SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Friday, January 11, 2013

PENANGAN... ADAM & HAWA...

Hokay!

Adam & Hawa dah habis dah. Malam tadi finale. Pukul 9 malam aku dah terpacak kat depan tv sambil conquer remote. Ha3... Sebelum2 tu, dok surf blog2 hiburan. Haish! Kerja melalaikan betul! Tapi, tu la yang aku suka buat. Hu3...

Tepat pukul 10 malam, terus focus! Mata, minda semua kat Adam & Hawa. Iklan pun takde nak tukar2 channel kot..! Ha3... Pengangan betul!

~ Adam & Hawa masa kat Mekah. Dari Australia ke Tanah Suci Mekah Adam Mukhriz cari cinta Ain Hawani. Owh... so sweettt..!!! 

Gambar di atas dah jadik wallpaper desktop PC aku. Sekian, harap maklum... Ha3... Penangan lagik!

Kesimpulannya, ending adalah happy ending. So, aku suka! Tiada kompromi! Tapi, scene Ain deliver baby tu je yang tak berapa logik sebab baby yang katanya Arissa Nur Asyikin binti Adam Mukhriz tuh dah pandai main cak2 lah! Spoil sikit. Hu3... 

Cer amik newborn, kan lagik feeling para penonton. Adrenalin pun membuak2 je nak tengok. Dari adrenalin di tahap tinggi terus ke tahap sadis bila tengok baby yang main cak2 tuh! Adeh3... 

Banyak komen kat facebook, blog bagai... pasal Adam & Hawa. Ada yang positif, tak kurang jugak ada yang negative. Well... apa kata kalau kita cedok yang positif je. Macam, para suami, contohilah Adam Mukhriz. Penuh rasa tanggungjawab & sanggup berubah kerana Allah demi cinta yang Allah kurniakan. 

Para isteri pulak, amik aura positif Ain Hawani. Lembut di luar tapi, strong di dalam! Martabatkan harga diri. Jangan biar orang memperkotak-katikkan hidup kita.

Owh... dah macam pengkritik drama merangkap pakar motivasi pulak ah kak hari ni. He3...

~ "Agar kebahagiaan ini dinikmati hingga ke akhir hayat..." Scene ending yang sweet sangat2..!!! ;) Errr... tetibe terimagine, kalau aku deliver baby 1 hari nanti, agak2 my 'sayang' muat tak nak menebeng tido kat sebelah? Kena request katil king size kot..! Adeh3...

*Credit to: AdamHawaDrama


Windu Adam Mukriz...

Windu Ain Hawani...

Windu Cik Tet jugak... ;P

Errr... ada tak yang windu kat Dee & Muzaffar? Ooppsss!!! He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, February 27, 2012

'DON'T LET BANANA FRUITS 2 TIMES...' ;P

Ke mana korang semasa weekend, ek? Bercutikah? Berjalan2 cari makankah? Bershoppingkah? Atau bertengok wayangkah? ;P

Tak kisah la kan yang mana 1 korang buat. Janji korang happy. ;D

Kalau korang tanya ah kak, of cos ah kak jawab yang last sekali iaitu bertengok wayang. Tapi, bertengok wayangnya hari Jumaat. Kira aci la kot kalau nak include dalam aktiviti weekend... ;P

~ Berkobar2 nak tengok Adnan Semp-it 2. Akhirnya, tertengok jugak. Yesszaaa...!!!

Memula, macam nak book awal2 je tiket. Tapi, my 'sayang' kata walk-in je sebab takut tetiba ada pulak aral melintang kan... Pukul 9.15 a.m keluar rumah. Nasib baik tiket ada lagik. Seat pun still kat tempat yang strategic. Fuh!

Memandangkan waktu tayangan yang kitorang chop tu samadengan 10.30 p.m, makanya kami pun menjamu selera dululah kat Wana Cafe. Nasi putih + sotong cili kering + fresh orange untuk my 'sayang' & tom yam campur + air suam untuk aku. Alhamdulillah... 

10 minit sebelum waktu tayangan, kami dah terpacak kat Big Cinemas. Sempat lagik menapau popcorn ngan mineral water. Buat kudap2 kat dalam kang. Ngeh3...

Puas hatilah layan sequel Adnan Semp-it nih! Berbaloi2 20 henget duit tiket + duit beli popcorn yang dilaburkan tuh sebab cerita dia memang kelakor habis! Bergegar2 usus ah kak sebab asik gelak tak hengat! Hilang sekejap kesopanan & kesusilaan ah kak tau! Ha3...

