SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, August 16, 2011

IKAN KAYU MASAK PEDAS BILA TAKBIR BERGEMA

* Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bersama lagik kita dalam rancangan KKBA..! Wah! bajet seperti Jamie Oliver versi Melayu aslilah pulak! Hiks...

Bahan2:-

1 ekor ikan kayu (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan kayu dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan kayu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar & sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
4) Perasakan dengan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan bawang besar. Kacau rata.
6) Masukkan ikan kayu yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Kayu Masak Pedas Bila Takbir Bergema. Buat lauk bersahur, pastinya heaven! Ecewah! ;P

Cubalah! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



2 comments:

fairus said...

ADE KE IKAN KAYU... TAK PERNAH DENGARLAH PLAK...

ArELeEz said...

fairus,
ade maa.. if xsilap, ikan kayu nie = ikan aya = ikan tongkol.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google