SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, May 24, 2011

AYAM MASAK PEDAS GEMURUH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Morning, you ols..! Dah breakfast? Ah kak dah... Ah kak kan memang spesis wajib breakfast sebelum memulakan tugas seharian... Kalau tak nanti kang parkinson tahap 4 sebab kelaporan! Ngeh3...

Breakfast ngan my 'sayang' tadi kat City Mewah. My 'sayang' makan roti canai, aku lak makan roti telur. Terbaik wok rasa kari dia! Roti pun garing2 lembut. Sodaplah! Buleh terjah selalu pasnie. He3...

Semenjak 2 menjak nie kan ah kak agak rajin memasak kan... Ececeh..! ;P Baru2 nie, aku masak Ayam Masak Pedas Gemuruh. Nama resepi asal adalah Ayam Masak Pedas jer. Tang 'Gemuruh' tu ah kak saje jer gediks menokok-tambah. Gemuruh = tajuk lagu Faizal Tahir = melambangkan semangat ah kak masa nak memasak Ayam Masak Pedas nie la kengkononnya... Ecewah! ;P Sekali dengan darah gemuruh la...  Ha3...

~ Rupa paras Ayam Masak Pedas Gemuruh yang aku buat, siap ngan finishing tabur2 daun sup lagik, ko..! Ahaks3...
Meh nak show-off bahan2 ngan cara2 penyediaan Ayam Masak Pedas Gemuruh nih. ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dihiris)
1/3 cawan jus asam jawa
Serbuk kunyit
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air

Bahan2 Kisar:-

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Ayam dilumur dengan serbuk kunyit & garam.
2) Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Masak hingga terbit minyak.
5) Masukkan jus asam jawa, serbuk perasa, garam & gula. Tambah air jika perlu. Kacau rata.
6) Masukkan bawang besar & cili hijau. Masak hingga bawang & cili hijau sedikit layu. 
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata. 
8) Angkat & hidangkan dalam pinggan. Taburkan daun sup & siap!

Resepi digeledah dari blog tiffinbiru. Tapi, resepi tu pakai ikan. Aku convert jadik ayam. ;D

Selamat mencuba, ye! Kalau nak cuba la... ;P

2 comments:

wahida said...

resepi ayam kilat sabung menyabung ada tak? hahah!!

ArELeEz said...

wahida,
err.. ada kot.. tp, kene geledah pakai warrant csi dolu la.. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google