SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Monday, June 9, 2014

SAMBAL UDANG PETAI KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ada udang, ada petai. Macam chemistry sangat..! Hiks...

Bahan2:-

15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 papan petai (dibuang kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
2 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng petai sekejap. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan kicap manis, gula, garam & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan udang. Masak seketika.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Petai Kerana Terpaksa Aku Relakan

Nama resepi tu biasalah... memang over banyak! Ha3...

Pertama sebab sedang gigih mengfollow drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Suka bakat Izreen Azminda sejak dia jadik Melly in Tentang Dhia. Natural art.

Kedua sebab My 'Jebat' suka petai but, aku dislike & even memang bukan pemakan petai pun. Tapi, bila jumpa petai, aku akan belikan untuk My 'Jebat'. Kira macam terpaksa masak tapi, sangat2 rela sebab dah kesukaan My 'Jebat' kan... Atas faktor kasih sayang gitu..! Eceh! ;P

Sangat berharap yang you ols dapat terima alasan2 ni with open heart... Open heart tu luas2 sikit, pehhh--lisss..! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 17, 2014

UDANG BLACK PEPPER #HANNAHMASTURA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sebelum udang yang kat dalam freezer tu 'hidup & kembali berenang2', better do something. Or read as cook something dengan menggunakan udang. ;)

Bahan2:-

7 - 10 ekor udang saiz sederhana (disiang & dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
Garam
Serbuk kunyit 
Minyak masak
Air masak
Serbuk lada hitam

Bahan2 Tumbuk:-

2 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia & bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Perasakan dengan kicap manis, sos tomato & tiram.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang & bawang besar.
6) Masukkan udang & tomato. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Udang Black Pepper #hannahmastura

Hashtag tu sangat penting, hokay..! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 13, 2013

UDANG GORENG BERSAYUR SEDETIK CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jumpa udang dalam fridge. Boleh pulak aci 'jumpa2' kan... Ha3...

Apa lagik... dah jumpa udang tu, moh la kita memasak kekdahnya... Singsing lengan baju tu tinggi2 sikit tau! Sebab kelas memasak dah nak mula. Hiks...

Bahan2:-

1 pokok sawi (dipotong)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang putih & besar hingga naik bau.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan sawi. 
5) Tuangkan sedikit air masak sekiranya terlalu kering.
6) Perasakan dengan garam.
7) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Udang Goreng Bersayur Sedetik Cinta. Jiwang, you olsss..! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, December 10, 2011

SAMBAL UDANG OMBAK RINDU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kesah sedih Innalilla hiwainna ilai hirojiun tu, aku sambung secara selang-seli la, ek?! Sebab bila jari-jemari nie nak mula menaip, sambung kesah sedih tuh, hati nie terus jadik sebak. Perlukan kekuatan... Sebab tu aku selang-selikan dengan entry lain yang aku rasa lebih santai sikit...

Entry lain yang dimaksudkan, tak lain tak bukan, entry masak2 untuk KKBA.

Bahan2:-

10-15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cawan cili kisar
1 keping asam keping
1 sudu kicap
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng udang separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan kicap & sedikit air. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam keping, gula & sedikit garam (jika kurang masin).
5) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Ombak Rindu. Amekaw! Demam Ombak Rindu kata ko..! He3...

~ Dimakan bersama nasik putih panas, ikan tauhu goreng & sambal kicap. 

Selamat memasak lunch, ye..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

Monday, August 15, 2011

SAMBAL UDANG SERAI BALIK KAMPUNG

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bismillahirrahmanirrahim... Alla humma bariklana... Eh2! Belum tiba masanya lagik! Ha3... Jom layan KKBA dolu jom! ;P

Bahan2:-

15-20 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu sos tiram
5 sudu besar cili kisar
1/4 kiub ikan bilis
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumurkan udang dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Tumis bahan2 kisar dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar. Kacau rata.
4) Masukkan serai, sos tiram, kiub ikan bilis & sedikit air.
5) Masukkan asam keping, garam & gula.
6) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan daun sup.

