SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label FILEM. Show all posts
Showing posts with label FILEM. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #108: GERALD BUTTLER

~ 13.3.2016

#Throwback of Gerald Buttler.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #50: BALADA PENCINTA

~ Amik gambar dengan poster godang Balada Pencinta tapi, tengok Iron Man 3 kot...


:: Like3, ek! ::



Monday, February 27, 2012

'DON'T LET BANANA FRUITS 2 TIMES...' ;P

Ke mana korang semasa weekend, ek? Bercutikah? Berjalan2 cari makankah? Bershoppingkah? Atau bertengok wayangkah? ;P

Tak kisah la kan yang mana 1 korang buat. Janji korang happy. ;D

Kalau korang tanya ah kak, of cos ah kak jawab yang last sekali iaitu bertengok wayang. Tapi, bertengok wayangnya hari Jumaat. Kira aci la kot kalau nak include dalam aktiviti weekend... ;P

~ Berkobar2 nak tengok Adnan Semp-it 2. Akhirnya, tertengok jugak. Yesszaaa...!!!

Memula, macam nak book awal2 je tiket. Tapi, my 'sayang' kata walk-in je sebab takut tetiba ada pulak aral melintang kan... Pukul 9.15 a.m keluar rumah. Nasib baik tiket ada lagik. Seat pun still kat tempat yang strategic. Fuh!

Memandangkan waktu tayangan yang kitorang chop tu samadengan 10.30 p.m, makanya kami pun menjamu selera dululah kat Wana Cafe. Nasi putih + sotong cili kering + fresh orange untuk my 'sayang' & tom yam campur + air suam untuk aku. Alhamdulillah... 

10 minit sebelum waktu tayangan, kami dah terpacak kat Big Cinemas. Sempat lagik menapau popcorn ngan mineral water. Buat kudap2 kat dalam kang. Ngeh3...

Puas hatilah layan sequel Adnan Semp-it nih! Berbaloi2 20 henget duit tiket + duit beli popcorn yang dilaburkan tuh sebab cerita dia memang kelakor habis! Bergegar2 usus ah kak sebab asik gelak tak hengat! Hilang sekejap kesopanan & kesusilaan ah kak tau! Ha3...

Kalau korang rasa nak santai2 tanpa perlu banyak berpikir, nah... inilah dia cerita yang patut korang tonton! Giler lawak! Sumpahtaktipu!!! 

Rating: 4.5/5. 

Nak cerita lebih2, takut spoil pulak kang. Jadik, korang tengoklah sendirik, ek! 'CONDIFENT' lah dengan filem2 Malaysia amnya & filem Melayu khasnya... Sekian... ;)

p/s: 'Don't let banana fruits 2 times because it already fruits 
2 times... Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, November 25, 2011

TAYANGAN ISTIMEWA OMBAK RINDU

Hari ape, ek... errr... hari Rabu kot. Alaaa... hari yang Malaysia lawan Syria (bola sepak) tuh. Rabu la kan?

Haaa... malam tu aku cuti berblogging sebab konon2 nak kasik ruang untuk berehat + konon2 jugak nak layan bola lah. Eh! Macam tetiba pulak terminat kat bola... Penangan Sukan SEA kata ko! He3...

Tapi, layan sorang2, mana best! My 'sayang' lepas pekena durian, terus terbongkang tido. Penat sangat agaknya... Sebab jadual dia hari tu pack jugak. Aku kejut lapanplohkali suruh teman tengok bola pun dia just kata, 'Aaa... key2... aaa...' Haish! Mamai la tuh!

Boring! So, tukar channel, Astro Ria kot... ke Prima ntah... either 1 la... Eh! Ada Tayangan Istimewa Ombak Rindu la... Terus melekat depan tv!

Macam best la... Plus, aku follow novel tuh. Suka banget kat Aaron Aziz yang aku rasa ko bagi watak apa pun kat dia, dia akan buat sehabis baik! Dalam Jiwa & Lara jer aku nyampah! Sebab aku tak suka kot dia acting watak jahat2 yang style camtu. Kalau jadik 'abang besor' macam dalam KL Gangster tu aku suka la. Ecewah!

