SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, August 15, 2011

SAMBAL UDANG SERAI BALIK KAMPUNG

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bismillahirrahmanirrahim... Alla humma bariklana... Eh2! Belum tiba masanya lagik! Ha3... Jom layan KKBA dolu jom! ;P

Bahan2:-

15-20 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu sos tiram
5 sudu besar cili kisar
1/4 kiub ikan bilis
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumurkan udang dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Tumis bahan2 kisar dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar. Kacau rata.
4) Masukkan serai, sos tiram, kiub ikan bilis & sedikit air.
5) Masukkan asam keping, garam & gula.
6) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan daun sup.

~ Sambal Udang Serai Balik Kampung. Nak ratah pun sodap... nak makan dengan nasik panas2 pun sodap jugak.

Apa la nak masak hari nie untuk lauk sahur nanti, ek? Hmmm...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

wahida said...

nampak sedap dan mudah tu...

tengs sharing resepi...

ArELeEz said...

wahida,
simple yet, not bad la.. ;)

wokeh! u're welcome.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google