Kalau korang rasa nak santai2 tanpa perlu banyak berpikir, nah... inilah dia cerita yang patut korang tonton! Giler lawak! Sumpahtaktipu!!! 

Rating: 4.5/5. 

Nak cerita lebih2, takut spoil pulak kang. Jadik, korang tengoklah sendirik, ek! 'CONDIFENT' lah dengan filem2 Malaysia amnya & filem Melayu khasnya... Sekian... ;)

p/s: 'Don't let banana fruits 2 times because it already fruits 
2 times... Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 18, 2011

FALLING IN LOVE


~ Falling in Love by Datuk Siti Nurhaliza.

Penah tengok/dengor tak Tok Ti perform lagu baru dia nih? Aku tengok 1st time masa Tok Ti perform kat Anugerah Planet Muzik baru2 nie. Best, noks!

Sker banget gue dengan lagu nih! Rancak! Tok Ti menari pun ligat jugak. Terasa seperti mahu menari bersama & feeling2 back up singer Tok Ti la pulok! Ha3... Over!

Kalau tak silap, Falling in Love nie single terbaru Tok Ti. & kalau tak silap jugak, nie adalah lagu pertama Tok Ti yang dirakamkan berbahasa Inggeris. Correct me if I'm wrong, ye!

So, what say you? Best ke tak best?

*Credit to: youtube

p/s: Teringin betul nak try Simplysiti. Tapi, apakan daya... ah kak hanya seorang government servant yang bergaji ciput jer... Mana bisa memilikinya... Ada siapa2 nak hadiahkan kat ah kak tak? Owh... kecik tapak tangan, 1 Bandar Teluk Intan ah kak tadahkan! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Wednesday, August 10, 2011

OPERA VAN JAVA

Skang kan ada free trial untuk Indo Pek kat Astro. Ada 2 channel, 141 ngan 142. Sampai bila ntah... aku pun tak tau.

Kalau bab sinetron2, aku tak layan sangat. Yang paling aku layan adalah Opera Van Java. Lawak, noks! Muahaha...

1st time tengok, tak la teruja sangat. Tapi, bila dah bertime2 tengok, jadik addicted lak. Haish!

~ Giler spontan! Ada sorang Tok Dalang, band gamelan + penyanyi, pelakon opera & extra (pelakon jemputan). Skrip tu diorang buat guide jer. The rest, diorang aci sker hati bapaktirilakimakdia jer. Ha3...

Woot2!!! Korang tengok tak?

*Credit to: aizleksmana


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Saturday, July 16, 2011

KILAUAN EMAS & POLIDENT

Aku tengah layan Pentas Kilauan Emas nih. Sebelum tu dok layan Zon Kilauan Emas. Dah jadik macam favourite show plak. Eh2! Ah kak muda remaja lagik, noks! Gigi pun takde makna nak pakai Polident2 lagik. Masih cukup sifatnya. Ha3...

Takde la... Actually, aku sker tengok makcik pakcik, atuk nenek tuh menyanyi sakan! Comel jer! Hiks...

Ye la... mana tak comelnya kan... macam2 ragam ado! Ada yang semput tak cukup napas la... pitching larik ke laut lagik... yang tak ingat lirik terus larik turun dari pentas pun ado! Jenuh Kak Engku nak mengejornya! Ha3...

~ So, ingat Kilauan Emas, ingatlah Norlia Ghani! Eh, silap2! Ingat Kilauan Emas, ingatlah Polident! Haaa... baru betul..! ;P 

Tuesday, June 28, 2011

LATEST VERSION OF BCL YANG KEMBALI SLIM

Dah lama tak dengor citer pasal Bunga Citra Lestari (BCL). Dolu2, nama dia hot & spicy gak kat Malaysia. Bukan sebab kerjaya penyanyi & pelakon tapi, sebab kesah kontroversi yang dia berc**m m*l*t ngan Asyraf Sinclair kat tepi pantai tu, ha..!

Kesah kontroversi tu reda lepas diorang kahwin. Bila dah kahwin, dengan Asyraf2nya sekali 'sepi' sebab dah bermastautin kat Indon. 

Tak lama lepas tu nama BCL naik balik lepas dia preggie sampai muka & body dia yang slim2 jadik kembang setaman. Asyraf plak banyak keluar kat sinetron2 Indon siap cakap loghat Indon dengan fasih lagik ko..! Dasat2...

