SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, August 20, 2011

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA..!

Pernah dengor tak lagu nih?

Rumah terbakar panggil bomba...
Bomba datang ... bla3...

Sure pernah kan... Kalau tak pernah tu, tak dapek la den nak nolong derrr... Mungkin ko sekolah kat obersi la kot kan... So, takde makna la nak diperdengorkan dengan lagu2 begini. Yang ado, musti lagu cam, 'London bridge is falling down... Falling down... La3...'

Eh2! Merepek meraban dah! He3... 

Begini sebenornya... semalam, kitorang berbuka kat rumah mak. Abang & family pun join sekali. Even dia la yang ajak memeriahkan iftar di rumah mak. Plus, kalau kitorang takde seperti tak meriah gitu kan... Ecewah! Over! 

Oooppsss! Merepek meraban lagik... Ha3...

Sambung balik, ek?! ;P

Masa on the way nak ke rumah mak tu, kitorang nampak ramai betul orang menebeng kat tepi jalan & 1 kawasan perumahan nih. Ingatkan accident! Tapi, tak nampak plak motor/kereta/apa2 kenderaan yang accident! Rupa2nya, ada rumah terbakar la... kat Taman Sri Bahagia. 

Patutlah ramai yang menebeng kat area kawasan perumahan tuh! Rumah teres 2 tingkat. Yang terbakar tu yang bahagian atas. Bilik probably... Asap hitam berkepul2! Tapi, tak nampak kereta bomba pun! Tetiba, dengor siren! Owh... bomba ada kat belakang kitorang. Baru sampai. 

Tak taulah apa kesah sebenor di sebalik kejadian. Tapi, just nak kasik pesanan sket la kan... kepada adik2 yang gigih sangat nak main mercun tuh, sila la rentikan... Biasa la bebudak kan... tak sabor nak main malam2 kat luar rumah, main la dalam rumah, dalam bilik. Kalau main siang2 kat luar rumah kang mak pak/jiran2 marah sebab bising kata ko..! Sudahnya, rumah terbakar!

Ubat nyamuk pun kena jaga2 jugak. Ingat bila siang, cepat2 matikan apinya. Lilin ke... kot2 malam blackout so, pakai la lilin. Lepas tu, tak ingat nak padamkan. Shor circuit pun buleh jadik gak. Anak2 main lighter aci bakar2 kertas ke kan... 

Hmmm... banyak la kiranya faktor2 penyumbang kebakaran nih! So, berwaspadalah! Pesanan nie bukan untuk korang2 jer. Tapi, untuk aku jugak. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Dah terlambat...

Adios!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google