SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 11, 2011

TERUNG TUMIS CILI PADI BERSOTONG SATU HARI DI HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ada sayur, ada lauk. Meh kita tengok apakemendenya tuh?! ;P

Bahan2:-

1 biji bawang besar (dihiris)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 batang terung panjang (dipotong)
3 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam
Air
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan terung panjang. Biarkan seketika.
3) Masukkan sotong & sedikit air.
4) Masukkan asam keping, garam & serbuk perasa. Biarkan hingga sotong masak & terung panjang menjadi lembut.
5) Masukkan bawang besar. Kacau rata.
6) Angkat & toskan. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup.

~ Terung Tumis Cili Padi Bersotong Satu Hari di Hari Raya.

Lauk & sayur dalam 1 hidangan. 2 in 1 kata ko..! Selamat mencuba! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

Fitri Senin said...

senduk..senduk areleez (buat gaya cm senduk,senduk fifi hot fm)

ArELeEz said...

Fitri Senin,
ecewah..! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google