Hah! Balik pada Ombak Rindu, seriously, aku tak sabor nak tunggu keluar kat wayang. Nak tengok! Teruja, bebeh! 

Korang teruja macam aku jugak tak? ;P


:: Like3, ek! ::

Thursday, November 3, 2011

REAL STEEL

Kalau dulu, pelakon lelaki antarabangsa faveret ah kak adalah Brad Pitt tapi, sekarang mungkin dah berubah kot... Sejak aku tengok filem Real Steel la segala2nya berubah. Ecewah! Ayat skema habis! ;P

Aku dah start jatuh chenta dengan Hugh Jackman. Owh... marvellous betul mamat tuh tau! Nom3..!!!

No wonder la my 'sayang' dok puji si Wolverine dalam X-Men. Yang aku pulak masa tu menyumpah-seranah sebab aku memang tak berapa minat cerita bergenre seperti X-Men tuh. Not my type la kengkononnya kan...

~ Bestlah Real Steel. Hugh Jackman pun best! Dakota Goyo pun best jugak. Atom pun lagik best! ;D
~ Puas hati sebab dapat tengok filem yang best... yang tak menyerabutkan kepala otak untuk berpikir.

~ Thank you B sebab belanja tengok wayang cerita best. Sayang berjuta3 kalilah! Ecewah! Dan2 tu, noks! Ha3...

Aku nie sceptical sikit kalau bab2 filem yang berunsurkan robot nih. Means, tak excited sangat la nak tengok kan... Siap cakap kat my 'sayang'...

"B... kalau Leez tertido dalam panggung kang kira aci la, ek? Ngeh3..."

Tup2 bila dah tengok, memang layan habis! Tak sempat langsung nak tido mahupun menguap! Penangan Real Steel betul! He3...

Paling suka part Max (Dakota Goyo) pukul2 bapak dia, Charlie (Hugh Jackman) sebab tak tolong dia bawak naik Atom. Lepas tu part yang lawan2 robot tu pun suka jugak. Alaaa... masa Atom lawan ngan Zeus tuh. Dalam hati memang la nak sangat si Atom yang menang. Plus, biasa la kan... kalau dalam filem, yang baik2 harus la kalah dulu. Then, baru menang glory3! 

Tapi, bila diumumkan Zeus yang menang, terus tak kisah langsung! Sebab performance Atom jauh lebih hebat dari Zeus. Kiranya Atom nie macam wira di hati rakyat jelata gitu... walaupun rupa paras dia tak semenggah! Hiks...

Selalu kalau si jahat yang menang, mula la aku meroyan! Tapi, kali nie tak... sebab semangat Atom, Max & Charlie tu mengatasi kehebatan Zeus. Ahhh! Bestlah!

Last but, not least, selamat tinggal Brad Pitt... welcome to mama Hugh Jackman! Ha3...

Eh! Kiutlah Dakota Goyo tuh! Kan3..??? ;P


:: Like3, ek! ::


Sunday, September 11, 2011

HANTU BONCENG YANG... HMMM...

Semalam kan aku kata nak mendating ngan my 'sayang', tengok wayang. Well... plan tu menjadiklah. Ho yeah..! ;D

Sebelum keluar, google2 masuk website Big Cinemas, nak tengok waktu tayangan Hantu Bonceng yang still available. Ada pukul 10 ngan 12 p.m. Tak kose plak nak booking/print ticket sebab nak aci walk-in jer. Bajet nak amik yang pukul 10 p.m. Nasib baik available lagik.

~ Gumbira sebab dapat dating! Yahooo..!!!

~ Let's jom tengok wayang! La3...

~ On the way nak ke Big Cinemas tuh, aku terkagum2 bila tengok ada lantern yang banyak dilepaskan ke langit. Nampak tak yang 3 deret cahaya kecik2 tuh? Tu la lanternnya. Masa nie kereta tengah berjalan, aku gigih nak mengsnap. Tu yang bergegar2 tuh! 

~ See2! Nampak tak? Nampak tak?

Entah ada perayaan apa ntah?! Kaum Cina la kan... Diorang berkumpul kat dewan then, lepaskan lantern yang banyak ke langit. Pelik jugak aku tau! Pesta tanglungkah?