~ Baru2 nie, diorang berdua jadik cover majalah. Majalah Femina kalau tak silap aku. Surprisingly, BCL dah slim, noks..! Dah takde kembang setaman dah. He3...

~ Sweet lil happy family... Comel anak diorang! Putih betul! Aku rasa, muka dia lebih kepada BCL la... Kan2..???

Wednesday, June 22, 2011

BOYFREN 'NORA ELENA' BUKAN SETH TAN YE..! ;P

Sure ramai yang tengok & follow citer Nora Elena kan? Betul tak? Sila angguk sambil senyum nampak gigi cam Nora Elena, ye! He3...

Aku tengok episod ujung2 jer. Episod last & ke-2 last. Ye la kan... memula bajet takmo layan sebab cam tak syiok jer kan... Tapi, bila ramai blogger dok canang Nora Elena nie best maka, terpengaruh la jugak aku! ;P

Lepas tengok episod ke-2 last, terus nak tengok lagik. Tapi, dah nak abis la kan... Sentap ah kak tau! Tsk3...

~ Owh... katanya, nie la boyfren si Nora Elena a.k.a Siti Saleha. Handsome, dowh..! Muka macam seiras lak tuh especially bila diorang senyum. Sepesen jer kan...

Nora Elena nie adik Sam (Bunkface). Banyak gak berlakon iklan komersial macam iklan Wrigley's Doublemint Gum ngan Enchanteur. Yang jadik wifey Ustaz Amirul dalam drama Ustaz Amirul untuk Slot Zehra TV3 tu pun dia gak. Sweet jer pakai tudung. 

Tapi, yang pasti Seth Tan bukan boyfren sebenor dia, ek?! Well... biasa la... kita nie kan kalau tengok drama2 yang rasa macam feeling2 jer bila tengok hero ngan heroin tuh, terus bajet nak kenen2kan diorang. Padahal, diorang berlakon jer pun! 

Boyfren dia yang kat atas tuh, ha..! Plus, Seth Tan a.k.a Aaron Aziz pun dah ada wifey & anak2 yang comel. Dah tak available dah nak dikenen2kan... ;P

Korang rasa kan, ada ke lelaki sebaik Seth Tan di zaman millenium nih?


*Credit to: oh bulan

Sunday, June 19, 2011

MAGHI MENAGHI 2

Maghi Menaghi (Mari Menari) 2 dah start. Ooppss! Saje jer ikut pelat 'R' Lisa Surihani. He3...

Masa memula si Lisa tu berlakon, aku tak perasan lak dia tu pelat nak sebut huruf R. Even dalam Adamaya pun tak perasan langsung! Tetiba, bila dia jadik host Mari Menari, baru la perasan sangat kepelatannya. Dah jadik trade mark Mari Menari pun. Kalau nak sebut 'Mari Menari' musti nak pelat2kan huruf R tuh. He3...

Tak kesah la kan... Janji muka kiut, hati legend cam Jambu (Maharaja Lawak). Ahaks3...

~ Peserta Mari Menari 2. So far, banyak la yang terror menari untuk season 2 nih. Bagus2... Clap3 untuk diorang... ;P

Aku start layan dari malam pengenalan yang tema prom nite tuh. Pastu, semalam layan 1st group punya performance sekali ngan penyingkiran. Malam nie plak layan group 2 punya performance. 

Citer pasal penyingkiran kan, macam tak puas hati lak aku tau! Sebab aku rasa MM Bibi yang patut keluar. Bukan MM Ummi. & aku rasa macam nak salahkan judges lak sebab diorang sume kasik MM Bibi markah kesian except Joseph Gonzales yang memang bagi markah sejujur2nya. Takde nak kesian2 derrr... 

Kalau setakat kibar2kan kib (spelling tak sure tapi, merujuk kepada mende yang macam kepak dikibar2kan tuh) ngan goyang2 buluh, nenek aku pun terror..! Tetiba plak judges bagi markah mencanak2 (except Joseph Gonzales la kan...) 

Macam MM Ummi tu aku rasa lagik better. Huh! Emo ah kak tau! 


Thursday, June 9, 2011

ROZITA CHE WAN DIJANGKITI HEPATITIS

Kita mulakan pagi yang ceria nie dengan berita artis sakit... Aci tak? Kira aci jer lah..! ;P

Artis yang dimaksudkan adalah artis pompuan yang cun-melecun awek si Shahir tu, ha..! Sapa lagik kalau bukan tokey bulu mata palsu si Rozita Che Wan (RCW)!

