SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, August 15, 2011

BIHUN SINGAPORE YANG TAK SINGAPORE LA SANGAT...

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak bihun Singapore plak. Well... tak tau la kenapa nama dia 'bihun Singapore'?! Adakah sebab resepi yang orignal berasal dari Singapore? Atau pun orang yang memula masak tu datang dari Singapore? Tak pun, orang Singapore antara yang terawal makan bihun? Hmmm... ntah la... Wallahualam... ;P

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
10 ekor udang (dibuang kepala & kulit serta dicuci bersih)
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1/2 ketul kiub ayam
1/2 biji kobis (dipotong)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
Minyak masak
Garam
Air

Bahan Tumbuk:-

6 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk & serbuk lada hitam hingga naik bau.
2) Masukkan sedikit air, kicap & sos tiram. Kacau rata.
3) Masukkan isi ayam & udang. Kacau lagi hingga isi ayam separuh masak.
4) Masukkan kobis. Kacau rata.
5) Masukkan bihun. Sebatikan. Kalau tawar, boleh perasakan dengan sedikit garam.
6) Angkat & hiaskan dengan daun sup serta daun bawang.

~ Bihun Singapore yang Tak Singapore La Sangat sebab terlebih kicap. Hu3... Tapi, portion yang dimention kat bahan2 tu adalah yang betul. Pandai2 agak la...

Walaupun tak nampak ke-Singapore-annya tapi, bila dimakan tetap heaven..! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

~ain said...

bihun singapore campur malaysia dah ni.. hehehe..

ArELeEz said...

~ain,
aah kot. ha3..

p/s: leez xbuleh bkk profile merangkap blog ~ain la.. apsal, ek? dah bnyk kali try still cannot la..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google