SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 5, 2011

SAMBAL SARDIN SIMPLE SEDETIK LEBIH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi kali nie memang simple giler! Resepi Sambal Sardin Simple Sedetik Lebih. Plus, dah banyak kali jugak aku jaja kat blogungukechentaan. Tapi, yang sebelum2 nie aku buh cili kisar. Yang nie lain sket sebab tak pakai cili kisar. Sebab tu lah aku kata simple.

Bahan2:-

1 tin sardin
3 biji bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
3-5 biji cili padi (dibelah 2)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Garam
Minyak masak
Air

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan ikan sardin.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Perasakan dengan garam.
5) Masukkan cili padi & cili hijau. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Simple Sedetik Lebih. Makan dengan roti pun buleh, makan ngan nasik panas2 lagik la buleh sangat! Nak2 plak kalau ada ikan masin goreng. Perrgghhh..! Terangkat, noks..! ;P

2 comments:

Mama Gee said...

Pg tadi mama pun masak sambal sardin....letak 12 biji cili padi...namanyaa..."Sambal Sardin Setaman Cili" hehehee {incik suami kalo tak pedas nnti dia komplen}

ArELeEz said...

Mama Gee,
wah! lagik dasat nama resepi tuh! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google