SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 24, 2010

ASAM PEDAS IKAN MERAH OWHHH... LA2...

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:

2 ekor ikan merah (disiang & dicuci bersih)
7 batang kacang bendi
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dibelah 4)
Asam keping
Air
Serbuk perasa
Garam
Gula

Bahan2 kisar:

1 labu bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga wangi.
2) Masukkan air secukupnya & kacau.
3) Masukkan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
4) Masukkan serai & sebatikan.
5) Masukkan ikan merah & reneh seketika.
6) Masukkan kacang bendi & tomato. Bila ikan dah masak, bulehlah dihidangkan.


~ Asam Pedas Ikan Merah Owhhh... La2...

Actually, aku ada buh daun limau purut dalam asam pedas yang aku buat nih. Saje jer... nak kasik unik sket. Nak kasik rase dia jadik magic sket! Hiks... Yang tu optional la... Terpulang kepada selera memasing...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

Diarihatiku1976 said...

asam pedas ikan pari memang terbaikkkkkk.. letak daun kesum dan bunga kantan lagi best kan......

ArELeEz said...

Diarihatiku1976,
ikan pari leez xpenah try lagik. soon kot..! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google