SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 23, 2010

AYAM ALA KASSIM

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Bahan2:

1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
1 labu bawang besar (dihiris)
Asam keping
Air
Serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit

Bahan2 kisar:

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:

1) Gaulkan ayam dengan garam & serbuk kunyit.
2) Panaskan minyak & gorengkan ayam 1/2 masak. Angkat & toskan.
3) Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak. If kering sangat buleh la masukkan air.
4) Masukkan daun kari & kacau. Masukkan asam keping.
5) Masukkan kicap pekat.
6) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Garam sedikit jer sebab dah ade kicap.
7) Masukkan ayam & sebatikan.
8) Last sekali, masukkan bawang besar. Kacau rata. Angkat & sedia untuk dihidangkan.


~ Ayam Ala Kassim. Sodap dimakan dengan nasik putih/nasik tomato. Selamat mencuba!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

eynda said...

Nampak sedap :-)

ArELeEz said...

eynda,
mmg sodap! pd tekak leezlah.. lain org, lain citarasa! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google