SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 30, 2011

ASAM PEDAS IKAN TERMENUNG PAWANA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Entry main masak2 lagik... buat kesekian kalinya... He3... Kira aci la, ek? ;P

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dibersihkan)
5 helai daun limau purut
10 batang kacang bendi
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1 batang serai (diketuk)
Air
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Masukkan ikan termenung & jus asam jawa. Kecilkan api.
7) Masukkan kacang bendi. Masak hingga ikan masak & kacang bendi sedikit empuk. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ikan Termenung Pawana. Ecewah..! 'Pawana' lagik tuh..! Ko ado..??! Hiks...

Amacam? Rasa bergerak2 tak perut korang bila tengok gambar kat atas tuh waktu nak dekat2 lunch hour nie kan? Cer imagine ada plak nasik putih panas2 kat sebelah beserta ikan masin. Perrgghhh..! Ha3... *Entry bersifat kejam!*

4 comments:

Mama Gee said...

nama resepi bukan main lg...heheeh
tp asam pedas ikan termenung mmg syok lee...
mama hari2 makan asam pedas pun takpe...hahahaah gilok...

ArELeEz said...

Mama Gee,
well.. u know me.. he3..

leez sker asam pedas. tp, xmakan ikan dia. amik kuah ngan sayur-mayur cam kacang bendi tu jer. xreti makan ikan masak lembik2 camtu.

makan xgilok maa.. he3..

Mommy Fara said...

pawana eh? sedapnye!

ArELeEz said...

Mommy Fara,
aah. pawana.. amik berkat lagu amy search. heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google