~ Sambal Udang Serai Balik Kampung. Nak ratah pun sodap... nak makan dengan nasik panas2 pun sodap jugak.

Apa la nak masak hari nie untuk lauk sahur nanti, ek? Hmmm...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, June 9, 2011

UDANG ORIENTAL BELAIAN JIWA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jiwang karat betul nama resepi. Ha3... Dah ketandusan idea la tuh! ;P

Bahan2:-

2 genggam udang kertas (dibuang kepala & ekor serta dicuci bersih)
2 tangkai daun kari
7 batang kacang buncis (dipotong serong)
5 batang baby corn (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Gula
Garam
Air

Bahan2 Sos:-

2 sudu serbuk kari daging (sepatutnya kari ikan. Tapi, aku just ada stock kari daging jer. Belasah jerlah!)
1/2 ketul kiub tom yam
1 sudu sos tiram
Air

Cara2 Penyediaan:-

1) Gaulkan udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Satukan bahan2 sos dalam mangkuk.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari hingga naik bau.
4) Masukkan bahan2 sos. Masak selama lebih kurang 3 minit dengan api perlahan.
5) Masukkan kacang buncis & cili padi. Masak hingga kacang buncis sedikit layu.
6) Perasakan dengan garam & gula.
7) Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan lebihan daun kari.

*Resepi digali dari blog tiffinbiru & disesuaikan mengikut stock tuan tanah kedaung. ;)

~ Udang Oriental Belaian Jiwa. Kuah dia kelabu sket sebab pakai kari daging. Kalau pakai kari ikan musti terang2 bercahaya kuah dia.

~ Lauk tambahan adalah telur dadar.

Perut korang dah 'berdangdut' ke? Ahaks3...

Tuesday, June 7, 2011

UDANG MASAM MANIS AISHITERU

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah dinner ke you ols? Apa menu dinner? Masak/tapau jer? Eh3..! Banyak plak soklannya. Kepohchi semacam jerk. He3...

Aku skip dinner yang heavy2. But still masak la untuk my 'sayang'. My 'sayang' makan nasik, aku makan roti Gardenia Butterscotch. Aci jeling2 jer my 'sayang' makan nasik. Uwaawaawaaa....

Hokay2. Melalut dah. Actually, nak share resepi lagik. KKBA kata ko..! ;P

Bahan2:-

1 genggam udang kertas (dibuang ekor & kepala serta dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris memanjang)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
10 batang kacang buncis (dipotong serong)
1 sudu tomato puree
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 pokok daun sup (dihiris)
1 pokok daun bawang (dihiris)
Air
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Gaul udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan sos cili, sos tomato & tomato puree. Tambah sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan kacang buncis. Masak hingga sedikit layu.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Kacau lagi.
6) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan. Taburkan daun sup & daun bawang sebagai hiasan serta menambah aroma.


~ Udang Masam Manis Aishiteru. Amik ko! Bahasa Jopun terus! Ha3...

~ Digandingkan bersama telur dadar. Makan plak dengan nasik panas2. Wah1 Terangkat, bebeh! ;P

Wednesday, December 15, 2010

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI SEHANGAT API

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama AreLeez (KKBA)

Sehangat Api ke..??! He3... Kira ok la... Takde la pedas sangat sampai tak buleh nak dimakan... Plus, tahap kepedasan adalah mengikut citarasa memasing...

Wokeh! Jom belajar masak sama2, jom! Actually, resepi masak lemak nie, aku dah penah tepek dolu kat sini. Tapi, yang tu aku campur ngan sutun sekali. Yang nie udang sesado..!

Bahan2:-

10-15 ekor udang
2 batang serai (dititik)
10 batang bendi
1 peket serbuk santan (dibancuh)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air

Bahan2 Tumbuk:-

6 biji cili padi/tanduk
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk, serai & santan ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana.
2) Masukkan udang dan air.
3) Masukkan asam keping dan bendi.
4) Kemudian, masukkan serbuk kunyit & kacau.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & sedikit gula. Masak sampai bendi empuk. Then, boleh padamkan api & hidangkan.


