SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 11, 2011

SENYUM... TAK PERLU KATA APA2... SENYUM...

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


Selingan untuk kamu sume... Harap2, buleh ceriakan hari kamu & senyum, dong..! ;)

6 comments:

wahida said...

hahaha!! sumpah aku gelak guling2 baca ni...

kalau aku kopipes, then aku link kat ko, boleh?

Diana @ BKKC said...

hahahahaah...lawak lah..Nway..slm kenal

dwatyKNY said...

kahkahkahkah... si abg tu ok lagi namanya... si adik tu... masyaallah... nama ajoi tu sama ngan nama yang saya gunakan tuk entri hari ni... hehehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wahida,
sama la kita.. leez pun masa memula baca, trus t'sengih2! ha3..

owh.. buleh jer.. mo-man-thai! xde hal punye..!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Bila Ku Kata Cinta...,
klu lawak, sama2 la kita senyum, ye..!

salam kenal jugak.. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

dwaty,
tau xpe..! kelakor abis! klu betul la ade nama sebegini, mmg dasat betul! tabik spring kat mak pak diorang yg bg nama macam nih! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google