SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, July 15, 2011

CENDOL & LAKSA... KOMBINASI TERBAIK BUKAN..??!

Lepas bagi hantaran kat rumah Nenek Busu, kitorang terus berdesup ke Kuala Kangsar. Owh... sebenornya, tujuan utama ke Kuala Kangsar adalah untuk pergi berurut. Aku la yang nak berurut tuh.

Nak dijadikkan citer, abang aku ngan Kak Aneem ada bagitau yang mak mertua Lah (adik Kak Aneem) buleh urut2 orang. So, aku pun nak try la... Kot2 la serasi kan... Kalau ada rejeki & diizinkan Tuhan, expecting la aku. Insyaallah... Ikhtiar kata ko..! ;)

Tapi, bese la... aku nie kan jenis minda saintifik. Means, tak berapa in sangat bab2 tradisional nih. Lepas kena lecture ngan mak, baru la insap sket. Hadoi! Sadis2... Hmmm... bila pikir balik, why not mentry kan... Plus, doktor pun kata aku & my 'sayang' normal. Takde masalah. So, try la tradisional plak...

~ Balik dari berurut, kitorang still berlegar2 kat Kuala Kangsar. Pekena cendol, lepak bawah pokok. Heaven, noks! & mak pun meminum cendol AIS... ;P

~ Hah! Yang nie lagik gigih! Muncung sedepa, ko..! Muahaha...

~ Owh... ah kak maintain sopan-santun tatasusila, hokay..! Ahaks3...

~ Laksa amik 1 jer sebab nak testing dolu. Ngeri gak aku kalau makan laksa Kuala Kangsar nih sebab katanya diorang buat kuah dari belut. Geli, noks! Tapi, masa kitorang tanya kat adik yang amik order tu, dia kata kuah dari ikan parang. Tapi, aku tak buleh gak kalau ikan parang. Hanyir semacam jer aku rasa. Laksa yang paling aku sker if kuah dia dibuat dari ikan termenung. Confirm best!


Sempat jugak la kitorang shopping kat Arena Square Kuala Kangsar. Ada carnival, jual macam2 seperti baju, kasut ngan tudung. Aku beli tudung 2 helai (30 hengget) & palazzo pants (25 hengget). Dah lama aku mengidam nak pakai palazzo. Baru kini mendapat. Sadis tak? Sadis tak? Hu3...

Mak pun beli tudung jugak. Sehelai jer jumpa yang berkenan. Aku nak belikan lagik sehelai tapi, mak kata takde kaler best. Singgah jap kat gerai labu sayung sebab nak belikan nenek labu sayung.

Kami lunch di Restoran Tasik Raban kat Ipoh. Lauk memang tinggal sipi2 sebab masa tu dah pukul 3 p.m. Nasib baik ada seketul ayam goreng dengan daging masak lemak. Itu la lauk aku... Sodap what..?! ;P

Lepas makan, singgah Greentown Mall (GM). Tengok2 Nagoya buat sale melampau2! Umat manusia pun giler ramai kat dalam tuh. Aku takde beli apa2. Tapi, aku belikan mak aku kain sebanyak 2 pasang. Kat GM baru jumpa tudung yang mak berkenan. Aku belikan la... Anak mithali kata ko..! Ha3... Riak plak! ;P

Tak abis lagik shopping. Kami ke Jusco plak, carik baju untuk Alisya (anak Pak Su aku). Tak larat nak tawaf banyak2 sebab lutut dah lenguh. Jumpa yang berkenan, terus grab! & sila bayor...

Fuh! 1 hari berjalan... penatlah!


p/s: Kepada abang aku, baju Rifqi postpone dolu, ek? Sila beri laluan kepada adikmu ini untuk 'bernapas'! Ha3...

10 comments:

mama wanie said...

dasat nya bersoping....

best best

anitadiana said...

sedapnya laksa...tak pandang kiri kanan...he..he..jangan marah...

kaklong said...

klu lawan dengan rojak lagi besttttt...heheheh!

Ms.Lilies said...

ergghhhhh dedua peveret aku...
kenapakah ada tayangan camni?

wuwuwu sok kena carik cendol..

meare said...

salam.
weh,xsakit ka berurut?
weh,aku pn nk amik hg jd anak angkat aku la,so hg kena beli aku mcm2 gak tau ;P

ArELeEz said...

mama wanie,
pompuan katanya kan.. he3..

ArELeEz said...

anitadiana,
my 'sayang' jer yg gigih makan laksa.

ArELeEz said...

kak long,
oo.. rojak + cendol, ek? aah. sodap gak tuh!

ArELeEz said...

Ms.Lilies,
tayangan perdana nie tau! ha3..

ArELeEz said...

meare,
sakit la gak.. hu3..

klu aku anak angkat, means hang mak angkat aku la kan? so, hang la kene beli macam2 utk aku. t/jwb seorg mak angkat gitu..! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google