SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, August 10, 2011

IKAN TAUHU MASAK TAUCU NAZAM LEBARAN

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

~ Eh2! Ada yang tanyalah pasal resepi ikan tauhu masak taucu hari tu. Hokay2! Jom kita check it out, bebeh! ;P

Bahan2:-

1 ekor ikan tauhu (disiang, dipotong & dicuci bersih)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 keping asam keping
3 biji bawang putih (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1sudu kecil garam
1 peket taucu
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
Air

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan tauhu dengan garam & kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan tauhu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
3) Masukkan taucu & sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan asam keping & cili hijau.
5) Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6) Masukkan ikan tauhu yang telah digoreng tadi. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Siap dah... Ikan Tauhu Masak Taucu Nazam Lebaran.

Selamat mencuba..!!! Especially kepada ~ain yang bertanyakan resepi tuh. ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

| SUE | said...

terus rasa petang ni nak masak taucu...hahaha...ikan tenggiri ada dlm peti ais...boleh laaa

ArELeEz said...

| SUE |,
hah! santeklah tuh! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google