SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, August 23, 2011

IKAN BAWAL CERMIN SOS TOMATO INDAH DI HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak! ;P

Bahan2:-

5-7 ekor ikan bawal cermin (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 cawan kacang peas (dicuci & ditoskan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ikan bawal cermin hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar & sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan sos tomato. Kacau rata.
5) Perasakan dengan garam, serbuk perasa & gula.
6) Masukkan kacang peas. Masak hingga kacang peas lembut.
7) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu.
8) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Bawal Cermin Sos Tomato Indah di Hari Raya.

Sambil masak, sambil countdown raya. Owh... la2... Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih.. ::



2 comments:

Ms.Lilies said...

kat rumah ni sorg pun tak minat makan kacang peas....itu yg tak pernah letak hehehe

ArELeEz said...

Ms.Lilies,
owh.. really? hmm.. memasing ade citarasa memasing kan..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google