SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 19, 2011

PONDAN KEKAL NAMA ASHRAF


KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.

Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.

*Sumber: kosmo


Kalau dah berjantina lelaki tu, jadiklah lelaki sejati. Tak payah la gediks2 nak membuang duit buat transgender + turun naik court semata2 nak jadik pompuan. Bukannya pompuan perfect pun... Fake, hokay! Fake! Huh! 

Alasan 'mempunyai naluri kewanitaan' tu sume bisikan syaitan. Cubalah lawan sehabis mungkin! Mohon pada Tuhan, kembalikan naluri ke asalnya mengikut fitrah kejadian. Anggap itu sume dugaan. Insyaallah... Allah tu kan maha mendengar...

Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya sebab hanya Allah tau apa yang terbaik untuk kita...

7 comments:

~ain said...

entahlah! sedih pun ada gak. lelaki dahlah sikit.. sibuk nak jadi pompuan pulak dah..

aleesha farhana.. adoi.. nak nama sedap2 je, kan? heheh

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

~ain,
tau xpe..! kang xpsl2 ade pompuan yg mengebas laki org lak kang! owh.. nom3!! kdg2 tu muka ensem (if jadik lelaki la..). tp, gediks nak jadik pompuan. terus potong stim! hu3..

aah. nama melampau ngalahkan nama pompuan tulen. cis betul!

tamlegend said...

dah siap bawak g mahkamah...yang tak tahan siap pakai tudung lagi tu...MasyaAllah...jahilnya manusia...tanda2 akhir zaman..

r'Da said...

hye suke bw post kamo.. jom same2 follow blog..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

tamlegend,
tu la pasal! dia xpikir langsung impaknya kpd org2 yg 'sekaum' dgn dia! wat malu org pakai tudung jer, hokay..! huh! emo tau!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

r'Da,
hye! tq.. ok. nanti i follow u lak. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

abu idris,
nauzubillah..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google