SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, October 20, 2010

DI MANA KAN KU CARI GANTI...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Touchinglah dia punye lirik... Buleh buat ah kak sedih pilu tau! Tsk3...


~ Di Mana Kan Ku Cari Ganti (cover version), nyanyian beramai2 oleh Aizat, Ning Baizura, Atilia, Ella, Vince, Lan (The Typewriter), Shahir, Stacy, KRU & Bunkface. Bestlah cover version nih! Hari2 pun aku layan lagu nih.

Bulan Oktober kan bulan memperingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee... Memang kene sangat la kan dengan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti tuh. Plus, lagu tu memang evergreen pun. Dengor lapanplohratus kali pun tak jemu. Filem2 P Ramlee pun evergreen jugak. Aku prefer yang lawak2 macam Ali Baba Bujang Lapuk, Do Re Mi, Pendekar Bujang Lapuk, Seniman Bujang Lapuk, Laksamana Do Re Mi & banyak lagiklah! Kalau time strees2 tu, try la layan filem2 lawak nih. Kalau tak ketawa berdekah2 pun, musti buleh senyum punye..! Tak caya, try la! Korang buat2 stress, pastu layan filem Do Re Mi. Musti dalam hati korang ade taman terus! ;P

Dalam family aku, yang paling minat & layan citer2 P Ramlee/citer zaman tv kaler hitam putih dolu adalah kakak aku & A_bern. Macam A_bern, sanggup bersengkang mata tengok citer2 tuh! Minat giler wooo...

Memang tak dinafikan, banyak sumbangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam dunia seni tanahair. Mengarah, berlakon, menyanyi, cipta lagu... sume dia buleh buat! Jadik, sempena bulan memperingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee nie, marilah same2 kite sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham... Semoga rohnye dicucuri rahmat... Amin...

*Credit to: youtube

2 comments:

azzey said...

Areleez: sker citer2 P Ramlee.....best giler!

P/S: Lm x update blog.....

ArELeEz said...

azzey,
yg lawak bestlah. yg sedih2, muram durja xlayan sgt.

p/s: temankan mak. that's y la..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google