SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label EMEL. Show all posts
Showing posts with label EMEL. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

GOOGLE 1999

Selamat hari Rabu... ;)

Tak tau nak mukadimah apa?! Kita aci tengok gambar teruslah. Gambar yang aku dapat dari emel.

~ Team Google. Tak payah kot nak cerita apakah itu Google?! Sebab aku rasa memang familiar sangat Google nie di dunia maya tanpa sempadan. Search engine kata ko! Gambar nie diambil pada tahun 1999, kata emel tu la... Boleh percaya kot sebab nampak muka semua pun muda2 remaja lagik... baju gelebeh2... He3...

Dari tahun ke tahun, dah macam2 transformasi yang dilalui oleh Google. Sekarang dah tahun 2011. Means, dah 12 tahun usia gambar tuh. Dah 'anak dara sunti' dah... Eh! ;P

Kadang2 aku terpikir jugak... macam mana la team Google nie bekerja, ek?! Besau ke gaji diorang? Boleh naik pangkat ikut gred macam kerja gomen ke?! ;P

Hmmm...


:: Like3, ek! ::

Monday, October 31, 2011

GRED ALBERT EINSTEIN

Albert Einstein... memang sinonim sangat dengan kegeniusan. Rupa dia (yang aku pernah tengok dalam buku2 la kan...) tak la sehandsome Aaron Aziz mahupun setampan Fizo Omar. Tapi, disebabkan kegeniusan tahap melampaunya tu lah yang membuatkan Albert Einstein dikenali seantero dunia, mengalahkan Aaron Aziz & Fizo Omar. Heh3...

~ Selalu kita tengok rupa dia jer kan kat dalam buku2 ilmiah. Kali nie, aku nak jaja  sijil peperiksaan/kelayakan dia pulak. Dah kuning2 dah pun kertasnya. Nampak sangat la dah lama benor kan...

Gred yang terpapar tu, gred masa zaman dia la kot. Kira terror habis la tu kot... 

Sumber adalah dari emel. So, tak dapat nak dipastikan kesahihannya. Tapi, aku rasa macam betul jer... Korang rasa camne? 


:: Like3, ek! ::

Monday, October 24, 2011

TRANSFORMASI... BUKAN TRANSFORMER. ;P

Tajuk memang tak boleh blah! Abaikan jer... Anggap sebagai gurauan semata2. He3...

Cerita nie memang takde kaitan langsung dengan transformer atau pun Micahel Bay. Just nak cerita pasal transformasi botol Coca-cola jer pun.

Siapa yang tak pernah dengor pasal Coca-cola kan... Salah 1 perintis minuman berkarbonat yang memang fames amos di seluruh dunia.

Macam2 transformasi yang pihak company buat untuk pastikan Coca-cola maintain dalam pasaran. Lantik artis2 fofular jadik duta la... tu belum masuk bab2 advertising lagik tuh... kat media cetak, media elektronik bagai... Sampaikan botolnya pun mengalami transformasi jugak.

~ Tengok jer lah gambar kat atas nih. Transformasi botol Coca-cola dari tahun 1899  sampai la ke tahun 1986. Walaupun kaler minumannya maintain sama tapi, botol adalah berbeza2.

*Sumber: Emel

Hmmm... 1899 tuuu..! Lama jugak mende alah nie dah bertapak. Aku tak lahir lagik, derrr..! Even not in process lagik kot... Ha3...

Woot2! Dalam banyak2 botol tu, mana 1 yang paling kiut?


:: Like3, ek! ::

Friday, October 21, 2011

YOU JUMP, I JUMP!

*Sumber gambar: Kiriman emel

~ Kapal Titanic masa nak berlayar. Giler gedabak kan?

~ Kapal Titanic yang karam... Dah jadik tukun kot. Sedeh!

Terbayang2 jer cerita Titanic. Alaaa... yang Leonardo d Caprio berchenta ngan Kate Winslet tuh. Jack ngan Rose Dawson. Yang korang tengok sebanyak lapanploh kali tu, ha..! Baik ngaku cepat! Ha3...

Aku takde la tengok sampai lapanploh kali... Ada la dalam 5-6 kali kot... Tu pun takde la secara marathon. Tengok bila ada tayangan kat TV3 ke... HBO ke... 1st time tengok pun aci tengok kat video tape jerk. Kalau tak silap aku, zaman2 tu video tape/video player masih dikenali ramai sebelum bertukar kepada zaman VCD. 

"You jump, I jump!"

Perrgghhh!!! Ayat tak buleh blah yang tercipta dari filem ini. Lagik 1 ayat tak buleh blah Titanic adalah...

