SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 26, 2011

BAWAL CERMIN MASAK KICAP SEINDAH BIASA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak lagik, noks..! Ahaks3... Layan jer la, ek?! ;P

Bahan2:-

4 ekor ikan bawal cermin (disiang & dibersihkan)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dihiris)
2 atau 3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan jus asam jawa
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
1 inci halia
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak & goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kicap masin, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Kacau rata.
4) Masukkan jus asam jawa & cili hijau. Kacau lagi.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu.
6) Masukkan ikan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan daun sup.

~ Dah siap dah pun, Bawal Cermin Masak Kicap Seindah Biasa. Sap2 soi jer, noks..! ;P

6 comments:

fairus said...

ERMM... CAMBEST JE.. LAPARLAH PLAK..

wahida said...

ok nok, ko bg aku idea nak masak apa hujung minngu ni...ko best!!

tq!!

ArELeEz said...

fairus,
makan dgn nasik panas2, mmg best, wok..! ;P

ArELeEz said...

wahida,
ha3.. bagus la tuh, noks..! u're welcome!

si tuan putri kiUt said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaa jelesss3....
bilaaa laaa faiz nak masak plak ni?? tiap2 ptg hubby msg bgtau dh kenyang takyah masak? huks3

ArELeEz said...

si tuan putri kiUt,
alaa.. masak jer.. bila hubby tgk, musti dia lapor balik. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google