SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, August 21, 2011

SAMBAL SARDIN BERKENTANG BILA HARI RAYA MENJELMA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak sardin lagik... Tapi, kali nie bubuh kentang plak. Jom try, jom! ;)

Bahan2:-

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi
1 biji ubi kentang (dihiris nipis)
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak masak
Air
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ubi kentang hingga separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar & sedikit air. Biarkan hingga pecah minyak.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan asam keping & garam.
6) Masukkan ubi kentang yang telah digoreng tadi & cili padi. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Berkentang Bila Hari Raya Menjelma.

Tak agak2 punya nama resepi! Sakan betul tuan tanah kedaung nak beraya! Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

aNaYaNa said...

meriah raya leez pandai masak macam2..yna pandai makan jer..he3..

ArELeEz said...

aNaYaNa,
alaa.. nie masak untuk diri sendirik ngan my 'sayang' jer.. juadah raye mmg xde maknanya nak masak! mak/mak mertua yg masak. leez tlg potong2 & tlg makan jer.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google