~ Hokaylah! Lupakan la sekejap pasal lantern2 tuh. Meh nak citer pasal movie yang aku tengok ngan my 'sayang' tuh. We ols tengok Hantu Bonceng. 

Sinopsis Versi Aku:-

Kesah Amran (Zizan) seorang mat rempit yang menyebabkan kematian Maya (Juliana Evans) secara tak sengaja dalam 1 kemalangan. Lepas kemalangan tu, roh Maya asik menghantui hidup Amran. Macam2 insiden yang jadik sampai la Amran & Kunyit (kawan Amran) jadik insap & perubahan Amran disenangi oleh girlfrennya, Ton (Jue Aziz). Tapi, hidup diorang mula berubah dengan kehadiran Ayu (Juliana Evans jugak), kembar Maya. 

Kalau nak tau endingnya, korang kena tengok la sendirik kan... Tak aci la sume aku nak citer dari A sampai Z. Tak suspen la kang. Heh3...

Tapi, kalau nak suh bagi rating, aku kasik 2 mintang out of 5 sebab plot citer dia cam takde point & tak logiclah! 

Aku bajet citer Hantu Bonceng nie best tahap gaban la kan... sebab 5 hari tayangan dah 5 juta hengget kata ko! Tapi, bila dah tengok, hmmm... biasa2 jer... Buleh la kalau nak buat release tensen... hopefully kan... Plus, Adnan Semp-it lagik better kot...

Apa2 pun, terpulang kepada penilaian & penerimaan memasing... Korang dah tengok ke? Kalau dah tengok, apa pendapat korang? Cer citer... Cer citer...


:: Like3, ek! ::



Friday, September 9, 2011

HANTU BONCENG... KAH?

By the time entry nie dipublish, aku mungkin dah ada dalam panggung wayang. & mungkin jugak tengah melayan filem Hantu Bonceng dengan my 'sayang'. Atau mungkin jugak filem lain yang tengah on showing.

Tak kesah la layan filem apa pun kan... Best ke... tak best ke... nanti ah kak buat review, ek?!

Hokaylah! Chow cin-cau dolu..!!! Babai... ;)


:: Like3, ek! ::

Thursday, August 18, 2011

SELAMAT PAGI CINTA

~ Aku tengah layan citer Selamat Pagi Cinta. Astro Citralah! Mana lagik?!

Start pukul 9 p.m tadi. Tapi, pukul 9.30 p.m baru aku tune ke Astro Citra. Sebelum tu, tengok Geng Mengaji.

Skang dah hujung2. Kejap lagik abis la... Citer Selamat Pagi Cinta nie macam berbelitlah. Macam ada 2 kesah. Of cos la kesah cinta kan... Antara sepasang kekasih, Azam (Que Haidar) dengan Suci (Sharifah Amani) & sepasang suami isteri, Ilham (Pierre Andre) dengan Julia (Fazura).

Nampak macam kesah cinta yang sadis la... Kesah Azam ngan Suci nampak klise sangat! Cinta antara 2 darjat kata ko! So, ah kak cam kureng like di situ. Tak berapa nak feeling2 sangat.

Ah kak lebih prefer follow kesah Ilham ngan Julia. Pasangan yang romantik, happy, bahagia... tapi, tetiba diduga dengan 1 dugaan yang amat besar! Sedih, noks!

~ Hmmm... sker la tengok Pierre Andre dengan Fazura. So sweet! Kalau kahwin betul2, kan syiok! Ecewah! Pandai pulak nak kenen2kan orang. He3...

Owh... Ilham dah nak mati! Nak nangis! Uwaawaawaawaaa.... 

*Credit to: budiey


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Saturday, July 23, 2011

MOVIE MARATHON LA SANGAT...

~ KL Gangster sudah. Tengok Transformer: Dark of the Moon lak. 

Takde la marathon sangat... Tengok date tu pun dah tau jarak tontonan 1 movie ke 1 movie. Saje jer buh tajuk begitu, nak kasik gempak la konon... Ngeh3...

KL Gangster bagi aku biasa2 jer. Balik2 gaduh... gaduh... & gaduh tak sudah2. Itu jer la kejenya kan... Apa yang spesel sampai buleh kutip 10 juta hengget pun aku tak sure?! 

