SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 19, 2010

KENAPA PERLU BERSIFAT KEJAM???



BAITULMUQADDIS - Gambar-gambar seorang askar wanita Israel yang bergambar bersama sekumpulan tahanan Palestin yang bergari dan mata mereka ditutup dengan kain menimbulkan kecaman hebat di Israel kelmarin.

Stesen televisyen Israel menyiarkan gambar-gambar tersebut manakala pihak tentera mengeluarkan satu kenyataan yang menyifatkan ia sebagai tingkah laku yang tidak tahu malu.

Askar wanita yang bergambar itu, Eden Aberjil sudah menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sejak setahun lalu.

Aberjil menghantar gambar-gambar yang dirakamkan pada tahun 2008 itu ke laman Facebook.

Gambar itu menunjukkan dia tersenyum di hadapan tiga orang tahanan Palestin yang digari dan mata mereka ditutup.

Bagi mempertahankan tindakannya itu, Aberjil berkata: "Saya tidak memalukan tahanan-tahanan ini. Saya tidak memukul atau bersikap kurang sopan terhadap mereka. Ia sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh askar-askar Amerika di dalam penjara Iraq.

"Tidak ada kenyataan pada gambar itu yang menyebut mengenai keganasan, sikap tidak hormat atau apa sahaja yang menyinggung perasaan mereka (tahanan). Saya cuma merakamkan gambar dengan seseorang.

"Apabila saya mendapati ramai orang yang tersinggung, saya kemudian mengeluarkan gambar tersebut," kata Aberjil kepada Radio Israel. Namun, perbuatan askar Israel itu mendapat kecaman Ketua Jawatankuasa Menentang Penderaan Israel, Yishai Menuchim.

"Tindakan ini menggambarkan sikap yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi bukti bahawa tahanan Palestin dilayan seperti objek bukannya manusia," kata Menuchim dalam satu kenyataan. - Agensi


*Sumber: kosmo


Hape motip si Aberjil tu nak berposing dengan tahanan? & hape la motip si Israel asik nak berperang jer dengan Palestin? Hape, tak cukup2 lagikkah kemusnahan yang diorang buat kat bumi Palestin tuh? Takde perikemanusiaan langsung! Huh!

"Ya Allah... lepaskanlah bumi Palestin dari kesengsaraan yang telah sekian lama mereka tanggung. Berilah mereka kekuatan untuk menghadapi hari depan. Satu-padukanlah mereka supaya mereka mampu menjadi benteng untuk menentang musuh. Aminnn..."

Hanya doa yang mampu dititipkan kerana doa adalah senjata yang paling halus. Hmmm... what say you regarding this issue?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

ira-meare said...

tgk tajuk,ingtkn pasal buang baby,hehehe...israel laknatullah

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

meare,
psl buang baby pun aku hangen gak! huh2!!

israel laknatullah..!!!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google