SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, August 24, 2011

CRAMP MERANGKAP SIMPUL KERA

Semalam, tengah syiok2 tido sebab semalam kan sojuk2 + hujan sepanjang petang membawak ke malam, tetiba...

'Ouch!!! Adeh3..!!! Sakit kaki! Tolonggggggggg..........!!!'

Menjerit, merintih dalam hati jer! Padahal buleh jer kejutkan my 'sayang' yang lena kat sebelah. Ye la... kot2 la buleh urut2/jampi2 apa yang patut kan... 

Tapi, masa tu memang tengah mamai sangat2! Tak larat dah nak kejutkan my 'sayang'. Time sahur baru citer. As the result, aku kena tarbiah sebab tak kejut beliau! Sob3...

Aku tido pukul 1 a.m sebab gigih menjahit manik baju kurung. So, bila tido, harus la lena selena2nya! Even masa kesakitan kaki tu berlaku pun aku still tak buleh bukak mata. Dok berguling2 sambil angkat2 kaki ke atas jer. Hadoi!

Eh! Aku tak cakap lagik kan pasal apa kaki aku sakit? Hmmm... cramp, derrr..! Ada sesetengah orang panggil as simpul kera. Kenapa kera... usah ditanya sebab aku takde jawapannya! 

Giler sakit, noks! Rasa macam nak pergi spital kat kecemasan tuh, nak suruh doktor buat bedah kilat! Hah! Amik ko! 

Korang pernah kena tak?


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



6 comments:

J@J@ / Bini The Rock said...

ohh! simpul kera..?

klu tpt saya panggil 'simpul biawak'..

Ntah laa! tp hakikatnya mmg sakittt sgt2 klu kena lelebih lg time cuaca2 sejuk ni. Dah tuu, time buka puasa minum plk air sejuk/ air batu...haaa! amek ko! menjawablah...

klu kena kat jejari kaki..bila tgk mcm OKU plk jejari kita tu kan?? hahah!! bahana..bahana...

fairus said...

SAYA TAK PERNAH CRAMP.. MASA TIME MAIN BOLA PON TAK PERNAH CRAMP.. TAPI SEKARANG DUK MERANA SAKIT LUTUT, LAST KENA 2 MINGGU SEBELUM PUASA.. SAMPAI SEKARANG MASIH SAKIT.. MUNGKIN LEPAS RAYA PERGI HOSPITAL CHECK... KALAU LIGAMEN ROSAK, KENALAH BEDAH... KALAU TAK, TAHAN SAKIT JE LA SAMPAI SEKARANG... HUHU...

ArELeEz said...

J@J@ / Bini The Rock,
aah. simpul kera. kwn leez la kata nama dia simpul kera. yg leez tau cramp jer. tp, bila citer kat mak, mak kata simpul mengkarung plak. haish! macam2! ;P

mmg giler sakit! hu3..

oo.. selalu jadik if keadaan sejuk, ek? hmmm..

klu kat jari kaki, leez cam buleh tahan lagik la.. kat betis mmg xbuleh blah! hadoi!

ArELeEz said...

fairus,
oic.. better check cepat2. buleh la tau ape masalah & kaedah rawatannya.

err.. macam mak leez tu selalu sakit kat area bahu (sendi). masalah ligamen gak ke?

~ain said...

petua dia: kalau kena masa tengah duduk atau baring, cepat2 bangun berdiri tegak. Kaki yang tegang tu, letak kat lantai. Biar darah dapat mengalir sempurna.....

Saya selalu kena jugak. Antara sbbnya, badan berat mungkin. mungkin juga sebab pakai high heel kan?

=)

ArELeEz said...

~ain,
oo.. camtu plak, ek? btw, tq for sharing..!

mungkin jugak la kot.. tp kan, my friend yg kurus pun kena jugak tau! hmm..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google