RCW dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya kerana menghidap penyakit hepatitis. Bahaya jugak kan penyakit tuh?

~ Apa2 pun, semoga RCW cepat sembuh... Amin...

Sekian, berita terkini. ;P

*Sumber: beautifulnara

Tuesday, June 7, 2011

GEBU-GEBAS & NAMPAK BIRU..!

Tengok Konsert AF9 tak last Saturday? Aku tengok. Tengok kat umah mertua ngan adik2 ipar. Kebetulan plak malam tu takde agenda bola sepak. Tu yang mendapat tengok AF9 tuh! Kalau ada agenda bola sepak, memang tak la...

Sepatutnya, kalau konsert yang dah nak dekat2 final nih, musti la macam gempak2 sket kan... Paling2 cikai pun, musti ada perubahan besor la persembahan student2 AF9 tuh. Tapi, aku tengok macam bese2 jer... Macam tengok 1st concert. Takde la sangat yang nak dibanggakan...

~ Aku lagik excited nak tengok Tok Ti yang jadik salah seorang juri jemputan malam tuh. Siap buat performance lagik ko..! Gebu-gebas betul Tok Ti nih! Biru mata hitamku... He3... Kalau nak tengok banyak lagik gambar2 Tok Ti yang gebu-gebas, terjah beautifulnara nih.

1 keistimewaan Tok Ti nie yang aku rasa takde kat mana2 penyanyi Malaysia nie adalah ko bagi jer lagu apa pun walaupun bukan lagu dia tapi, lagu tu secara automatik akan jadik seperti lagu dia bila dia nyanyi. 

Contoh: Kalau dia nyanyi lagu Chow Kit Road (Sudirman Haji Arshad), dah jadik macam lagu dia. Even kalau suh nyanyi lagu Salleh Yaakob a.k.a Abang Jem yang Gali Lubang tu pun akan jadik seperti lagu Tok Ti jugak. 

Aku puji bukan sebab aku die hard fan of Tok Ti. Tapi, dah suara dia memang sodap. I like lah! ;P

Aku tak berapa berkenan la tengok Lena nyanyi lagu Badarsila versi Inul Daratista. Macam something wrong somewhere la... Pelik!

Tok Ti nyanyi tak payah goyang gerudi pun... Tapi, malatops2 jugak lagu tuh sampai ke Indonesia nun..! Haish!

Wednesday, June 1, 2011

ELLY MAZLEIN'S ENGAGEMENT

Tahniah kepada penyanyi & pelakon, Elly Mazlein sebab dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya...

Kelazzz, noks... diorang bertunang..! Buat kat Kelab Equestrian Bukit Kiara lagik..! Ko ado..??! Ha3... Pastu, dengor citer konsep & busana ditaja oleh Reka Teemor. Wah! Baru bertunang dah ada yang sponsor nih! Kalau kawen, harus la berderet2 sponsor kan... Rejeki kata ko..! ;P

~ Tunang Elly Mazlein nie duda anak 2. Orang industri seni jugak. Azmi Mohd Hata namanya, seorang pengarah filem & drama.

Tak kesah la duda ke bujang. Asal bahagia gitu..! 

Eh! Santek2 jugak tau pakej wedding kat Reka Teemor nih. Tak caya, cer click sini. 


*Credit to: beautifulnara

Monday, May 30, 2011

TERLAMPAU BETULLAH!!!

Cer layan video clip kat bawah nie jap...

~ Nama Artis: Prema Yin. Kalau tak silap aku, penah menang program pertandingan nyanyian realiti kat NTV7, Who Will Win? Pelakon lelaki tu of cos korang kenal kan... Jejaka hot dalam Asmara & Asmara 2, si Shahs Jaszle. Pengarah video clip nie adalah Gambit Saifullah & Umair Mohamed. 

Komen Gambit Saifullah begini:-
Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.
i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain.
*Credit to: beautifulnara


Tapi bagi aku, memang terlampau betullah!!! Korang rase camne?


TAHNIAH SALMA-ERRA!

Tengok Final Mentor 5 tak malam tadi? Ah kak tengok. Tapi, tengok tak focus sangat sebab gigih melayan Lip2 yang kejap2 suh baca2 kan citer dongeng... kejap2 suh tulis2kan A, B, C... kejap2 ajak menyanyi2... Plus, bukannya selalu pun jumpa Lip2. Layankan jer la...

