SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label APPOINTMENT. Show all posts
Showing posts with label APPOINTMENT. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

DARI DIA KITA DATANG...

Abah pesakit buah pinggang. Penyakit sampingan lain pun ada. Tekanan darah tinggi, diabetes, jantung & paru2. But, mainly kidney failure.

Abah buat treatment susulan di Pantai Hospital, Ipoh selepas Hospital Teluk Intan. Oppa & adik-beradiknya buat sistem giliran untuk bawak Abah ke sana.

~ Tiba turn kami.

~ Ruang menunggu bahagian luar.

~ Ini turn kami untuk minggu ke-3 Abah dialisis di Pantai Hospital.



Sistem badan Abah tunjuk respon positif Lepas 6 kali buat dialisis di Pantai Hospital. Alhamdulillah... dah berselera untuk makan. My MIL kata, dari 3 sudu dah jadik 1 senduk nasik. Minum susu Novasource (susu khas untuk pesakit buah pinggang) dengan jayanya, sampai perlu dicatu. He3... 

~ Abah 'ditransitkan' di rumah Huda.

Boleh berjalan pelan2 walaupun masih tetap perlu dibantu, dipimpin. At least, much better dari sebelum ni yang hanya depending on bantuan anak2 & wheel chair. Doa kami tak pernah putus, nak tengok Abah recover. Mudah2-an...

9 April 2018...

Kami balik kampung. Rumah mertuaku. Tido sana. Sebab keadaan Abah tak berapa bagus. Lemah semacam. Tak berapa nak makan. Minum pun sangat kurang. Nampak mengantuk (pejam mata) je. Glucometer detect, gula dalam darah tinggi. Walhal, Abah tak consume yang manis2. Tapi, bacaan tak konsisten. Maksudnya, dari 8 naik ke 21. Drastik kot..!

Bila dipanggil, Abah still respon. Tapi, aku & Oppa rasa something wrong somewhere. Abang Poi suruh refer ke Pantai Hospital. Tapi, My MIL refused. Tak sanggup nak tengok Abah go through prosedur2 yang nampak menyakitkan. Dia redha, katanya...

Kami bingung, serba-salah & dilema... Hu3...

10 April 2018...

Kami balik kampung & tido sana lagik. Kali ni, aku terkejut tengok condition Abah. Sangat3 lemah. Paling obvious, rentak pernafasan Abah. Lain. Lain macam sangat. Dada berombak, nafas berbunyik. Macam.... macam.... errr... tapi, aku tak sanggup nak sebut. Jadik terkedu. Hati menolak, nak terus pikir positif je. Tapi, mata & otak pikirkan yang sebaliknya...

Laju2 Oppa cek gula dalam darah Abah. 14, turun sikit dari 21. Makan tak nak. My MIL sudukan susu sebanyak 1 sudu teh pun Abah tak telan. 

Kami betul2 tak sedap hati. Kami nak war2kan kat anak2 & menantu2 Abah yang lain. My MIL berkeras tak setuju sebab risaukan diorang nak balik jauh2 malam2 buta. Oppa terpaksa 'fight', call Huda sebab dia yang paling dekat berbanding dengan yang lain. Aku pulak, curik2 WhatsApp Awa, mintak Awa sebarkan condition Abah.

Malam tu jugak Huda balik. Huda pujuk My MIL untuk bawak Abah ke Hospital Teluk Intan. Terpaksa call ambulans sebab kaki Abah tak boleh dibengkokkan. Sakit katanya...

Doktor terpaksa pengsankan Abah sebab nak masukkan antibiotik yang kuat. Risiko tetap ada. Doktor kata, condition Abah sangat kritikal. Kami redha... Doa yang baik2. 

11 April 2018...

Pukul 10.00 pagi, Abah kembali kepada Penciptanya... Innalilla hiwainna ilaihirojiun...

~ Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita pulang... 

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Yusoff bin Hussin...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, March 4, 2016

KEEP CALM...

Aku & Oppa ke KL... ke Klinik Dr. Hamid Arshat... ada urusan... urusan medical appointment...