Maybe sebab terpengaruh dengan KL Drift kot... Tak pun, tajuk dia yang macam ganas abis tuh. Tak pun, sebab dapat publisiti free pasal isu PEKIDA tuh. Hmmm... ntah la... Yang pasti, vocab aku bertambah especially dalam bahasa2 gangster nih. Lu... gua... Tok Anjang lu... Macam2lah!

Transformer: Dark of the Moon lak aku rasa cam giler boring. Dah la amik tiket pukul 12.15 a.m. Sah2 aku tido! Adeh3...

Lembab la dari yang Revenge of the Fallen tuh. My 'sayang' yang peminat setia Transformer pun mata dah kuyu2 nak menghabiskan citer. Aku lagik la... tido terus! Starting aku jaga, part tengah2 aku tido tak hengat! Ending aku jaga balik. Tu pun mata nie, masyaallah... susahnya nak dibukak! 

Hmmm... citer apa best skang nie, ek? Jom tengok wayang, jom! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Saturday, July 16, 2011

BEFORE YOU SAY "I DO"

Cuaca mendung jer hari nie. Dari pagi tadi sampai la skang, still mendung. Mata nie plak confirmlah bajet sleepy2 jer kan... Dari tadi dok berteman bantal & sofa dengan mata yang kuyu... 

Baru jer on lappy nih, start berblogging. Tadi, memang la mata kuyu2. Tapi, tak tido pun. Gigih melayan citer Before You Say "I Do" kat channel Diva Universal. Sebelum tu layan citer Nora Roberts-Midnight Bayou. Dua2 citer pun best!

~ Paling best citer Before You Say "I Do" nie lah. Bila tengok percintaan George Murray ngan Jane Gardner, terus feeling2 nak gi honeymoon ngan my 'sayang' Ha3... Ah kak memang over, noks! 

Meh nak share sket sinopsis Before You Say "I do" nih:-

George Murray's fiancee, Jane Gardner gets cold feet after accepting his ring, terrorized by her 1st wedding with Doug, who cheated that very day with their wedding coordinator. After a car crash, George finds himself 10 years in the past, just days before Doug's day. And before he & his collleague-friend Harvey Blinton are to be cheated out of a brilliant career in advertising by sleaze-bag, Jack Harrington. However, every change to the past starts a whole series, not necessarily for the better.

Begitulah kesahnya... Korang tengok tak tadi? Hmmm... kalau tak tengok, aku syorkan tengok la lepas nie, kalau ada ulang tayang la kan... Lepas tu, korang pun buleh la feeling2 honeymoon cam aku gak. Ha3...


Wednesday, May 25, 2011

PROMOTER YANG CAM KAMBING BARU BERANAK & REVIEW: FAST & FURIOUS 5

Kan aku ada cakap nak review citer Fast & Furious 5 yang aku ngan my 'sayang' tengok masa coti Hari Wesak tu kan... Ketinggalan ke? Ahhh..!!! Gasaklah! Nak review jugak! Ha3...

Sebelum tengok wayang, we ols shopping dolu sebab waktu tayangan adalah pukul 9.30 p.m. Kitorang keluar pukul 8.30 p.m. So, ada lagik kureng 1 jam sebelum waktu tayangan. Sempatlah shopping! Plus, my 'sayang' nak beli jeans katanya...

~ Dimulakan dengan wajah2 penyeri blog..! Amacam..? Vogue da vass tak ah kak? Ahaks3...

~ Kalau kat sini, The Store la shopping mall paling gah kata ko..! Ada discount untuk membercard lak tuh! Sehingga 70 %, hokay..! My 'sayang' pun mempergunakan kelebihan membercard wifeynya..! Amboi3..!!! Siap kenyit2 mata lagik nak ngorat 'si membercard' nih! Sila pecaya! Ha3...

