SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TRIBUTE. Show all posts
Showing posts with label TRIBUTE. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

DI MANA KAN KU CARI GANTI...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Touchinglah dia punye lirik... Buleh buat ah kak sedih pilu tau! Tsk3...


~ Di Mana Kan Ku Cari Ganti (cover version), nyanyian beramai2 oleh Aizat, Ning Baizura, Atilia, Ella, Vince, Lan (The Typewriter), Shahir, Stacy, KRU & Bunkface. Bestlah cover version nih! Hari2 pun aku layan lagu nih.

Bulan Oktober kan bulan memperingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee... Memang kene sangat la kan dengan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti tuh. Plus, lagu tu memang evergreen pun. Dengor lapanplohratus kali pun tak jemu. Filem2 P Ramlee pun evergreen jugak. Aku prefer yang lawak2 macam Ali Baba Bujang Lapuk, Do Re Mi, Pendekar Bujang Lapuk, Seniman Bujang Lapuk, Laksamana Do Re Mi & banyak lagiklah! Kalau time strees2 tu, try la layan filem2 lawak nih. Kalau tak ketawa berdekah2 pun, musti buleh senyum punye..! Tak caya, try la! Korang buat2 stress, pastu layan filem Do Re Mi. Musti dalam hati korang ade taman terus! ;P

Dalam family aku, yang paling minat & layan citer2 P Ramlee/citer zaman tv kaler hitam putih dolu adalah kakak aku & A_bern. Macam A_bern, sanggup bersengkang mata tengok citer2 tuh! Minat giler wooo...

Memang tak dinafikan, banyak sumbangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam dunia seni tanahair. Mengarah, berlakon, menyanyi, cipta lagu... sume dia buleh buat! Jadik, sempena bulan memperingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee nie, marilah same2 kite sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham... Semoga rohnye dicucuri rahmat... Amin...

*Credit to: youtube

Thursday, September 9, 2010

KESAH TRIBUTE UNTUK BONDA TERCINTA...

Sepanjang Ramadhan nie, banyak kali jugaklah aku dapat merasa air tangan mak. Sebab tu lah badan aku macam dipam2 agaknye... Ececeh..! Tetibe nak blame2 masakan mak plak..! Hape kes..??! Sendirik yang makan tak hengat!!! Huuu...

Well... bertuah jugak dok dekat2 ngan mak nih! Sebab buleh rase masakan mak secara kerap! (Statement mau kasik kakak aku menjeles! Ahaks3... Larikksss..!)


~ Sebagai tanda penghargaan, aku nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga sebab mak sudi jugak melayanz tekak aku yang mengada2 nih! Bukan dalam bulan Ramadhan jer. Bulan2 bese pun mak layanzkan jugak. Isk3... tetibe rase diri ini kejam plak! Sob3...


~ Tapi, nak buat camne kan... dah mak masak sodap. Bak kata kakak aku, 'Kalau mak masak kaki lembu pun jadik sodap!' Hah, gitu kekdahnye..! Pendek kata, memang terkenang2lah kesodapannye tuh!


~ Say cheese......! ;) (Gambar sekadar penambah seri entry ini. Harap maklum... Hiks...)


~ Last but, not least, 'Thank you mak sebab masakkan lauk yang best2 lagik superb! I lap youlah! Mmuahhssz..!' Hmmm... Mak aku kan, kalau amik gambar musti buat muka sedih. Tak pun serius jer. Segan nak senyum katanye... Hiks...


p/s: Kalau mak masak aci redah2 campak2 jer, buleh jadik sodap... apsal if aku aci redah2 campak2 jadik rase kambing? Why3..??? Uhuks3...


Truly, Madly, Deeply by AreLeez Adnan

Wednesday, July 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR... TRIBUTE TO BONDA TERSAYANG...

19 Julai 1959... Lahirlah seorang insan ke dunia ini dengan izin-Nya. Dari bayi ke kanak2... dari kanak2 ke remaja... dari remaja ke dewasa... membesar dalam suasana penuh kesederhanaan.

Seawal usia 15 tahun, dia dijodohkan dengan pilihan keluarga. Tiada bantahan yang mampu diutarakan, hanya menurut kata orang tua. Alhamdulillahhh... walau hidup dalam kesederhanaan tapi, mereka tetap diulit kebahagiaan. Syukur kerana jodoh pilihan keluarga adalah pilihan yang tepat, mampu membimbing tatkala tergelincir dari landasan, mampu memimpin tatkala masih ragu2...

Sinar kebahagiaan semakin terpancar bilamana mereka dikurniakan 4 cahaya mata, 3 puteri & 1 putera. Namun, sinar itu semakin pudar saat puteri sulung dijemput pulang menemui Ilahi. Apakan daya... sudah suratannya begitu... Hari2 mendatang dilaluinya bersama sang suami & 3 cahaya mata. Kebahagiaan masih lagi berpihak kepadanya sehinggalah saat insan yang dicintai sepenuh jiwa, yang menjadi dahan berpaut, pergi buat selamanya menyahut seruan Ilahi. Tak terucap dengan kata2... hanya linangan air mata yang menyambut berita sedih itu.

Demi anak2, dia bangkit dari kedukaan. Mencari pekerjaan halal untuk membesarkan putera & puterinya. Segala jerih-payah dilalui dengan tabah.


~ Itulah dia, bondaku tersayang... Siti Rosiah Abdul Majid... Dialah ibu, dialah ayah buat aku, kakak & abang.


~ 19 Julai 2010... Genap sudah usianya 51 tahun. Aku sentiasa berdoa agar mak diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & sentiasa dalam peliharaan-Nya. Berilah kami peluang untuk menyemarakkan kembali sinar kebahagiaan yang pernah suram cahayanya suatu ketika dahulu. Aminnn...

'SELAMAT HARI LAHIR MAK... ADIK SAYANG MAK...'


*A tribute & specially dedicated to my mom...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google