Bukan 2-3 hari tapi, 2-3 bulan & 2-3 minggu sebelum menjelangnya hari appointment pun aku dah cuak, neves, dag-dig-dug je rasa... Ntah la... Macam2 kat kepala otak ni. Suka sangat pikir yang bukan2 tau! Owh... mencik! Hu3...

Oppa kata, jangan layan sangat perasaan tu. Oppa suruh relax2, chill2, doa yang baik2, redha, tawakkal & think positive. Allah ada & Maha Mengetahui. In shaa Allah... Oppa jugak akan sentiasa ada & support aku.

Appointment hari Jumaat, pukul 2.15 petang. Kami sampai dalam pukul 1 tengah hari. Oppa solat Jumaat, aku lepak dalam CIMB Auto & Properties Mart's Showroom. 

~ Belek2 majalah sampai mata mengantuk.

Nasib baiklah takde bantal. Ada kerusi & meja je. Kalau tak, dah lama aku landing. Ha3...

Kami 1st timer. Tak pernah go through sebarang prosedur kat situ. Nasib baiklah staff semuanya friendly. Mesra alam gitu..! Bagus.

Tapi, staff yang friendly tu tak dapat nak turunkan tahap dag-dig-dug ah kak. 3 kali check blood pressure, tiga2 tinggi! Hadoiiyaiiinyaponnn..!!! 

Tiba turn aku...

1 more good thing is, klinik ni husband friendly. Tak payah request nak mintak hubby masuk, temankan pun, diorang memang akan suruh hubby temankan jugak. Happy lah Oppa sebab Oppa memang nak tengok, dengar & tanya soklan2 face to face. Senang. Direct knowledge. #NoFilter

Hmmm... macam mimpi je jumpa bertentang mata dengan Dr. Hamid Arshat yang fofular tu! Dulu2 masa zaman remaja, belum kahwin, banyak kali jugak tengok wawancara dia kat Malaysia Hari Ini la... Wanita Hari Ini la... bla3... Masa tu tak expect apa2. Tengok sekadar untuk amik tau. Tup2... aku buat appointment dengan beliau. Fuh! Perasaan dia adalah sejenis perasaan yang bercampur-baur. Hu3...

Aku just kena buat TVS untuk hari tu. Tak sakit & tak neves. Sebab dah tersangat biasa buat TVS masa buat appointment kat Hospital Teluk Intan yang... hmmm3... ho3... hu3... tu. Huh! Malas nak pikir kenangan yang tak berapa nak best tuh! 

Nak dengar result TVS tu yang buat aku tak berapa syiok! Cuak semacam! Dipendekkan cerita, Dr. Hamid sarankan aku untuk buat 1 prosedur yang aku tak pernah buat seumur hidup aku! Aku terkejut, actually. Dalam masa yang sama, aku rasa takut jugak. Hmmm... macam2 perasaanlah! 

Tahap 'drama air mata' jugak la... Oppa bagi kata2 semangat. Oppa tak paksa. Oppa bagi ruang untuk aku bertenang & berpikir masak2. Sambil2 tu, Oppa bagitau pendapat dia. Lama2 aku ok. Aku redha... aku cuba. In shaa Allah... aku setuju. Doakan yang terbaik untuk aku, ye..!

Lepas tu, aku lapor. Rasa nak makan 'makanan Running Man'. Eh, makanan Korealah! Ha3...

~ Seoul Garden, KL Festival City Mall, Danau Kota jawapan dia. ;P

~ Terima kasih, Allah... sebab 'hadiah & pinjamkan' Oppa untuk aku. ;)

~ Seoul Garden sodap jugak la... Not bad.

~ Annyeonghaseyo... He3...

Well... orang yang sejenis happy go lucky, hot temper & kadang2 manja terlebih di luaran ni goyah jugak bila diuji. Suka simpan sendirik, tak nak tunjukkan kegoyahan tu. 