~ Menuju ke fitting room... Rembat 2 jeans Texan yang harganya woo hooo... murah2 after less..! 1 jeans tu ada discount 50 %, another 1 ada discount 20 %. Terbang la dalam 200 ++ hengget... Bila tengok 'duit terbang', rasa cam nak jual balik jeans2 tu kat bundle. Aci tak? Ha3... Melampau betul bini dia nih! ;P
Kitorang tak puas hati la dengan promoter kat situ. Hampeh! Mentang2 la my 'sayang' pakai sandle huduh kaler coklat, baju t-shirt Shwarzenbach lama ngan seluar khakis paling nostalgia, terus dia pandang kitorang sebelah mata! Seolah2 kami nie tak mampu la nak memiliki jeans2 Texan tersebut. Cer kalau my 'sayang' pakai kot Lord's Tailor + spiky hair, aku lak dengan handbag LV + kasut Christian Luboutin... confirm dilayan seperti maharaja! Owh... tak sker bias!!! Mencik!!!

My 'sayang': Tolong carikkan saiz 36 kaler sekian2...
Promoter: Takde maaa... (belum carik dah kata takde + muka memang cam kambing baru lepas beranak! Huh!!!)

My 'sayang' tak puas hati! Dia carik + gali2 + korek2 sendirik! Hah! Amik ko! Kan dah berterabur sana-sini-sinun! Padan muka!!!

Promoter: You sebenornya mau kaler apa maaa..? Itu saja tinggal. Lain takde wooo...

Woit! Bukan tadi my 'sayang' dah cakap ke nak kaler sekian2..?! Nampak sangat ko ngelat! & fortunately, my 'sayang' jumpa hokay kaler lain instead of yang dia kata, 'Itu saja tinggal...' tadi tuh. Mengong kan promoter tuh?

& tak syiok la kalau aku tak sound sedas 2 kan...

Aku: Kami datang nak beli, bukan tengok2 main2. Kami beli, kami keluarkan duit, memang la nak tengok2 sume kasik puas hati!

Hah! Amik ko! Diam terus 1000 bahasa! Ah kak sebenornya dah malas dah nak melaser sebegitu rupa. Tapi, ko telah mendorong ah kak untuk melaser!!! So, terimalah...

~ Enough pasal promoter mengong cam kambing baru beranak tuh! Jom la tengok wayang. Kasik release tensen...

Review:-

Best, noks! Aku yang tak berapa in ngan citer2 aksi2 ganas nie pun tersyiok tahap gabanz! Citer dia laju. Takde sangat nak eksploitasi wanita berbanding ngan siri2 lepas. Buleh dikategorikan 'clean' jugak la... Pastu, kelakor, hokay..! Ganas + kelakor... Cer korang bayangkan... kan 1 adunan yang marvellous tuh?!! ;D

So, aku kasik 5/5 mintang2!!!

Saturday, May 21, 2011

JOM TENGOK JACK SPARROW..!

Hujan wooo... kat sini... Baru jer lagik. Start hujan pukul 6.30 p.m tadi. Sebelum tu dah mendung2 dah cuaca. Lebat gak nih! Alhamdulillah...

Pukul 8 p.m kang nak keluar dating ngan my 'sayang'. My 'sayang' ajak tengok wayang, citer fav dia. Apa lagik kalau bukan Pirates of The Caribbean-On Stranger Tides. Aku takde la die hard fan sangat kat siri2 Pirates of The Caribbean nih. Tengok pun setakat yang keluar kat Astro jer. Tengok sipi2 kata ko..!

Tapi, dah my 'sayang' ajak tengok kan... ah kak on jer! Agak2 santek, menarik, tertarik, komemangthebomb kang, ah kak layan la... Agak2 banyak mende2 disgusting yang keluar kang, ah kak tutup mata, layan popcorn lagik terbaik..! ;P

~ Semalam, dah usha ticket, actually. Tapi, yang pukul 9 p.m sold out. Tinggal pukul 7 p.m ngan 12 a.m. So, cancel! Hari nie pun tak buleh menaruh harapan sangat sebab takut sold out lagik. Main walk-in jer.
Eh! Aku dah tengok Fast & Furious 5. Best, noks! Nanti ah kak review, ek?! ;)


*Credit to: filmofilia

Monday, May 9, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

Jom tengok wayang, jom!!! ;)

Hah? Citer apa?

