SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BELASUNGKAWA. Show all posts
Showing posts with label BELASUNGKAWA. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

BELASUNGKAWA... AIMI JARR DALAM KENANGAN...

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penulis hiburan veteran, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi semalam di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini. 

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan Parkinson sejak beberapa tahun lalu disyaki diserang sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Menurut anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia sakit malah perwatakannya sentiasa ceria sebelum meninggal dunia. 

“Sebelum ini ayah kelihatan sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital. Namun, sejak malam semalam, dia asyik termenung, batuk-batuk dan badannya pula sejuk,” ujar anak lelaki tunggal Aimi Jarr itu.

~ Al fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

*Sumber: kosmo

Monday, April 19, 2010

BELASUNGKAWA... ALLAHYARHAM ABDILLAH MURAD MD SHARI...

Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawanya. Kemalangan tersebut berlaku berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd.


~ Kereta MPV Toyota Estima yang dipandu Allahyarham terbabas & melanggar papan tanda di bahu jalan sebelum terbakar. Tetapi, Allahyarham & rakannya sempat dikeluarkan oleh orang ramai yang datang membantu.


~ Allahyarham meninggalkan seorang balu, H.M Rosezaitul Suriani Wati & seorang anak perempuan, Puteri Saffiya.

Takziah buat keluarga Allahyarham...

Al fatihah...


*Credit to: budiey


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, April 2, 2010

BELASUNGKAWA... ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI (DIN BERAMBOI)...

Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.30 a.m *Jumaat*. Terkejut gak aku dengor berita nie kat MHI pagi tadi. Tapi, ye la kan... ajal-maut sume di tangan-Nya... Sebagai hamba, kite kene akur atas ketentuan-Nya...


~ Allahyarham dimasukkan ke ICU Hospital Selayang kerana disyaki menghidap jangkitan virus kencing tikus after shooting kat Zoo Negara. But, sebenornye allahyarham menghidap & meninggal donia akibat haemorrhagic dengue fever. Takziah buat keluarga Allahyarham...

Sampai mase, kite sume pasti akan 'dijemput pulang'... Al fatihah...


*Credit to: beautifulnara


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, March 29, 2010

BELASUNGKAWA... AL FATIHAN BUAT ALLAHYARHAM YANIE (MENTOR)

Siti Surianie Julkarim atau lebih dikenali sebagai Yanie, salah seorang peserta rancangan realiti terbitan TV3, Mentor, telah kembali ke rahmatullah pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Keningau, Sabah kerana menghidap penyakit ketumbuhan di dalam paru2. Meninggalkan suami & seorang puteri, Iris Sofia.


~ Allahyarhamah Yanie...


*Credit to: khairilhusni



~ Di hari persandingan... Lepas kawen, arwah memang macam menyepikan diri dari donia seni sehinggalah berita kematiannye mengejutkan ramai pihak termasuk mentornye, Ning Baizura.


*Credit to: syokkahwin


Walaupon dah lebih kureng seminggu arwah bersemadi 'di sana', namun tak salah if kita sedekahkan al fatihah kepadanye... Semoga rohnye dicucuri rahmat... Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google