Tapi, dia selalu cakap pada diri sendirik, 'Allah kan ada... Allah Maha Mendengar setiap rintihan & doa... Allah Maha Penyayang... Allah jugak tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya sebab perancangan Allah sentiasa tepat. Tak pernah silap.'

Allah belum bagi apa yang dia nak tapi, Allah bagi apa yang dia perlu untuk saat ini. Dia ada suami a.k.a Oppa yang amik berat, jaga & sayang dia. In shaa Allah... till forever... Dia ada Mak yang kasih sayangnya melimpah-ruah. Dia ada adik-beradik & ipar-duai yang baik2. Dia jugak ada keluarga mertua yang mengasihi. 

So, tak payah nak argue banyak sangatlah! Just say, 'Alhamdulillah...' ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 8, 2011

MAK KE JABATAN PEMULIHAN ANGGOTA

3 Oktober 2011...

Aku bawak mak ke Klinik E.N.T, Hospital Teluk Intan sebab mak ada appointment dengan pakar hari tu. Alaaa... yang pasal hidung mak tu la...

Cepat jugak appointmentnya berjalan. Pukul 9.30 a.m dah settle.

Doktor kata, mak memang kena consume ubat setiap 6 bulan sekali. Tapi, ubat tu bukan kena makan selalu cam ubat darah tinggi. Makan bila perlu jer. Means, bila mak rasa kureng selesa nak bernapas/hidung tersumbat.

Doktor kata lagik, tak perlu risau apa2 pasal hidung mak tuh sebab tak la sampai tahap membahayakan. Plus, bukannya kes ada ketumbuhan/yang sewaktu dengannya. Tulang hidung mak senget sket which is mungkin senget sejak lahir. So, bila tak pantang makan, minum ais, makan seafood, terdedah kepada habuk yang boleh jadik infection pada hidung mak, hidung tu akan membengkak + menyempitkan saluran pernafasan.

Means, mak kena kawal pemakanan la... Begitu... Kalau terbabas jugak, makan tak pantang, tu yang kena consume ubat tuh.

~ Dari spital, kami ke Tabung Haji plak. Ada urusan sket.

~ Lepas tu, singgah Sutera Bayu, minum2...

~ Plus, makan French fries. 

Belah petang, mak ada appointment lagik. Dengan Jabatan Pemulihan Anggota plak regarding sakit bahu mak tuh. Turn abang aku plak bawak mak. 

Mak kena exercise, derrr..! Mak cakap mak segan + rasa kelakor sebab physiotheraphist tu suh mak exercise angkat2 tongkat setinggi mungkin. He3...

10 Oktober 2011, sekali lagik mak ada appointment susulan kat Jabatan Pemulihan Anggota. Abang aku jugak yang bawak mak. Esoknya, 11 Oktober 2011, baru aku plak bawak mak. Appointment dengan doktor darah tinggi & diabetes. 

Dah! Tu jer nak citer. Sekian... ;P


:: Like3, ek! ::


Thursday, August 4, 2011

APA ITU PUBERGEN?

Kalau sebut pasal Pubergen, musti ramai kot yang tercangak-bangak sambil nganga2 mulut sebab tak tau apakejadahnya mende alah tuh?! Eh! Ke aku sorang jer yang tak tau? ;P

Tak kesah la kan... korang tau ke tak tau, aku nak kasik tau jugak.

Pubergen nie adalah sejenis ubat. Eh! Macam nie sebenornya. Aku pun tak sure sama ada ia sejenis ubat/brand ubat. Yang pasti ia ubat dalam bentuk injection la...

1st day puasa (1 Ramadhan), aku dah tak puasa sebenornya. Bukan sebab aku saje2 nak ponteng puasa tapi, sebab puasa aku terbatal secara automatic. Wah, ayat! Bikin fenin kepala sume orang! Ha3...

Begini, ya ibuk2 bapak2 sekalian... aku ada appointment dengan doktor hari tu. Appointment tu plak adalah untuk TVS. Kalau sesiapa yang penah gi klinik pakar sakit puan, musti arif sangat tentang istilah TVS nih. TVS nie adalah proses mengscan melalui faraj wanita. Banyak la fungsinya. Salah 1 adalah untuk mengesan saiz ovum/bahasa saintifiknya follicular tracking.

