SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, July 9, 2011

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR AYAM AURORA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Woo hooo..! Ini resepi baik punya..! Memang sedang2 eloklah kalau nak buat lauk untuk makan tengahri nie. ;)

Bahan2:-

5 biji telur ayam
1 ikat bayam (disiang)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1/2 tin susu cair
3 helai daun kunyit (dikoyak)
1 keping asam keping
Air
Garam
Serbuk perasa
Gula

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
5-7 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Tuangkan susu cair. Masak hingga mendidih.
3) Tuangkan air secukupnya. Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
4) Masukkan asam keping & daun kunyit.
5) Pecahkan telur sebiji2. Pastikan tidak bertindih antara satu sama lain.
6) Masukkan carrot & masak dengan api sederhana.
7) Masukkan bayam. Masak hingga bayam & carrot menjadi lembut. Bila telur ayam dah mengeras, bolehlah diangkat dan hidangkan.

~ Masak Lemak Cili Padi Telur Ayam Aurora. Masa nie tengah baik punya bertenggek kat atas dapur.

~ Memang terbaik kalau dibuat lauk makan tengahari. Lagik bertambah terbaik kalau buh kicap secukup rasa. Perrgghhh..! Mak mertua lalu pun tak sedor, yong oiii..! Ha3...

2 comments:

NUR said...

lapar lak nengok ni,,
org puasa ni..

ArELeEz said...

NUR,
owh.. pose, ek? cepat tutup mata! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google