~ Udang Masak Lemak Cili Padi Sehangat Api. Cubalah!

FUH! SEMPAT JUGAK..!

Semalam, ah kak berjaya masak, noks..! Memula, memang la dah bajet2 terpaksa tapau jer. Tapi, mase my 'sayang' call, tanye nak tapau hape untuk lunch, ringan jer mulut nie kata tak payah sebab nak masak. Dalam hati dok pikir, 'Isk3... sempat ke tak nih nak masak? Ade mase tak sampai 1 jam! Adeh3...'

Sampai umah pukul 1.05 p.m. Letak handbag, bukak tudung, terus bersilat kat dapur! Sib baik bahan2 sume dah siap. Tinggal nak campak2 jer. & akhirnye, terciptalah menu2 di bawah...


~ Udang masak lemak cili padi...


~ Ikan masin goreng bawang...


~ Ikan termenung goreng...


~ & cili kicap sebagai pelengkap hidangan.

Makan dengan nasik yang direheat. Walaupun simple tapi, 2 pinggan noks my 'sayang' belasah..! Heh3... Memang berbeza la masak sendirik dengan tapau. Rase puas hati jer kalau masak sendirik nih! Sebab sume pun ikut citarasa kite. Kalau tapau, dah tak reti nak amik lauk hape dah?! Sebu anak tekak nih! Makanye, better masak sendirik. If takmo kelam-kabut cam aku tadi, buleh la masak malam sebelumnye. Sok tinggal nak reheat jer.

Harap2, semangat nak memasak nie berkekalanlah hendaknye. Tau jer la aku nie kan... angin rajin ngan angin malas bersilih-ganti. Kejap2 rajin, kejap2 malas. Yang banyaknye malas la... Hu3... Pastu, kalau dah malas tu memang tahap kritikal abis! Memang tak konsisten. Hmmm... hape2 pun, chaiyok2lah untuk diri sendirik..! ;D

Monday, November 15, 2010

JEMULAH TAPAU...

Dah jemulah nak tapau lunch... Balik2 tengok lauk2 yang lebih kureng same. Sampai tak tau dah nak amik hape?! Jenuh la tawaf meja lauk-pauk tuh. Last2, pitam! Hu3...

Kritikal masalah ah kak nih? Sampai pitam2 nak pilih lauk untuk lunch. ;P So, untuk lunch hari Jumaat, aku merajinkan diri untuk memasak. Hari Jumaat kan waktu rest/lunch hour lame. Sempat la nak masak2. Actually, aku pun malas gak memula nak masak. Ha3... Jemu tapau kat luar tapi, malas masak. Camno tu? ;P My 'sayang' la yang gigih merayu2 suh bini dia masak. Yang simple2 pun takpe katanye. Siap kene merayu lagik, ko! Ha3... Ye la... Ye la... Saya menurut perintah la...


~ Sementara my 'sayang' gi semayang Jumaat, sempat la masak 2 dishes. 1st buat udang goreng carca merba nih. Sebab hape carca-merba adalah sebab bukan setakat udang jer tapi, segala mak nenek ikan tamban ngan kacang buncis pun campak sekali dalam kuali. Pastu, goreng2... siap! Resepi ciptaan sendirik nih! He3...


~ 2nd dish lak adalah telur masak kicap.

Cukup la 2 dishes tu untuk buat lauk makan tengahari. Simple2 tu pun, berpinggan2 my 'sayang' makan tau! Eh! Tapi kan... my 'sayang' tu lauk simple ke... lauk banyak ke... sume pun makan berpinggan2 jugak! Ha3... Larikkkksssss....!!!

Hmmm... masak sendirik tu lagik best kan sebenarnye? Betul tak?

Friday, August 27, 2010

UDANG TUMIS CILI PADI SETIA KASIH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lame rasenye aku tak update KKBA nih. Ade la jugak aku memasak dalam bulan pose nie kan... Tapi, tak sempat update sebab sibuk dengan update menu sahur & berbuka. Nie baru nak panas enjin balik. Heh3...