Bila dah buat TVS tu, confirm2 la puasa aku batal kan... Hu3...

~ Ini plak ubat Pubergen tuh. Tapi, doktor panggil as profasi injection. Tak tau yang mana 1 betul kan... Confuse ah kak!

Lepas TVS, kena buat profasi injection plak. Kena inject kat bontot ko! Aku ingatkan macam inject biasa2 tuh. Rupa2nya, sakit, noks! Rasa macam nak flying kick jer nurse tuh! Uwaawaawaaawaaaa.... :(

Profasi injection nie untuk stimulate 'munge' yang dok pegang ovum. Dia akan paksa munge tu untuk lepaskan ovum supaya ovum buleh jalan sendirik dengan aman ke fallopian tube where persenyawaan berlaku. Amik ko! Ayat doktor falsampah plak keluar! Ha3...

Well... sejak berulang-alik ke hospital nie kan, aku semacam dah terror plak dengan terms2 perubatan nih. Prolaktin la... progesteron la... follicular tracking la... etc2. Apa2 pun, doakan usaha kami beroleh kejayaan yang cemerlang, gemilang & terbilang, ye! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Saturday, July 30, 2011

'MAT MEYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU.' ERKKK!!!

~ Lokasi: Klinik 6, Hospital Teluk Intan. Kelihatan seorang auntie berbangsa India tengah godek2 papan kenyataan.

Tapi, aku bukan nak suh korang berkenalan plak dengan auntie tuh. Apakejadahnya plak kan... No3!!! 

Aku nak uji mata korang. Kalau mata korang tak rabun macam mata aku atau kalau rabun jugak mungkin powernya tak sedasat power spec aku, apa kata cer carik frasa 'Mat Menyambut Minggu Penyusuan Susu'. 

Hmmm... spekulasi kan frasa tuh? Ha3... Larikksss..!!!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Thursday, May 19, 2011

KFC BUAT KESEKIAN KALINYA...

Petang Isnin, aku ke spital, ada apointment lagik. Waktu appointment adalah pukul 2 p.m. Tapi, kitorang sengaja gi lewat sket sebab dah masak sangat dengan sistem spital nih. Dah banyak kali we ols datang on time tapi, tetap menunggu lama jugak untuk jumpa doktor..! Normally, pukul 4 p.m baru dapat masuk bilik doktor.

So, kali nie kitorang trylah gi lewat sket. Pukul 2.30 p.m dari umah, sampai spital pukul 2.40 p.m. Takde la lewat sangat kan... Bajet2 kali nie pukul 3.30 p.m dah buleh jumpa doktor. Sekali... hampeh jerk! Pukul 4.40 p.m baru jumpa doktor! Cis betul!

'B, len kali kita gi dari umah pukul 4.30 p.m lah. 4.40 p.m sampai spital, 4.45 p.m dah buleh jumpa doktor. Huh!'

Tensen ah kak tau! Makin unstable la hormon ah kak kalau macam nie gayanya! Hadoi la...

Untuk meredakan tekanan (kononnya la kan...), aku request kata nak makan KFC. Wah! Apa kena-mengena tekanan ngan KFC ntah?! Belasah jer la labu! Ha3...

~ Owh... yeah..! Met you again Atuk Kolonel! Sejak bila dia jadik atuk ko, ha..?! Ha3...

~ Wajah yang aku asik windu2-an selalu... Owh... jiwang karats mak, noks..! Ho3!!!

~ Bajet muka Anuar Zain ke apakah ini? Muahaha... Larikksss..!!!

~ Kami order Zinger combo, add-on large fries. Rasa malas lak nak mentekedarah ayam goreng kentucky. Zinger nie pun ah kak tak berapa nak abis tau! Musti korang terkesima kan? Hmmm... ntah la... Aku pun tak tau apsal?! Hormon diet menguasai sistem pemakanan aku kot... ;P

~ Tudung baru... Santek tak? Free tau! Kakak aku belikan. Adik kesayangan katanya kan... Ahaks3...

