SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, August 1, 2011

BENDI GORENG MENADAH GERIMIS

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak & makan! Untuk berbuka tau! ;P

Bahan2:-

10 batang kacang bendi (dihiris serong)
1 genggam ikan bilis + ikan tamban (dicuci & ditoskan)
1 biji telur ayam
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili hijau

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan ikan bilis + ikan tamban. Goreng seketika.
3) Masukkan sedikit air.
4) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau sampai jadik telur hancur.
5) Masukkan kacang bendi. Kacau rata.
6) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Angkat & hidangkan.

~ Bendi Goreng Menadah Gerimis. Buleh buat lauk & sayur. 2 in 1 gitu..! Eh2! Macam syampoo plak! Hiks...

:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

Fitri Senin said...

gerimis tu kat mana dek non :)

ArELeEz said...

Fitri Senin,
gerimis tu merujuk kpd telur hancur tu kot.. sbb kan kecik2 macam gerimis. ha2..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google