SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, May 11, 2011

BELASUNGKAWA... AIMI JARR DALAM KENANGAN...

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penulis hiburan veteran, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi semalam di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini. 

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan Parkinson sejak beberapa tahun lalu disyaki diserang sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Menurut anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia sakit malah perwatakannya sentiasa ceria sebelum meninggal dunia. 

“Sebelum ini ayah kelihatan sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital. Namun, sejak malam semalam, dia asyik termenung, batuk-batuk dan badannya pula sejuk,” ujar anak lelaki tunggal Aimi Jarr itu.

~ Al fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

*Sumber: kosmo

4 comments:

NUR said...

AL FATIHAH.. mati itu pasti.

ArELeEz said...

NUR,
sama2lah kita bawak 'bekalan' utk ke alam yg 1 lagi..

azzey said...

Alfatihah...tak tau plak. ni baru tau...

ArELeEz said...

azzey,
ada kuar berita kat radio. paper pun..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google