SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BIHUN. Show all posts
Showing posts with label BIHUN. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

BIHUN GORENG SINGAPORE IKUT RENTAKKU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak dengan penuh kasih sayang... tema kita hari ni ye, ibuk2 sekalian... Hiks...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (dicuci bersih, direndam & ditoskan)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (diketuk)
3 biji telur ayam
2 batang fishcake (dihiris)
Serbuk lada putih
1/2 biji kobis (dipotong)
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Pecahkan telur ayam.
2) Perasakan dengan serbuk lada putih. Kacau hingga menjadi scrambled egg. Angkat.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
4) Masukkan kobis.
5) Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
6) Masukkan fishcake.
7) Masukkan bihun. Sebatikan.
8) Masukkan serbuk lada putih secukup rasa & garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama scrambled egg tadi.

~ Bihun Goreng Singapore Ikut Rentakku

Hmmm... best kan lagu Ikut Rentakku by Jaclyn Victor tuh. Catchy je. I likeee... laju2 lah! ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 11, 2013

BIHUN GORENG SINGAPORE PUTIH2 MELATI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berderet2 Slot KKBA ah kak publishkan. Al maklum la... dah malam. Dah berbuka kekdahnya... Harap tak terliur sangat. He3...

Bahan2:-

1/2 peket bihun (direndam & ditoskan)
2 batang sosej ayam (dipotong serong)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 biji telur ayam
1 mangkuk kecil daging cincang (defrostkan, dicuci bersih & ditoskan)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang. Masak hingga sedikit kental.
3) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering.
4) Masukkan sosej.
5) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
6) Masukkan kobis.
7) Perasakan dengan sos tiram & sedikit garam.
8) Masukkan bihun. Sebatikan.
9) Taburkan serbuk lada hitam. Sebatikan.
10) Masukkan cili merah. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Putih2 Melati. Ecewah! ;P

Terliur tak tengok gambar ni di malam hari? Tak berapa sangat kan... Kan3..?


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 28, 2013

BIHUN LADNA SENANDUNG SEMALAM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

1 keping bihun (direndam & ditoskan)
2 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 batang fishcake (dihiris)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1 pokok sawi (dipotong)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1/2 ketul kiub ayam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan udang, sotong, fishball & fishcake.
3) Tuangkan air masak & biarkan mendidih.
4) Masukkan kiub ayam & serbuk lada putih.
5) Masukkan cauliflower, sawi & bancuhan tepung jagung.
6) Perasakan dengan garam. Masak seketika. Angkat & tuangkan ke atas bihun.

~ Bihun Ladna Senandung Semalam.

Syahdu betul nama resepi kan... Ahaks3...

Actually, resepi asal ada sos tiram. Tapi, stok sos tiram ah kak dah habis. So, terpaksa skip. Belasah je la... Hu3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 19, 2012

BIHUN SUP ANAK KAMPUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tekak ni ngengada pulak. Tetiba je teringin nak makan bihun sup. So, sila salahkan tekak, ye..! ;P

Request kat my 'sayang', mintak belikan bahan2 untuk buat bihun sup. Elok pulak hari tu my 'sayang' tak turun site. So, lepas hantar isteri kechentaan dia nih pergi kerja (cewwahhh..!), terus dia berdesup ke pasar. Ni yang buat ah kak sayang laju2 nih! Ahaks3...

& petang tu, bersilat la aku kat dapur... My 'sayang' jadik assistant, tolong cucikan ayam. Thank you, bebeh! ;P

Bahan2 Untuk Sup Ayam:-

1/2 bungkus bihun (direndam dengan air panas & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
2 biji ubi kentang (dipotong 6 setiap satu)
1 bungkus sup bunjut
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
1/2 ketul kiub ayam
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak
Garam
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk Untuk Sup Ayam:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sup Ayam:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & halia hingga naik bau.
2) Masukkan ayam & sup bunjut. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam & ubi kentang. Masak hingga ubi kentang separa empuk.
5) Masukkan carrot.
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

Bahan2 Untuk Sambal Kicap:-

2-3 biji limau kasturi
1 sudu kicap manis
Kicap masin

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Kicap:-

7-10 biji cili padi
2 tangkai cili hijau
5 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan Sambal Kicap:-

1) Campurkan bahan2 kisar dengan limau kasturi, kicap masin & kicap manis.
2) Perahkan jus limau kasturi. Kacau rata. Tunagkan sedikit kuah sup ayam tadi untuk pekatkan sambal. Sedia untuk dihidangkan.

~ Bihun Sup Anak Kampung. Ececeh..! 

Jimmy Palikat tengok ni, mesti mengaum! Ha3... Larikksss..!!!




:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 4, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE VERSI TAK BERAPA HADO BAHAN

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Petang semalam, aku dah cakap siap2 kat my 'sayang' yang aku tak larat nak masak. Period painlah! Rasa lemah je... Rasa nak bermanja2 ngan my 'sayang' sambil suruh dia massage kat pinggang. Ececehhh..! ;P

My 'sayang' ok je... Kalau rasa lapor kang, my 'sayang' keluar la mentapau apa2 yang patut, katanya...

Kesian pulak kot... Ye la time hujan2 nak keluar mentapau. So, sebagai isteri mithali (nak jugakkk..! Ahaks3...) ah kak selongkar2 la dapur tuh... Terjumpa bihun. Ting!!! Idea mari dah..! He3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam dengan campuran air panas & sedikit air sejuk, ditoskan serta digunting)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 cawan isi ayam
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

5 biji bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan isi ayam. Masak hingga separuh kecut.
3) Masukkan lobak merah. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam.
5) Masukkan bihun. Sebatikan. Masak dengan api perlahan. Angkat & hidangkan.

~ Siap dah. Bihun Goreng Singapore Versi Tak Berapa Hado Bahan. 

Kenapa? Sebab ada a few bahan2 yang sepatutnya masuk sekali tapi, habis stock. Contoh: telur, daun sup, daun bawang & serbuk lada hitam. Sebab tu aku lebihkan cili (cili padi, cili merah & ijo). Konon2 nak gantikan serbuk lada hitam tu la... Tapi, tahap kepedasan biasa2 je... Maybe sebab cili2 tu jenis yang tak pedas kot.

Bila suruh my 'sayang' rasa, boleh pulak dia berlakon jadik chef muka ketat Masterchef Selebriti tuh! Alaaa... Chef Joe tu la... Kan Dato' Fazley panggil dia as chef muka ketat. He3...

"Ada bau jintan manis sikit. Tapi, terlalu over-cookedlah!" (sambil cium2 bihun tuh)

Hallooo..!!! Sekolah mana pulak yang ajar masak bihun pakai jintan manis nih? Lepas tu, over-cooked ke hape kalau merasa sampai 7-8 sudu! Haish! Geget kang, haaa..! Ooppsss!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::





Monday, February 27, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE MIX MALAYSIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Takde mukadimah sangat kot sbb speechless! ;P

Jom tengok resepi terus! ;)

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1 ikat sawi bunga (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili hijau
3 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. Kacau rata hingga ayam separuh masak.
3) Perasakan dengan sos tiram, kicap, garam & gula.
4) Masukkan sawi bunga. Sebatikan.
5) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau seperti membuat telur hancur.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun bawang & daun sup sebagai penambah aroma serta hiasan. Hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Mix Malaysia. Ah kak terlebih kicap. So, bihun nampak gelap sikit dari yang sepatutnya. Macam bihun yang buat tanning je. Hu3...

Walaupun tergelap sikit tapi, dari segi rasa masih boleh dimahapkan la... Thank God! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 15, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE MENJADILAH PULAK!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama kot aku nak buat bihun Singapore yang rupa boleh tahan & rasa pun tak mengecewakan. Kalau boleh, tak naklah ikut sejibik2 resepi yang digoogle. Konon2 nak bereksperimentasi la kan... ;P Alhamdulillah... kali ni berjaya! 

Wee hooo..!!!

Bahan2:-

1 peket bihun (direndam dengan air panas & air sejuk serta ditoskan)
1/2 biji kobis (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar 
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

2 biji cili hijau
5 - 7 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. 
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras, kacau hingga jadi telur hancur.
4) Masukkan kobis & sedikit air masak.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Taburkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Biarkan seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Menjadilah Pulak! ;P

Belum ada rejeki nak jejakkan kaki ke Singapore, dapat buat bihun goreng Singapore pun jadiklah! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, August 15, 2011

BIHUN SINGAPORE YANG TAK SINGAPORE LA SANGAT...

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak bihun Singapore plak. Well... tak tau la kenapa nama dia 'bihun Singapore'?! Adakah sebab resepi yang orignal berasal dari Singapore? Atau pun orang yang memula masak tu datang dari Singapore? Tak pun, orang Singapore antara yang terawal makan bihun? Hmmm... ntah la... Wallahualam... ;P

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
10 ekor udang (dibuang kepala & kulit serta dicuci bersih)
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1/2 ketul kiub ayam
1/2 biji kobis (dipotong)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
Minyak masak
Garam
Air

Bahan Tumbuk:-

6 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk & serbuk lada hitam hingga naik bau.
2) Masukkan sedikit air, kicap & sos tiram. Kacau rata.
3) Masukkan isi ayam & udang. Kacau lagi hingga isi ayam separuh masak.
4) Masukkan kobis. Kacau rata.
5) Masukkan bihun. Sebatikan. Kalau tawar, boleh perasakan dengan sedikit garam.
6) Angkat & hiaskan dengan daun sup serta daun bawang.