Lip2 sorang jer ada kat umah mak malam tadi. Mama, papa dia & Odah dah balik umah. Petang semalam, we ols (termasuk mak, Mak Yang, abang & family) ke spital. Kononnya nak menziarah Nenek Busu (adik ipar arwah atuk aku) yang katanya masuk wad sebab komplikasi kencing manis. Tapi, nurse kata dia dah balik.

Dah alang2 keluar tu, we ols pun berjalan2lah kat Teluk Intan. Bila time balik, Lip2 takmo balik ikut mama & papa dia. Dia nak follow kitorang balik umah mak. Mak aku bese la kan... memang tak tahan tengok cucu dia menangis2 sendu. So, angkut la Lip2 jugak...

Begitulah kesahnya... ;)

~ Eh! Congratslah kat Salma ngan mentornya, Erra Fazira sebab menang besor malam tadi. Suara Salma memang marvellouslah! Kalau kena gayanya, aku rasa Salma buleh pegi jauh macam Tok Ti. Jangan sexy-mexy sangat dah la...

Shiha ngan Iqa pun ok jugak malam tadi. Tapi, dah bukan rejeki diorang kan... Rejeki memihak kepada Salma. Pasrah jer lah... 

Mentor 5 dah tau dah sapa juara?! AF 9 tak abis2 lagik. Errr... sapa keluar last week, ek? Aku tak tengok la... Cer citer... Cer citer... ;P


*Credit to: beautifulnara

Saturday, May 21, 2011

BILA AMITABH BACHAN JADIK HANTU...

Baru lepas memasak. Wah! Bunyik seperti rajin sangat la plak kan... Ha3...

Menu untuk lauk hari nie berasaskan ayam. Masak apa? Owh... tak buleh la bagitau skang. Kasik suspen... Kasik suspen... Ahaks3...

~ Mengemas pun sudah, memasak pun sudah. Baru la heaven nak layan citer hindustan! Ecewah! ;P Citer hantu wooo... Bhoothnath tajuk dia.

~ Starring: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Amitabh Bachan ngan sorang budak kecik ntah tak tau nama dia apa?!
Aku tengok iklan dia tengahari tadi. Macam seram. So, gigih la nak tengok. Elok2 siap masak, citer Bhoothnath nie pun start. Rasa ngeri2 jugak nak tengok sebab kot2 la seram melampau kan... 

Tapi, tak pun... Citer hantu lawak. Amitabh Bachan lak tuh yang jadik hantu! Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... 

Kesah family Shah Rukh Khan yang mana wifeynya adalah Juhi Chawla & ada sorang anak lelaki nama dia Banku (dalam citer tu). Diorang pindah ke 1 umah agam besor tapi, berhantu. Nama hantu tu Nath. Bhooth = hantu dalam bahasa hindustan. Rumah besor tu dolu Bhoothnath yang punya. 

Ramai dah yang tak jadik dok situ sebab kena kaco ngan hantu tuh. Banku nie buleh nampak Bhoothnath. Bukan Bhoothnath yang menakutkan Banku tapi, Banku yang membuli Bhoothnath. Sampai Bhoothnath jatuh sayang kat Banku.

Tak tau la endingnya camne?! Tengah follow la nih! Heh3...


*Credit to: bindassbuzz & bbc

Friday, May 20, 2011

DOUBLE TROUBLE

Pagi nie ah kak mendrift secara tak hengat, noks..! Wah! Macam giler pro plak kan... Kalau suh mendrift buat bentuk donut tu mau jadik bentuk lain ah kak buat. Ha3...

Sambil drift, sambil layan lagu Fantasia Bulan Madu (Amy Search). Bersilih-ganti lagu rock berkumandang. Lepas Fantasia Bulan Madu lagu duet Amy Search ngan Awie Wings lak. Aku siap karoks dalam keta lagik..! Ehem2!!! Dah serak2 basah dah suara nih. ;P

Rangka promosi la tu... Search ngan Wings kan nak bergabung lagik... buat Konsert Lagenda Double Trouble, 27 Mei 2011. Venue kat Stadium Hang Jebat, Melaka.

Apa lagik orang2 Melaka... kasik gegar itu stadiumlah! Owh... yeah..! ;P

Thursday, May 19, 2011

ARTIS LELAKI KANTOI!!!

Mulakan pagi anda dengan citer hot lagik kontroversi!!! Owh... yeah..! ;P

Gossip, noks..! Sapa yang tak sker kan... Hiks... Over lak ah kak, cam Mat Kay-poh, hokay! He3...

