SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, May 18, 2011

APA..??? 171 JUTA HENGGET KATA KO..!!!

DALAM dua tahun kebelakangan ini, kerjaya hos American Idol, Ryan Seacrest memang cukup 'panas'. Seiring dengan kepanasan itu, Seacrest dilaporkan telah menerima kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda daripada penerbit program realiti TV itu, Fox Television.

Jika dihitung, gaji hos yang cukup berkaliber mengendali program tersebut sejak musim pertama hingga sepuluh sekarang ini dikatakan mencecah AS$55 juta setahun (RM171 juta)!

Menurut Splash News, pada tahun 2009, hos tersebut menerima gaji kira-kira RM15 juta sahaja setahun. 

Namun selepas namanya semakin berpengaruh, ia dinaikkan mencecah RM47 juta setahun dan terkini, dalam tempoh dua tahun sahaja, Seacest memperoleh gaji sebanyak RM171 juta setahun!

Pendapatan Seacrest itu sebenarnya turut disumbangkan daripada kerjayanya sebagai deejay radio KISS-FM dan penerbit program realiti TV, Keep Up With The Kardashians, selain memperoleh gaji sebagai penerbit eksekutif program masakan yang dihoskan oleh Jamie Oliver, Food Revotion. 

*Sumber: kosmo

171 juta hengget!!! Giler banyak tu, noks..! Banding ngan gaji ah kak yang seciput nih, woo hooo... bagai langit dengan bumi ko! Tsk3... 

Sentap!

2 comments:

wahida said...

aku pun sentap okeh!!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wahida,
sama2 la kita sentap2-an.. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google