SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 4, 2011

APA ITU PUBERGEN?

Kalau sebut pasal Pubergen, musti ramai kot yang tercangak-bangak sambil nganga2 mulut sebab tak tau apakejadahnya mende alah tuh?! Eh! Ke aku sorang jer yang tak tau? ;P

Tak kesah la kan... korang tau ke tak tau, aku nak kasik tau jugak.

Pubergen nie adalah sejenis ubat. Eh! Macam nie sebenornya. Aku pun tak sure sama ada ia sejenis ubat/brand ubat. Yang pasti ia ubat dalam bentuk injection la...

1st day puasa (1 Ramadhan), aku dah tak puasa sebenornya. Bukan sebab aku saje2 nak ponteng puasa tapi, sebab puasa aku terbatal secara automatic. Wah, ayat! Bikin fenin kepala sume orang! Ha3...

Begini, ya ibuk2 bapak2 sekalian... aku ada appointment dengan doktor hari tu. Appointment tu plak adalah untuk TVS. Kalau sesiapa yang penah gi klinik pakar sakit puan, musti arif sangat tentang istilah TVS nih. TVS nie adalah proses mengscan melalui faraj wanita. Banyak la fungsinya. Salah 1 adalah untuk mengesan saiz ovum/bahasa saintifiknya follicular tracking.

Bila dah buat TVS tu, confirm2 la puasa aku batal kan... Hu3...

~ Ini plak ubat Pubergen tuh. Tapi, doktor panggil as profasi injection. Tak tau yang mana 1 betul kan... Confuse ah kak!

Lepas TVS, kena buat profasi injection plak. Kena inject kat bontot ko! Aku ingatkan macam inject biasa2 tuh. Rupa2nya, sakit, noks! Rasa macam nak flying kick jer nurse tuh! Uwaawaawaaawaaaa.... :(

Profasi injection nie untuk stimulate 'munge' yang dok pegang ovum. Dia akan paksa munge tu untuk lepaskan ovum supaya ovum buleh jalan sendirik dengan aman ke fallopian tube where persenyawaan berlaku. Amik ko! Ayat doktor falsampah plak keluar! Ha3...

Well... sejak berulang-alik ke hospital nie kan, aku semacam dah terror plak dengan terms2 perubatan nih. Prolaktin la... progesteron la... follicular tracking la... etc2. Apa2 pun, doakan usaha kami beroleh kejayaan yang cemerlang, gemilang & terbilang, ye! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

2 comments:

| SUE | said...

insyaAllah...mudah-mudahan ada rezeki ramadhan...:D

ArELeEz said...

| SUE |,
tq.. insyaallah.. amin.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google