Malam tadi kuar kat Buletin Utama, seorang artis lelaki berusia 29 tahun, berasal dari Terengganu, berstatus bujang, pernah menang pertandingan rock & balada, pernah jadik artis rakaman sebuah syarikat rakaman kat KL, dah jadik artis selama 4 tahun telah kantoi sebab kena cekup ngan polis, kes pecah umah.

~ Sapa, ek? Cer teka... Cer teka...

Sama2 la kita tengok Melodi minggu nie. Kita TERJAH..!!! ;P

Moral of the story: Kalau rasa2 diri tu fofular, toksah la buat keje2 pecah umah ke... pecah keta ke... yang sewaktu dengannyalah! Yang tak fofular pun toksah gediks nak buat jugak, hokay! Better pecahkan ruyung, barulah dapat sagunya! Tak gitu, Cik Senah? Hiks...


*Credit to: qimie

Wednesday, May 18, 2011

APA..??? 171 JUTA HENGGET KATA KO..!!!

DALAM dua tahun kebelakangan ini, kerjaya hos American Idol, Ryan Seacrest memang cukup 'panas'. Seiring dengan kepanasan itu, Seacrest dilaporkan telah menerima kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda daripada penerbit program realiti TV itu, Fox Television.

Jika dihitung, gaji hos yang cukup berkaliber mengendali program tersebut sejak musim pertama hingga sepuluh sekarang ini dikatakan mencecah AS$55 juta setahun (RM171 juta)!

Menurut Splash News, pada tahun 2009, hos tersebut menerima gaji kira-kira RM15 juta sahaja setahun. 

Namun selepas namanya semakin berpengaruh, ia dinaikkan mencecah RM47 juta setahun dan terkini, dalam tempoh dua tahun sahaja, Seacest memperoleh gaji sebanyak RM171 juta setahun!

Pendapatan Seacrest itu sebenarnya turut disumbangkan daripada kerjayanya sebagai deejay radio KISS-FM dan penerbit program realiti TV, Keep Up With The Kardashians, selain memperoleh gaji sebagai penerbit eksekutif program masakan yang dihoskan oleh Jamie Oliver, Food Revotion. 

*Sumber: kosmo

171 juta hengget!!! Giler banyak tu, noks..! Banding ngan gaji ah kak yang seciput nih, woo hooo... bagai langit dengan bumi ko! Tsk3... 

Sentap!

Wednesday, May 11, 2011

BELASUNGKAWA... AIMI JARR DALAM KENANGAN...

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penulis hiburan veteran, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi semalam di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini. 

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan Parkinson sejak beberapa tahun lalu disyaki diserang sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Menurut anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia sakit malah perwatakannya sentiasa ceria sebelum meninggal dunia. 

“Sebelum ini ayah kelihatan sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital. Namun, sejak malam semalam, dia asyik termenung, batuk-batuk dan badannya pula sejuk,” ujar anak lelaki tunggal Aimi Jarr itu.

~ Al fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

*Sumber: kosmo

Monday, May 9, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

Jom tengok wayang, jom!!! ;)

Hah? Citer apa?

Owh... cer scroll ke bawah sket. Cer scroll... Cer scroll... ;P






















~ Nur Kasih The Movie, dowh..! Release on May 19th. 1 family buleh layan citer nih! Termasuk la anak2 yang kecik2 lagik tuh. Mana la tau kot2 ada mesej yang tersembunyi buleh sampai especially kat anak2 kan... Paling2 pun, kot2 lepas tengok kecomelan Tiz Zaqyah pakai tudung, terus bercambah2 minat diorang nak bertudung jugak kan... Who knows..?! Betul tak?

Aku pun macam nak terjah panggung wayang jugak. Nak bawak mak sekali kata ko..! Santai sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu..! Ecewah! ;P

Friday, May 6, 2011

HIJRAH NOORKHIRIAH

"Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini.

Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik. Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit."

Antara kata2 Noorkhiriah bila dia skang tampil dengan imej ke arah bertudung. Hmmm... bagus la kan kalau dah sampai seru nak buat penghijrahan. Pelan2 & fahami erti sebenor menutup aurat. Insyaallah... keikhlasan tu akan datang jugak...






















~ Imej baru Noorkhiriah. Harap2 lepas nie dia bertudung litup. Pakai tudung, comel what..?! Kan2..??? ;)

*Sumber: beautifulnara

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google