Owh... cer scroll ke bawah sket. Cer scroll... Cer scroll... ;P






















~ Nur Kasih The Movie, dowh..! Release on May 19th. 1 family buleh layan citer nih! Termasuk la anak2 yang kecik2 lagik tuh. Mana la tau kot2 ada mesej yang tersembunyi buleh sampai especially kat anak2 kan... Paling2 pun, kot2 lepas tengok kecomelan Tiz Zaqyah pakai tudung, terus bercambah2 minat diorang nak bertudung jugak kan... Who knows..?! Betul tak?

Aku pun macam nak terjah panggung wayang jugak. Nak bawak mak sekali kata ko..! Santai sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu..! Ecewah! ;P

Thursday, May 5, 2011

BILA TIZ ZAQYAH MENYANYI...

Bila Tiz Zaqyah menyanyi...

~ Best tak suara dia? Hmmm... aku rasa cam ok la... Not bad. Plus, Tiz Zaqyah kan idola aku. Harus puji kan... Ha3...

Nur Kasih The Movie dah nak release. 19 Mei nie kan? Isk3... Rasa cam mengelejat nak tengok. Ingat nak angkut mak sekali, layan filem tuh sebab mak aku memang penonton setia drama Nur Kasih. 

Jom tengok ramai2 jom! ;)

Wednesday, January 19, 2011

DAH TENGOKKAH?


~ Eh! Korang dah tengok Khurafat? Kalau belum, pegi la tengok! Sure nangis sambil tutup mata punye... wa cakap lu..! ;P

p/s: Review filem Khurafat, ada kat sini!

Saturday, January 15, 2011

KHURAFAT

Seperti yang dijanjikan, aku nak review filem Khurafat yang baru jer aku tengok petang tadi ngan my 'sayang'. So far, Khurafat memang seram la bagi aku. Kalau tak, takkan bila tiba scene malam hari aku asik pejam2 mata kan...

Instead of plot2nya yang seram, sound effect/system pun memang dasat! Buleh gugur jantung dibuatnya! Macam takmo pakai spec pun ado sebab kalau tak pakai spec, maka kaburlah pemandangan aku kan... So, takde la nampak hantu2 yang dasat tuh! Hu3...


~ Dalam poster, nampak hantu sket jer. Tapi, kat dalam filem, hantu muncul banyak kali, hokay..! Muncul secara tetiba lak tuh! Aku nak makan Cheezel pun tak senang! Hadoiiyaiii..!

Sinopsis versi aku:

Kesah sepasang hubby-wifey yang kena ganggu dengan makhluk halus. At the same time, ex-galfren si hubby tu dok kacau hubungan diorang sebab dia tak puas hati kene tinggal ngan boyfren dia. Jiwa dia kacau sampai la dia mati. Memang kena tengok sampai abis la baru tau sapa yang khurafat antara diorang sume tuh.

Ke... nak aku bagitau? Heh3...


*Rating: 4/5

Monday, November 8, 2010

CUTI2 CINTA

Eh! Korang dah tengok tak citer Cuti2 Cinta? Alaaa... yang starring Farid Kamil ngan Nora Danish tuh. We ols dah tengok dah. Tu pun secara coincidently. Memang unplanned. My 'sayang' tetibe ajak keluar, nak pusing2 tengok keindahan malam katanye... Wah! Romantikad'amor la plak laki den nih! He3... Takpe2... Layankan jer. Tak rugi pun... Untung lagik ade! Sebab mengeratkan hubungan, gitu..! ;D

Mase pusing2 tu, timbul plak idea bernas iaitu usha2 Big Cinemas. Nak tengok movie hape yang tengah on showing. Well... Big Cinemas kat sini, taklah sebesar mane. Ade 3 screens jer. Dalam satu2 mase, buleh tayang 2 movies jerk. Malam tu ade citer Tamil ngan Cuti2 Cinta. Makanye, we ols layan jer la Cuti2 Cinta.


~ Aci redah jer nih! Kalau best/ok, we ols layanlah sampai abis. Kalau citer dia macam kambing, sayonaralah!


~ Sebelum masuk theatre, we ols tapau popcorn, air mineral ngan 7-up dolu. Buat kudap2.