Bahan2:-

1 biji bawang besar (dihiris)
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
10-15 ekor udang (dibuang kulit & dicuci bersih)
1 keping asam keping
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
6-7 tangkai cili padi
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Gaulkan udang dengan serbuk kunyit & sedikit garam.
2) Panaskan minyak & tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau. Kalau agak kering, boleh la tambahkan air.
3) Masukkan kacang panjang & masak hingga sedikit layu.
4) Masukkan udang & masak hingga udang jadi kekuningan.
5) Masukkan asam keping & perasakan dengan serbuk perasa, sedikit garam & gula.
6) Last sekali, masukkan bawang besar yang dihiris & gaul rata. Angkat & hidangkan.


~ Mempersembahkan... Udang Tumis Cili Padi Setia Kasih. Buat lauk bersahur best nih! Cubalah! ;)


Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan

Monday, April 19, 2010

KKBA: SUP UDANG BERTAMU DI KALBU

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:

1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
10 ekor udang
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 inci halia (dihiris)
1 ketul kiub ayam
Cauliflower
Minyak masak
Serbuk lada hitam
Air
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
2) Masukkan air & seterusnya masukkan kiub ayam.
3) Masukkan carrot & kacau sebentar.
4) Masukkan cauliflower. Sebatikan & biarkan sebentar.
5) Masukkan udang. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & serbuk perasa.
6) Bila udang dah masak, bolehlah diangkat.
7) Hiaskan dengan tauhu goreng.


~ Sup Udang Bertamu di Kalbu...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, April 15, 2010

UDANG OWHHH... UDANG...


~ Nasik Goreng Udang... Aku yang masak, before demam. Hidangan breakfast. Minggu2 lepas, memang masak hape2 sume buh udang. Asik2 udang jer kan... Sampai aku & my 'sayang' dah tak larat nak cium bau udang.


~ Udang terakhir yang aku masak. Aku buat sup udang. No more udang after this. Tukar jadik ayam ke... ikan ke... Tak payah susah2 masak. Makan kat luar jerk. Ha3... Larikkkksssss...!!!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, March 11, 2010

SAMBAL UDANG KALIS RINDU

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Bahan2:

1 biji bawang besor (dipotong bulat2)
Udang
Garam
Sos tiram
Serbuk perasa
Minyak masak
Asam keping
Serbuk kunyit
Gula

Bahan2 kisar:

1 biji bawang besor
2 biji bawang putih
10-15 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak. Goreng udang yang dah digaul dengan kunyit & sket garam hingga bertukar warna jadik kekuningan. Angkat & toskan.
2) Dengan menggunakan minyak yang same, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3) Masukkan serbuk perasa, asam keping, sos tiram, sket garam & gula. Sebatikan.
4) Masukkan udang yang dah digoreng tadi.
5) Masukkan bawang besor & kaco. Angkat & hidangkan.


~ Sambal Udang Kalis Rindu. Sape makan, confirm xkan windu kat sesape! Muahaha...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, March 5, 2010

SAMBAL UDANG SESEDAP RASE

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez.

Bahan2:-


1 biji bawang besor
Udang
Serbuk perasa
Garam
Gula
Sos tiram
Air masak
Minyak masak
Asam keping

Bahan2 untuk dikisar:-

1 biji bawang besor
3 biji bawang putih
Cili kering

Cara2 penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Once dah panas, masukkan udang yang dah dibersihkan. Goreng udang hingga kekuningan.
2) Angkat udang & toskan.
3) Gunakan minyak yang same, tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan sos tiram & kaco.
5) Buh serbuk perasa, secubit garam & gula. Kaco lagik.
6) Masukkan udang & sebatikan.
7) Kalo cam pekat sangat, masukkan air masak sket.
8) Buh asam keping.
9) Last sekali, masukkan bawang besor yang dah dihiris bulat2.
10) Kaco sebati, angkat & sedia dihidangkan.


~ Sambal Udang Sesesap Rase. Mudah & menyelerakan! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google