~ Dari kejauhan, kami nampak muka2 yang macam kami kenal & terus hati pun berkata2, 'Eh! Macam penah ku lihat muka2 tuh. Tapi, di mana ya?' He3... Awa, Udda, my MIL & Qistina lah!

~ Sila kagum tengok Cik Qistina makan peha ayam KFC tuh. Sebab buleh abis sampai 2 ketul wooo... Aku pun terkagum2, hokay..! Cayalah Qistina! Hiks...

~ Pukul 6.30 p.m, kami mintak diri sebab my 'sayang' nak ke Bank Islam. Kalau dah ke bank tu of cos la nak withdraw kan... Takkan nak beli tayar beskal plak kan... ;P

Spital janji nak call back semalam. Aku menunggu bagai bulan jatuh ke riba. Tahukah anda bahawa penantian itu 1 penyeksaan? So, kalau tau silalah call cepat2, bagitau apa2 yang patut. Hu3...

Petang nie, kalau spital tak call2 jugak, makanya aku la yang kena call balik. Cis!

Tuesday, January 25, 2011

GOMBAK, KAJANG & COTI..!

Petang kang, dalam pukul 6 p.m, bertolaklah aku, my 'sayang', mak & nenek ke Gombak. Ada appointment kat Syifa Al-Hidayah. Harap2, perjalanan lancarlah hendaknya... Amin...

Settle jer appointment kat Syifa Al-Hidayah, we ols terus 'check-in' kat Kajang. Alaaa... lodging kat umah kakak aku jer... Jimat! & lebih nilai untuk wang anda! Save2..! Plus, aku dah suh kakak aku siapkan kamar beradu wif tilam & bantal yang empuk2, kamar bersiram siap ngan bathroom heater & menu santapan yang marvellous2! Barulah cantik, menarik komemangthebomb!!! Ahaks3... Musti parkinson terus kakak aku! Muahaha... Larikksss..!!!

Hari Khamis baru aku kembali ke kampung halaman. Makanya, dengan berbesar hati & kembang setaman, aku nak announce yang aku adalah menCOTI till 27th January 2011..!!! Ho yeah..! 2 hari tuuu..!!! Bangga2... Sambil kembang-kempiskan hidung & siap kata korang bakal menjeles lagik..! Ahaks3...

Jeles ke..??! ;P

Thursday, January 20, 2011

CHAIYOK, MAK! CHAIYOK!

Ini kesah last week. Baru nak update. Heh3... Well... mak aku ada appointment ngan doktor. Sebelum Subuh kitorang dah terpacak kat pintu spital! Eh2! Over la tu kan... Ha3... Takde la Subuh... Tapi, pepagi jugak la... Dalam pukul 8.15 a.m camtu la...

Memula, kena gi Kaunter 8 sebab nak amik result darah mak. Pastu, tunggu mak check blood pressure kat Kaunter C lak. Tekanan darah mak hokay... normal. Pastu, aku gi Kaunter 1 lak sebab nak amik nombor bilik doktor. Dapat Bilik 7. Nombor giliran lak adalah nombor 20. Fuh! Bergerak ke sana-sinun ah kak hari tu tau! Terbakar gak la lemak2 degil lagik tepu nih! Heh3...


~ Eh! Hari tu ah kak pakai baju baru, noks..! Kaler base putih, ada munge kecik2 kaler pink. Pakai ngan tudung pink. Aloolooolooo... tentomeinya dia..! Huk alloh hai...! Ahaks3...

Hokay2! Anggap sebagai selingan, ye! ;P


~ Tetiba, mak dapat geng baru! Mak cik tu dari Sungai Petani. Tapi, dah transfer ke sini. Dia pun ada darah tinggi jugak. Dia tak berapa arif sangat lagik pasal selok-belok prosedur spital kat sini. Tu yang dia beramah-mesra ngan mak aku tuh.


