SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, October 28, 2011

NASIK GORENG UDANG BANJIR

Selalu kita dengor pasal mee udang banjir kan? Kalau kat Perak nie, mee udang banjir yang fofular adalah kat area Taiping nun. Aku tak pernah nak merasa lagik. Dengor2 orang bercerita la kan...

Bukan mee udang banjir isunya yang aku nak sharekan. Tapi, nasik goreng udang banjir. Hah! Pernah dengor tak? Kalau tak pernah, meh nak cerita lebih lanjut. ;)

Alkesahnya, instead of melepak kat Padang Polo, we ols jugak menyopping kat Greentown Mall (GM). Aku terus masuk Nagoya sebab nak carik kain ela dengan tudung kaler silver. Sebab konon2 nak ikut tema majlis Dadi la kan... Silver kata ko!

Eh2! Banyak pulak kain kaler silver kat dalam Nagoya tuh. Bersepah2 hokay! Sap2 soi jer aku dah siap membeli! Macam magic sebab selalu kemain lama aku mentawaf. Tu pun ntah kan jumpa, ntah kan tidak. Hu3...

Mak pun aku belikan, silver jugak. Lepas tu, pusing2 lagik, mak terberkenan pulak kat 1 kain plain satin nih. Nak buat jubah katanya... Siap imagine2 design jubah yang mak nak buat tuh. Buh manik kat sini la... tangan kasik lebar2 sikit la... Ecewah! ;P

Eh! Aku tadi bukan nak cerita pasal nasik goreng udang banjir ke? Apsal mukadimah panjang berjela cerita lain pulak keluar? Hadoiiyaiiinya pun! Jap2. Relax2. Actually, nie macam kronologi sebelum penemuan nasik goreng udang banjir tu la... Jangan risau! Pasti sampai jugak akhirnya ke cerita nasik goreng udang banjir. ;P

Penat bershopping, hujung2 musti la lapor kan... Memula ingat nak terjah char kueteow Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) jer. Tapi, hujan la pulak. Tempat tu open. Harus la basah. Tukar plan. Carik gerai nasik goreng udang banjir terfames kat Ipoh! La3...

~ Inilah rupa nasik goreng udang banjir tuh. Tapi, kalau nak order, tak payah la cakap perkataan 'banjir' tuh. Just cakap nak nasik goreng udang jer. & diorang akan serve yang banjir udangnya macam nie. Sebab nasik goreng udang memang menu special kat situ. Tang 'banjir' tu aku yang gediks tambah2. He3...


Tak nampak nasik gorengnya kan? Aci selak2 udang dulu baru boleh nampak nasik. Marvellous, bebeh! Marvellous! 

Kalau korang singgah Ipoh, try la nasik goreng udang banjir nih. Dia bukan la restoran berbintang2. Sekadar gerai makan biasa jer. Nama gerai dia pun memang Gerai Nasi Goreng Udang. Tapi, aku tak retilah nak bagitau direction/map/yang sewaktu dengannya. Nantilah! Aku tanya my 'sayang', lepas tu aku jaja direction tu kat blogungukechentaan nih. ;)

Eh! Kat GM tu kan, selain dari kain ela, my 'sayang' jugak menyopping handphone! Hadiah surprise untuk isteri katanya... Ecewah! Ha3...

Handphone biasa2 jer... Takde la canggih-manggih macam handphone korang tuh. Bab nie, aku gebang di lain entry la, ek?! 

Sehingga ketemu lagik... Chow! ;)


:: Like3, ek! ::

2 comments:

fairus said...

NASINYA TAK NAMPAK.. UDANG JE... CAMBEST JE..

ArELeEz said...

fairus,
tau xpe..! mmg kene selak2 baru nampak nasik. of cos best!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google