SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 26, 2011

HAJAT ASHRAF JADI ALEESHA TERTANGGUH

~ MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

*Sumber: kosmo


Berpakaian seperti perempuan if memang sah2 lelaki = DOSA
Tukar jantina via pembedahan (transgender) = DOSA
Berhajat nak tukar nama plak = ISK3...

Aku harap mahkamah tak memihak pada dia!!! Nauzubillah...

4 comments:

dwaty said...

masyaallah... dah elok jadi lelaki... nak jadi pompuan... tak fikir ke kesan sampinga... sekang ni ok lagi coz masih muda... bila dah tua nanti... masalah akn timbul punya...

ArELeEz said...

dwaty,
tau xpe..! macam2 hal la donia skang! pelik2! ape dah xreti nak b'syukur ke? haish!

lily lotus said...

ya Allah apa nak jadi umat sekarang ni, tak takut kena laknat Allah ke..

ArELeEz said...

lily lotus,
hmm.. ntah la.. sesuatu perlu dilakukan!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google