bukan aku la kiranya... Aku marhaen. Hu3...

~ Tapi, view memang canteklah. Sesuai untuk kaki selfie seperti manusia yang sedang mengecikkan badan, menyorok di sebalik tingkap ni. Ahaks3...

~ Panjat windmill. Orang lain gigih shopping, aku gigih selfie. Who cares..?! Ha3...

~ Mother tak nak kalah! He3...

~ Tak pernah tak suka selfie.

~ Terima kasih, photographer. Kamu awesome! Kamu daebak! Kamu best! Kamu King di hatiku... Eceh!






~ Sebenarnya, Mother berteduh. Tapi, jadik cantik pulak angle ni.


~ Matahari tu ada je. Tapi, diorang sejenis yang tak kesah. Ha3...


~ Atas bridge.

~ Sekali lagik, Mother tak nak kalah. He3...

~ Carousel ride for free.

~ Slow motion je. Boleh tertido wooo..! Ha3...

~ Asal nampak word 'Running' je, ah kak 'sawan', u ols..! Ha3...

Kemudahan mencukupi. Ada kiosk makanan, surau & toilet. Parking lot pun besar. Comfy la tempat ni. 

Freeport A'Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Empat,
78000 Alor Gajah, Melaka.

No. Telefon: 06-5528961

Jemput la singgah! Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google