~ Terror mak aku jadik tourist guide. Siap tunjuk2 sana-sinun lagik, ko..! Hiks...

Tak lama pastu, turn mak aku plak masuk bilik doktor. Doktor tengok la result darah sume. Doktor kata, gula dalam darah mak quite tinggi. Tapi, doktor tak bagi ubat diabetes lagik sebab nak suh mak cuba reducekan kandungan gula tuh dalam masa 2 bulan. After 2 months, mak kena amik darah lagik. If kandungan gula ok, means mak tak perlu la nak amik ubat diabetes. Just control makan-minum jerk. But, if tinggi jugak, then kena amiklah ubat diabetes.

Hari tu jugak doktor suh mak jumpa dietician. Banyak jugaklah yang dietician explain kat mak aku. Soklan2 cepu gangsa pun banyak gak sebab dia nak trace camne kandungan gula dalam darah mak aku buleh tinggi. Mak memang bukan penggemar teh/kopi/yang sewaktu dengannya. Tapi, mak tak buleh pisah ngan nasik. Means, bila lapar, mak makan nasik including breakfast which is not good katanya... Dietician tu kata lagik, makan nasik terlalu kerap pun buleh menyumbang kepada peningkatan kandungan gula dalam darah.

Owh... begitu...

Next appointment adalah pada 9 Mac. Aku doakan mak berjaya dalam misi mengurangkan kandungan gulanya... & aku jugak doakan mak tak perlu nak makan ubat diabetes. Amin...

Errr... korang ada petua apa2 tak regarding camne nak reducekan kandungan gula dalam darah?

Monday, December 27, 2010

OFF!

Aku off hari nie. Atau dalam bahasa saintifiknye, aku coti hari nie. Di samping sesaje nak mengabiskan saki-baki coti yang ado, aku jugak ade appointment ngan doktor pukul 2 p.m kang. Actually, coti aku ade 6 hari lagik. Kalau takde hape aral, ingat nak carry forward jer sume.

Lepas jumpe doktor, aku rase cam nak bawak mak gi berurut. Sakit2 badan katanye... Sepatutnye, last Sunday aku bawak mak. Tapi, tukang urutnye ade hal la plak. Tu yang kene postpone tuh. Harap2, petang nie dia ade la. & harap2 appointment aku abis cepat.

Ntah hape la plak doktor nak consult petang nie?! Tak pon, ntah prosedur hape la plak yang aku kene go through?! Isk3... ngeri, wok! Ngeeeeeeeeeeee..........!

Tuesday, October 19, 2010

4 BIJI, 3 KALI SEHARI... TSK3...

Semalam, aku terjah spital lagik... Bukan sebab sakit/hape2... tapi, sebab ade appointment dengan doktor. Appointment tu pukul 9 a.m. Kitorang sampai spital pukul 8.20 a.m. Sempat la breakfast dolu kat kantin spital. Aku amik mee goreng. My 'sayang' lak amik nasik goreng. Fail lah rase mee goreng aku tuh. Potong betul! Rase nak refund jer. Hu3... Nasik goreng my 'sayang' memang terbaiklah..! Rase rugi plak tak amik nasik goreng. Tsk3...

Pukul 8.40 a.m, we ols menapak ke Klinik 6. Letak kad, tunggu kat ruang menunggu, tak sampai 5 minit, nurse panggil aku masuk bilik scan. Settle scanning, terus jumpe pakar O & G. Dr Shanti Jeyapalan namenye. 1st time dapat doktor pompuan, wok..! Rase macam nak peluk cium jer doktor tuh! Owh... hapekah..?! ;P Ye la kan... before this, sume lelaki, Chinesse. Malu2 kucing ah kak, noks..! Awwsss! Ha3...

Well... bile dah depan doktor tu, mula la 1001 soklan aku tanye kat dia. Bese la... kite nie kan patient... Banyak mende yang kite tak tau. So, kene la tanye! Betul tak?

Doktor check2 hape2 yang patut then, suh gi farmasi, amik ubat. Sekejapan jer...


