SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, August 3, 2011

SOTONG HALIA SUASANA HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi lagi... Simple! Jom tengok, jom! ;)

Bahan2:-

10 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili padi (dibelah 2)
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
Air
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & halia hingga naik bau.
2) Masukkan cili hijau & cili padi. Kacau rata.
3) Masukkan sotong & tambahkan sedikit air.
4) Masukkan asam keping, garam & serbuk perasa. Kacau lagi.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan hingga sotong masak. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Halia Suasana Hari Raya. Makan dengan nasik panas2 time sahur pun sodap nih tau! Cubalah! ;)

~ Add-on plak dengan ikan masin goreng nih. Perrgghhh! Hualla, bebeh! ;P

Errr... ada yang dah kecur liur ke? Ngeh3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

2 comments:

Nama ku Nur Azeani Kamarudin said...

rajinnya leez masak2...azie malas pula mau masak..huhu

ArELeEz said...

Nama ku Nur Azeani Kamarudin,
mood rajin sampai. nanti klu mood tu dah pergi jauh, mim alip lam alip sin jugak.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google