SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, May 25, 2011

PROMOTER YANG CAM KAMBING BARU BERANAK & REVIEW: FAST & FURIOUS 5

Kan aku ada cakap nak review citer Fast & Furious 5 yang aku ngan my 'sayang' tengok masa coti Hari Wesak tu kan... Ketinggalan ke? Ahhh..!!! Gasaklah! Nak review jugak! Ha3...

Sebelum tengok wayang, we ols shopping dolu sebab waktu tayangan adalah pukul 9.30 p.m. Kitorang keluar pukul 8.30 p.m. So, ada lagik kureng 1 jam sebelum waktu tayangan. Sempatlah shopping! Plus, my 'sayang' nak beli jeans katanya...

~ Dimulakan dengan wajah2 penyeri blog..! Amacam..? Vogue da vass tak ah kak? Ahaks3...

~ Kalau kat sini, The Store la shopping mall paling gah kata ko..! Ada discount untuk membercard lak tuh! Sehingga 70 %, hokay..! My 'sayang' pun mempergunakan kelebihan membercard wifeynya..! Amboi3..!!! Siap kenyit2 mata lagik nak ngorat 'si membercard' nih! Sila pecaya! Ha3...

~ Menuju ke fitting room... Rembat 2 jeans Texan yang harganya woo hooo... murah2 after less..! 1 jeans tu ada discount 50 %, another 1 ada discount 20 %. Terbang la dalam 200 ++ hengget... Bila tengok 'duit terbang', rasa cam nak jual balik jeans2 tu kat bundle. Aci tak? Ha3... Melampau betul bini dia nih! ;P
Kitorang tak puas hati la dengan promoter kat situ. Hampeh! Mentang2 la my 'sayang' pakai sandle huduh kaler coklat, baju t-shirt Shwarzenbach lama ngan seluar khakis paling nostalgia, terus dia pandang kitorang sebelah mata! Seolah2 kami nie tak mampu la nak memiliki jeans2 Texan tersebut. Cer kalau my 'sayang' pakai kot Lord's Tailor + spiky hair, aku lak dengan handbag LV + kasut Christian Luboutin... confirm dilayan seperti maharaja! Owh... tak sker bias!!! Mencik!!!

My 'sayang': Tolong carikkan saiz 36 kaler sekian2...
Promoter: Takde maaa... (belum carik dah kata takde + muka memang cam kambing baru lepas beranak! Huh!!!)

My 'sayang' tak puas hati! Dia carik + gali2 + korek2 sendirik! Hah! Amik ko! Kan dah berterabur sana-sini-sinun! Padan muka!!!

Promoter: You sebenornya mau kaler apa maaa..? Itu saja tinggal. Lain takde wooo...

Woit! Bukan tadi my 'sayang' dah cakap ke nak kaler sekian2..?! Nampak sangat ko ngelat! & fortunately, my 'sayang' jumpa hokay kaler lain instead of yang dia kata, 'Itu saja tinggal...' tadi tuh. Mengong kan promoter tuh?

& tak syiok la kalau aku tak sound sedas 2 kan...

Aku: Kami datang nak beli, bukan tengok2 main2. Kami beli, kami keluarkan duit, memang la nak tengok2 sume kasik puas hati!

Hah! Amik ko! Diam terus 1000 bahasa! Ah kak sebenornya dah malas dah nak melaser sebegitu rupa. Tapi, ko telah mendorong ah kak untuk melaser!!! So, terimalah...

~ Enough pasal promoter mengong cam kambing baru beranak tuh! Jom la tengok wayang. Kasik release tensen...

Review:-

Best, noks! Aku yang tak berapa in ngan citer2 aksi2 ganas nie pun tersyiok tahap gabanz! Citer dia laju. Takde sangat nak eksploitasi wanita berbanding ngan siri2 lepas. Buleh dikategorikan 'clean' jugak la... Pastu, kelakor, hokay..! Ganas + kelakor... Cer korang bayangkan... kan 1 adunan yang marvellous tuh?!! ;D

So, aku kasik 5/5 mintang2!!!

4 comments:

dwatyKNY said...

tak sempat nak tengok FF tu... terpaksala tunggu kuar dekat HBO... saya pun selalu gak kena... kalau pegi shopping, pelayan tak bape nak layan... taula kita ni low profile tapi... bukannya tak de duit... saya kalau dah takde yang layan saya blah jer trus...

wahida said...

fast furious mmg best!! aku bg 10 bintang!!

kalau aku, aku ludah je muka promoter tu, tak yah ckp banyak!! haha!!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

dwaty,
xpon beli dvd jer. he3..

tu la psl! tensen hokay..! xkan asal nak shoppin' jer nak kena b'lagak kaya baru diorang nak layan kot! huh!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wahida,
wah! bnyk betul mintang2! he3..

malas lak nak ludah2. bazir ludah jer. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google