SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label JAMBU BATU. Show all posts
Showing posts with label JAMBU BATU. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

KHASIAT JAMBU BATU

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

*Credit to: wajahayu


~ Jadik, jom makan jambu batu..! Aku sker yang takde bijik tuh! Sonang nak potong. Pastu, buh asam serbuk tu sket. Kalau buh banyak2 lagik marvellous! Tapi, disebabkan nak makan share2 ngan my 'sayang', kena la tabur sket2 jer sebab my 'sayang' tak sker masam2 sangat. & jugak disebabkan aku adalah isteri mithali, makanya harus la mengikut keinginan anak tekak dia... Ecewah! Tak abis2 ngan mithali! Ha3...

Moral of the story: Jangan biarkan diri anda, diselubungi kolestrol lagik..! ;P

Wednesday, December 15, 2010

AH KAK TEWAS, NOKS..! TSK3...


~ Konon2, ini jer la menu dinner untuk malam tadi. Ade jambu batu takde bijik dengan limau tangerine. Makan sambil layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu kat Astro Warna. Tetibe, kedengoran 1 suara halus yang memecahkan keheningan malam...

Sang Suara: Sayang... Meh la sini... temankan abang makan nasik... Meh la... Meh la... Meh la...

Well... aku memang pantang dengor suara tuh! Musti nak laju2 jer carik dia! Si empunya suara tengah makan nasik baik punye..! Takpe2... Kuatkan benteng pertahanan diri! Fight, bebeh! Fight! Chaiyok2!!!

Tapi, suara tu tak putus asa! Dia keep on saying...

Sang Suara: Alaaa... makan sket jer... Meh abang suap, meh!

& akhirnye, benteng pertahanan diri ah kak roboh, noks..! Tewas dengan suara halus tuh! Mulut plak terkunci rapat dengan suapan demi suapan. Tsk3...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna... Ade hape dengan hal..??! (Confuse!) Hu3...

Saturday, December 11, 2010

HAPE KENE DENGAN KO WAHAI PERUT?

Ntah hape kene ntah ngan perut aku semalam?! Tetibe jer sakit. 2 kali ah kak memerut tau! Yang 2 kali tuh dalam tempoh mase yang berhampiran lak tuh! Sakit perut dia tahap yang tak buleh ditahan2 tu, ha! Means, kalau sakit harus cepat2 carik toilet. Sampai lenguh2 otot2 ah kak tau! Tsk3...

Kejadian berlaku di tengah malam. Sib baik my 'sayang' tak tido lagik sebab gigih tengok Pirates of the Carribean. Takde la scary sangat nak gi toilet. Ah kak memang giler penakut, hokay..! Hu3... Tapi, if my 'sayang' dah tido, aku tak kira! Aku kejut gak, kasik bukak mata dia luas2. Ngeh3...

Nak kata salah makan, rase2nye aku makan cam bese jer semalam. Means, takde la makan mende2 pelik. Cam tengahari tu makan nasik lauk ayam goreng, kuah kari ngan telur hancus jer. Belah malam lak snacking makan jambu batu yang takde bijik tuh. Cicah ngan garam. Sodap, wok..! ;P

Errr... jambu tu buleh mengakibatkan perut meragamkah?

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google