"Promise me you'll survive. That you won't give up, no matter what happens, no matter how hopeless..."

Masa Titanic tengah hot, aku still kat Sains Selangor. Banyak la couple2 yang cilok ayat Titanic tuh, includekan dalam surat2 chenta. Bajet romantic tahap gaban la tuh! Alahhh hai! He3...

Apa2 jerlah ah kak nie kan? ;P

Eh! Jap nak tanya... kalau mimpi naik kapal besor di lautan luas, apa maknanya, ek? Aku mimpi macam tu la... Hu3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, October 20, 2011

BILA RAJA ROCK AND ROLL MENJADIK ASKAR...

~ Bila Elvis Presley menjadik Raja Rock and Roll...

~ Bila Raja Rock and Roll menjadik askar...

Mana lagik handsome? ;P

*Sumber: Emel.


:: Like3, ek! ::

Wednesday, October 19, 2011

MCDONALDS YANG PERTAMA

~ Sumber gambar nie adalah dari emel. Kata emel tuh, ini adalah rupa restoran fast food Macdonalds yang pertama di dunia. Kesahihannya tak dapat nak dipastikan... Tapi, macam boleh percaya jugak la kot... Sebab nampak cam tak semenggah jer lagik kan...

Mana Encik Ronald Macdonalds masa zaman nie, ek? Gambar 'pakcik' yang kat bumbung tu tak nampak macam Encik Ronald pun... Hmmm... belum lahir lagik kot... ;P


:: Like3, ek! ::

Tuesday, October 18, 2011

TIPS PILIH BINI

Nak PANDAI = Cari isteri CIKGU
Nak SIHAT = Cari isteri DOKTOR
Nak KAYA = Cari isteri ANAK TAN SRI
Nak GLAMOUR = Cari isteri ARTIS
Nak GADUH = Cari isteri SAMSENG
Nak SEMBANG = Cari isteri PENCERAMAH
Nak ALIM = Cari isteri USTAZAH
Nak GEMUK = Cari isteri CHEF
Nak SELAMAT = Cari isteri POLIS
Nak STYLO = Cari isteri KAKI SHOPPING
Nak MAMPUS! = Cari ISTERI MUDA YANG 1 OPIS DENGAN ISTERI TUA!

Terima kasih Faiza Ayu di atas kiriman emel yang berjaya membuatkan tuan tanah kedaung tersenyum selepas tensen dengan kerenah birokrasi terlampau salah sorang makhluk kat opis. Hu3...

Pesanan khidmat masyarakat dari blogungukechentaan: Hadapi hari anda dengan senyuman..! ;)


:: Like3, ek! ::

Friday, September 30, 2011

BELLA BEAN..???

Morning, you ols..! ;)

Amacam? Mood ada baik ke... mood ke laut? Kalau baik tu alhamdulillah la kan... Kalau ke laut, tak dapek la den nak nolong lebih2! Nolong kasik senyum sket2, buleh la kot. ;P

Hokaylah! Jom layan kejap gambar yang aku nak jaja pada pagi yang sojuk nih. Sesiapa yang moodnya ke laut tuh, sure buleh senyum lebar lepas nih. Heh3...

~ Tarat tat taraaa..!!! Cer imagine kalau Bella (Twilight) berwajah kembar seiras dengan Mr Bean seperti di atas. Korang rasa Edward buleh ke tangkap cintan ngan dia? Siap jegil2 mata bajet sexy lagik ko! Ha3...

Aku rasa, mau kena parkinson tahap 4 si Edward tuh kang! ;P

Hah! Senyum lebar tak? Hiks...


:: Like3, ek! ::

Thursday, September 15, 2011

BASIKAL KACA

~ Unik kan? Korang nak tak naik basikal macam nih? Kalau ah kak, basikal tu nak la try kot. Tapi, baju tuan punya basikal tu memang tak la... Sexy you! Awwsss!!! ;P

:: Like3, ek! ::

Wednesday, September 14, 2011

OUTSTANDING CASTLE

~ Eltz Castle.

~ Neuschwanstein Castle

Dua2 besar & dua2 pun outstanding! Amacam? Ada berani mau duduk situ? Ah kak? Ah kak... of cos la no3..!!! Besor sangat... Plus. kat hutan belantara lak tuh! Ngeri, noks! Awwsss!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, July 11, 2011

SENYUM... TAK PERLU KATA APA2... SENYUM...

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


Selingan untuk kamu sume... Harap2, buleh ceriakan hari kamu & senyum, dong..! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google