~ Bihun Singapore yang Tak Singapore La Sangat sebab terlebih kicap. Hu3... Tapi, portion yang dimention kat bahan2 tu adalah yang betul. Pandai2 agak la...

Walaupun tak nampak ke-Singapore-annya tapi, bila dimakan tetap heaven..! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Wednesday, May 25, 2011

BIHUN GORENG CINTA SEMPURNA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tak buleh blah kan nama resepi bihun goreng ah kak? Lagu Yuna kata ko..! Ahaks3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (dicelur & ditoskan)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur ayam
1/2 biji kobis (dihiris)
1 atau 2 sudu besar kicap masin
2 keping daging burger
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 pokok daun sup (dihiris)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 genggam udang kertas (dibuang ekor & kepala serta dicuci bersih)
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng daging burger hingga sedikit garing. Angkat, toskan & potong menjadi kepingan kecil.
2) Pecahkan telur ayam dalam mangkuk bersama serbuk lada hitam. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar & telur yang dibancuh tadi. Buat telur dadar. Angkat & gunting memanjang.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau rata.
6) Masukkan kicap masin, gula & serbuk perasa. Kacau rata.
7) Masukkan udang kertas & daging burger. Masak seketika.
8) Masukkan kobis. Kacau lagi.
9) Masukkan bihun. Sebatikan.
10) Angkat & hidangkan. Hiaskan dengan cili merah, telur dadar gunting, daun sup & daun bawang.

~ Bihun Goreng Cinta Sempurna 1... siap!!! ;P
Selamat menjamu mata..!!! ;P

Monday, May 23, 2011

BIHUN PAMA 2... SIAP!!! ;P

Pada suatu malam, my 'sayang' merequest nak makan bihun Pama. Bihun Pama nie salah 1 spesis bihun instant jugak la... Sebelum nie, kitorang beli stok maggi jer. Tapi, lepas terpengaruh dengan Lip2 yang sker makan bihun Pama bersama Odah makanya, we ols pun membelilah jugak... Buat stock. He3...

~ Beginilah lebih kureng rupa packaging bihun Pama tuh.

& sebagai seorang isteri yang rajin lagik mithali (ecewah! Ahaks3...) makanya, aku pun masakkan untuk my 'sayang'... Eh! Bukan untuk my 'sayang' jer tapi, untuk aku jugak. Tak buleh tahan kang tengok my 'sayang' mentekedarah sorang2. Hu3...

~ So, 1 mangkuk untuk aku...

~ 1 mangkuk lagik untuk my 'sayang'.
Rencah tambahan just buh bawang, cili padi, kobis ngan telur hancus. Marvellous, noks! ;P

Saje tukar2 selera kan... Kalau rasa2 macam malas/boring nak makan nasik, buleh la masak bihun Pama nih. Sap2 soi jer dah siap maaa... Sonang! 

Korang penah makan tak?

Saturday, December 4, 2010

DASAT, WOK..!

Sepanjang tempoh demam, aku bermastautin kat umah mak. Baring jer... Tau2, mak dah siap masak breakfast. Untuk breakfast, mak aku masak sambal tumis ikan bilis, makan ngan nasik. Untuk lunch plak, mak aku masak nasik putih, sup ayam, sambal kicap & celur bihun. So, sesape yang takmo makan nasik, buleh la makan bihun sup.


~ Aku prefer makan bihun sup. Share ngan mak, makan sepinggan berdua. Terbaik, wok..! ;P


~ My 'sayang', of cos la carik nasik kan... Meroyan dia kalau lunch makan bihun sup jer... He3...


~ Bukak mulut besor2..! Heh3...

Belah petang, aku ulang lagik makan bihun sup. Wah! Kata demam... Tapi, buleh plak makan ulang2! Ha3... Terpengaruh ngan mak la nie! Mak baik punye makan depan aku sampai aku tergoda & terus pau bihun sup mak. Tak cukup ngan tu, buleh plak gi dapur, buh dalam pinggan sendirik! Isk3... ;P


~ Sodap, weh..! Sumpah! Tak tipu! Slurrppp2..! ;P


~ Sebelum tu, my 'sayang' tido tau. Bangun2, terus tercium bau bihun sup yang kitorang makan & terus request suh aku amikkan jugak. Ha3...


~ 'Whoaaa..! Betul2 ho liau!' Muahaha...

Dasat kan my 'sayang'? Dasat tak? Dasat tak? Hiks...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google