~ So skang, ubat nie la yang aku kene consume. Banyak wooo... kene telan..! 4 bijik sekali makan, 3 kali sehari, amik after meal. Sehari = 12 bijik masuk perut. Adeh3... Sib baik kapsul. Kalau jenis yang kecik2, comel2, bulat2 tu, perrgghhh..! Dia punye pahit, toksah citerlah! Kalau makan ubat jenis tu, musti aku standby gula2/jus/air yang ade flavour untuk elak aku muntah. Tu pun muka dah berkerut2, hokay..!

Ah kak memang fobia ngan ubat2-an. Bercinta la nak suh aku telan! Mase kecik2 dolu, kalau nak bagi aku makan Panadol untuk kanak2 yang kaler pink tuh, musti mak aku hancur2kan jadik serbuk, buh dalam sudu, buh air sket. Pastu, telan sambil minum air masak yang banyak! Konon2 kalau hancur2kan camtu, rase dia tak pahit sangat la... Hape punye teori daaa..?! ;P

Errr... tumpang tanye... ade tak ubat yang rase macam ayam KFC? Heh3... (Lempang, jangan tak lempang! Adeh3...)

Tuesday, August 10, 2010

TEMUJANJI ITU...

Temujanji dengan doktor semalam berjalan dengan lancar. Wah! Macam bersopan-santun lak guna perkataan 'temujanji'. Tak penah2... Selalu, I speaking London jer... kata, appointment gitu..! He3...

Result2 pun sume dah dapat. Alhamdulillahhh... nothing's wrong. All went well... Tapi, yang aku tak puas hatinye adalah doktor pakar nan ado..! Sedangkan, mereka2 yang perlu jumpe pakar memang bapak punye ramai! Sume pun dok menunggu. Even nurse pun dah bising2 kata, 'Mane la doktor pakar nie? Tak lame lagik dah nak pukul 5 p.m, dah nak balik. Orang yang nak dapat rawatan & consultation still menunggu!'

Aku punye appointment pukul 2 p.m. Aku sampai pukul 2.10 p.m. Bese la kan... traffic jemm... Ha3... Nombor giliran adalah nombor 6. Means, kalau ikut logic, takdela lame sangat nak tunggu kan... Sekali... ko nak tau... pukul 4 p.m baru dapat jumpe doktor! Tu pun bukan doktor pakar! Doktor pelatih jer... Doktor tu just inform pasal result2 test yang aku dah buat. Pastu, suh aku gi farmasi, amik Clomid. Plus, dia pun kata, tak dapat nak tentukan another specific procedure sebab doktor pakar nan ado..! Hangen plak aku ngan doktor pakar yang tak sampai2 tuh!!! Huhhh!!!

Dah la semalam, i'm not feeling well. Kene flu lah... Hadoiiyaiii...! Hu3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, July 29, 2010

SEKSANYE PROCEDURE ITU..! TSK3...

Pukul 2 p.m, aku dah bersiap2. Walaupun rase dag dig dug, aku kuatkan gak la semangat. Hu3... Tepat pukul 2.30 p.m, we ols dah sampai kat Klinik 6, Hospital Teluk Intan. Takde patient lain, owhhh... petang tuh! Muka we ols la yang ade kat situ. Maybe, patient lain tak sampai lagik kot. Tak pun, waktu appointment diorang lewat sket dari aku. Ntah la... Kose aku nak pikir lebih2!

Tak lame pastu, ade 1 nurse guide kitorang ke bilik x-ray. Lagik la gua suspen, hokay..! Uwaawaaa...


~ Tengah tunggu name dipanggil. Purak2 relax jer tuh! Dlam hati, hanya Tuhan yang tau...


~ Cubaan untuk flirting... Owhhh... tidak! Bukan3! Saje jer kenyit2 mata, konon2 buleh kurengkan nervous la tuh! ;P

& finally, name aku dipanggil... Jantung macam dah nak tercabut dah time nih! Hadoiiyaiii..!!! Dah la diorang tak kasik my 'sayang' masuk, teman sekali sebab ade radiasi katanye... Isk3... Dah tu, sape nak bagi moral support kat aku nih? Seramnyeeeeeeeee.............. Ngeeeee...

