SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, October 10, 2011

ASAM PEDAS IKAN GELAMA MIMPI YANG TAK SUDAH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Entry masak2 pulak yang banyak menyusul. Tuan tanah kedaung tengah gian memasak... begini la jadiknya... Cer kalau musim tuan tanah kedaung malas ya hamat... mau menggoreng ikan bilis pun tak kose! He3...

Bahan2:-

3 ekor ikan gelama (disiang & dicuci bersih)
7-10 tangkai kacang panjang (dipotong)
1/2 cawan cili kisar
1 batang serai (dibelah 2)
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Air masak
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk, serai & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan serbuk kunyit & tuangkan air masak.
3) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, asam keping & gula.
4) Masukkan ikan gelama.
5) Masukkan kacang panjang. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ikan Gelama Mimpi yang Tak Sudah. Amekaw! Gambar periuk terus! Ha3...

Tambah sket dengan ikan goreng/ikan masin goreng, makan dengan nasik panas2, memang perrgghhh..! Terangkat2, bebeh! ;P


:: Like3, ek! ::

2 comments:

Fara said...

Awak nak tau tak? Nielah 1st time st dgr asam pedas ikan gelama. Sedap ke? Sbb ikan gelama tawar isinya kan?

ArELeEz said...

Fara,
nak kata sodap sgt tu, xla.. tp, leez mmg sker ikan gelama. klu goreng garing2, cicah cili kicap pun best!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google