SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, January 19, 2011

KHASIAT JAMBU BATU

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

*Credit to: wajahayu


~ Jadik, jom makan jambu batu..! Aku sker yang takde bijik tuh! Sonang nak potong. Pastu, buh asam serbuk tu sket. Kalau buh banyak2 lagik marvellous! Tapi, disebabkan nak makan share2 ngan my 'sayang', kena la tabur sket2 jer sebab my 'sayang' tak sker masam2 sangat. & jugak disebabkan aku adalah isteri mithali, makanya harus la mengikut keinginan anak tekak dia... Ecewah! Tak abis2 ngan mithali! Ha3...

Moral of the story: Jangan biarkan diri anda, diselubungi kolestrol lagik..! ;P

6 comments:

wahida said...

suka makan jambu batu, tapi x leh makan byk sgt sbb ada asma...huhuhu...

nur said...

Makan oat bagus untuk kurangkan kolesterol.

Jemput keALL IN ONE

ArELeEz said...

wahida,
oo.. org asthma xbuleh makan jambu batu, ek? br tau nih! sbb yg selalu org bgtau just cam tembikai jer..

ArELeEz said...

nur,
yupp! yg tu mmg betul!

Mata Hati said...

org2 tua cakap kalau makan biji jambu batu boleh mendatangkan penyakit.
tak tahu lah betul ke tak.
yang penting, sya suka makang jambu batu bersama asam boi

ArELeEz said...

Mata Hati,
hmm.. ade gak leez dengor. means, b4 mkn kene buang bijik dia dolu lah. xpon, makan yg jenis xde bijik.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google