Tik... tok... Tik... tok... 5 minit berlalu... 10 minit... & berminit2 berlalu... Akhirnye, aku berjaya mengharungi procedure itu. Procedure yang menyeksakan! Giler kentang punye sakit! Sampai aku rase sesak napas! Rase nak menjerit2 panggil my 'sayang'! Sadis, owhhh... Sakit tahap gabanz! Silap2 haribulan, kalau tak sabar, mau kene penyepak si 'tukang inject' tuh!

Ramai, hokay yang ade kat dalam bilik x-ray tuh! Sume pompuan la... Aku pun tak sure either diorang tu doctor/juru x-ray/juru scan ke hape kan... But, yang pasti, most of them adalah bebudak praktikal/baru. Ade sorang jer nurse. Diorang sume ok jer... Tapi, diorang sker berciter pasal job diorang kat sebelah aku. Means, aku dengor la diorang cakap pasal procedure2 lain & noisy gak la... which I thought will make the patient more nervous. That's not good aku rase... All & all, thanks gak la to diorang sebab bersikap lembut jer dengan aku.

Thank God coz procedure tu dah berakhir... Lepas hazab aku...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, July 27, 2010

ALAMAK!!!

Semalam kan aku amik ubat kat spital kan... Ubat allergic, actually. Punye la banyak yang nak kene telan! 8 bijik sekali makan wooo... Sib baik 2 kali makan jerk. Kalau berkali2, mau sawan tarik ah kak! Ngeeeee...

Makan pun kene ikut mase yang ditetapkan. Sepatutnye, makan pukul 2.30 a.m. Tapi... alamak!!! Tak terjaga la... Pukul 6.20 a.m baru terjaga! Tu pun sebab my 'sayang' kejut. Kelam-kabut my 'sayang' carik ubat. Yang aku lak blur2 jer... Macam mimpi kene kejor kambing pun ade! Erkkk! Kambing..??? Ha3...

Aku main belasah jer, weh makan ubat tu tak ikut time. Mintak2 la takde hape2 komplikasi. Aminnn... Fuh3!!! Pukul 12.30 p.m kang kene telan lagik 8 bijik.


~ Gambar sekadar hiasan lagik. Kat Lost World of Tambun. Eh2! Windulah nak gi picnic, nak berkubang2-an... ;D

Appointment yang tak berapa dinanti2kan adalah pada pukul 2.30 p.m nie. Doakan takde komplikasi yang berlaku, ye you ols..! Tq...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, July 26, 2010

SERIAU

Pukul 3 p.m kang, aku kene gi spital. Ade ubat yang aku perlu amik sebagai persediaan untuk temujanji esok. Isk3... seriaulah plak! Kecut perut aku nak tunggu hari esok! Dag dig dug jer rase jantung nih! Hu3...

Kawan2... doakan aku berjaya menghadapinye, ye! & doakan jugak takde hape2 side effect yang berlaku, ye! Thank you...

Errr... sok aku adalah coti! Best tapi, berdebar, owhhh... Tsk3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, May 13, 2010

TERSALAH COTI...

Aku coti hari nie. Tapi, sepatutnye aku coti semalam, bukan hari nie! Hu3... Mesti korang fenin baca statement aku nih. Berbelit2, berputar2...

Gini kesahnye... aku apply coti adalah untuk attend appointment ngan doktor kat spital. Mati2 aku ingat appointment tu hari nie! Tup2 pagi tadi, bile aku check balik surat appointment tu... humang aihh! Bukan hari nie la... Semalam la... Hadoiiyaiii..! Camne buleh silap nih??? Hu3...

Kan tak pasal2 kene postpone appointment tuh. Wah! Sakitnye jiwa & raga! Confident jer aku amik coti hari nie. Adeh3...

Moral of the story: Sediakan payung sebelum ujan... Sob3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google