So far, citer dia ok la. Lebih kureng macam citer 9 September. 2 individu berjumpe, terperangkap kat pulau, asik gaduh tapi, pastu jatuh cinta... Memula cam lembab & boring. Dah tengah2 mase terperangkap kat pulau tu macam dah panas enjin sket la. Ujung2 lembab balik. So, buah tangan Ahmad Idham kali nie macam suam2 kuku jer la... To me, best lagik Adnan Semp-it. 'Dalam hati ade taman...' Heh3...

Abis tengok movie, my 'sayang' ajak supper kat Wana Cafe. Eh2! Lately nie asik2 Wana Cafe jer kan... Tetibe macam nak feeling jadik duta Wana Cafe lak. Ahaks3...


~ Makan yang lite2 jer. Aku order sup campur.


~ My 'sayang' lak order toast. Mintak 2 sets sebab ingatkan dia pakai roti Gardenia bese yang potong2 tuh. Rupe2nye pakai roti benggali. Giler banyak & besor, babe..!


~ Puas hati sebab dapat dating dengan cinta hati saya..! ;P

Kalau hari2 dating macam nie, tak payah susah2 keje, tetibe duit jatuh dari langit, kan best kan? ;P

Wednesday, July 28, 2010

MANTRAKAH..?!

Citer hari Jumaat... he3... saje jer peram, nak kasik suspen! Suspen la sangat! Ha3... Hokay2! Straight2! ;P

My 'sayang' ajak usha2 movie hape yang tengah in kat Big Cinemas skang. Actually, my 'sayang' berhajat nak tengok film Mantra. Aku pun nak gak tengok Mantra. Terpengaruh ngan citer kakak aku la nih! Dia kata best & seram & ade part geli2. Bab geli2 tu yang aku tak buleh blah tuh! Yarkkhhh! Tu yang potong stim tuh!


~ Mari kite terjah! Ecewah! ;P


~ Macam tak confident lak aku nak tengok Mantra nih! Isk3... Tengok citer Seniman Bujang Lapuk lagik best kot! Hu3...


~ Keputusannye... tak jadik tengok pun... sebab belum sampai turn Mantra lagik. Fuh! Lega, babe..! Kose lah nak layanz Toy Story 3/Ong Bak 3... Layanz tido lagik masyuk..! Heh3...


Ehem2..! Weh, korang! Ade berani mau tengok Mantra? ;P

*Credit to: sirhighcarl


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, November 13, 2009

2012

Weh, korang! Rase t'ujakah nak tgk film baru, 2012? Syiokkah, ek? My 'sayang' ajak tgk. Aku layanzkan jer... Kalo agak2 xbley layanz, aku layanz popcorn & m'tidolah! Ha3...
Maybe, we ols ke Ipoh kot semata2 nak tgk 2012. Tau jerlah... Big Cinemas tuh! Dok tayang citer yg karut-marut jerk. Lame plak tuh! 'Kan Alvin kan?' ;P Tp, kalo tetibe Big Cinemas tayang 2012, xjadik la kitorang ke Ipoh...

~ Aku tgk trailer dia jer ari tuh, mase lepakin'2 kat TGV, tunggu nak masuk theater tgk Papadom. Bese la kan... trailer mesti tunjuk yg masyuk2, hot2, bagus2 & tip top tip top kan... Mmg nampaklah kerealan ke-CGI-annye tuh! Tp, kadang2, trailer kemain malatops giler! Tp, bile tgk overall, hampehsz!
Ari nie kan start tayang?
*Credit to: 9st





::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, October 29, 2009

SaNTaU!



Filem seram baru nih! Produced by MIG. Produktif tul si David Teo kuarkan 'film' *Sebut 'film' dgn gaya sebutan David Teo. He3...* Tajuk film adalah Santau. Starrin': Esma Danial, Putri Mardiana, Zul (Handy Black), Farisya Fatin & Bob Lokman.

Sane sini org dok kepochikan pasal si Putri Mardiana nih. Katanye... b'bakat besor! Kalo xsilap aku, dia la salah seorang artis yg jadik wakil M'sia dlm WCOPA kat Hollywood tuh! 2ndly, org dok kepochi psl kes cerai dia.

Bese la tu... kalo dah jadik artis, hal2 cerai-kawen-tangkap basah-tangkap kering... sume kene korek! Nasib badan... Sbb tu aku xmo jadik artis! Hua3...


*Credit to: En. Budiey


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google