SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MAKAN2. Show all posts
Showing posts with label MAKAN2. Show all posts

Monday, March 13, 2017

BERKELIP2 MINTANG

IC dah gorgeous. Maka, mood makan pun datang berduyun2...

Haaa... nampak tak cobaan nak buat perkaitan antara 'IC' dengan 'makan' tu..? Buat2 logic jerrr... Ha3...

~ Dinner kat sini. Nasik Arab, u ols..! Ahaks...

Restoran Hadramawt Towers. Kategori baru bukak jugak la... Tengok nama restoran pun dah boleh agak apa menu yang di serve kat sini kan... 

~ 2 beranak yang gigih selfie. Always. Ha3...

~ Konsep sengetkan muka untuk nampak kurus... walaupon... Ha3...

~ Gebu & sodap.

~ Sodap, sodap & sodap. Kecuali air strawberry juice + asam boi tu yang terlebih manis.

Semuanya superb! Dari environment ke service membawak ke sajian hidangan. Semuanya tak mengecewakan. Nasik Arab the best in town I've ever had, so far. Hah, speaking London dah dia..! Nak speaking Arab tak berapa fluent. Redah je la speaking London. Kengkonon omputih mix Arab la ni... Ha3...

~ Diakhiri dengan Mother yang gumbira... ;D

Restoran Hadramawt Towers,
No. S1-G (Tingkat Bawah), Jalan Pasar,
Pusat Komersil Sentral Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

No. Telefon: 011-51297550 (Encik Wael Mohammad Saleh / Managing Director)

Rating: 4.5 / 5 mintang

Haaa... berkelip2 mintang ia..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 9, 2017

AIR MATA TERHARU

#Throwback

Cerita birthday tertunggak tak habis lagik. Hadap je la entry2 #Throwback ni buat ke sekian kalinya... ;P

Birthday Kak Aneem pulak. Abang plan surprise. Partnets in crime adalah seperti berikut:-

Aku
Oppa
Mother
Anakanda2 Abang (Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Rania... pon bollehhh... la...)

Tugas Mother: Tolong buatkan pulut kuning, replace kek.
Tugas aku & Oppa: Tolong hias pulut kuning. Tolong stand by kat rumah Mother. Tolong havoc2, poyo2, over2. Owh... bisa diatur! Memang kepakaran kitorang tuh. Ha3...
Tugas anakanda2 Abang: Nyanyi lagu & bagi kad birthday kat Mama diorang.

~ Dialah penghias, dialah jugak pengacau. Serba boleh. Ha3...

~ Pesen potong tembikai ala2 ice cream sangat menular dalam jiwa aku. Jejah la trend setter nya..!

~ Siap!

Apa lagik..?! Touching lah Kak Aneem. Sebab dia ingatkan, takde siapa2 even Abang sekali pun ingat birthday dia. Jangankan celebrate, wish pun takde. 

Tetibe, dapat birthday surprise yang seumpama ni. Kompom tumpah jugak air mata happy + terharu. He3...

~ Birthday girl baru lepas kesat air mata. Ha3...

~ Meriah dengan anak2 & makanan2.

~ Terima kasih untuk pulut kuning, ayam sirsau & segala macam jenis makanan air tangan Mother tu. Setiap jam kitorang repeat makan. Bersilih-ganti, tanpa sekelumit pun ada rasa bersalah. Ha3...

Semoga murah rezeki & happy selalu di samping family tercinta. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, November 28, 2016

TERIMA KASIH, SI PEMBELANJA

Dinner treat by Awa.

Di Restoran Mutiara Seafood. Aku & Oppa bertugas sebagai tukang order supaya senang. Nanti diorang sampai, makanan dah siap.

Tak semua yang dapat join. Mana yang balik kampung je. 

~ Port kami.

~ Terima kasih kepada si pembelanja. Semoga semakin murah rezeki. Aminnn...

Dapat chit chat sekejap je... Abah dah ajak balik. Mengantuk.

Takpe... Next time, ada rezeki, umur panjang, kita chit chat & makan2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 15, 2016

BERBALOI DAH TU

#Throwback

Beraya, berkumpul dengan family, memang seronok. Dapat attend open house pulak adalah beronok2..! Heh3...

Tahun ni berkesempatan aatend 2 open house. Dah kira berbaloi dah tu. 

Open house pertama: Rumah kawan Mother. 

Tak jauh. Dekat je. Tak perlu nak Waze pun. ;P

~ Aktiviti setelah kenyang.

Mother tiada dalam gambar sebab gigih bersosial dengan geng beliau kat meja lain. Takpe... Biarkan je... Sekali-sekala nak hang out dengan geng.

Bihun, laksa, sosej, nugget, nasik impit, rendang, mee goreng, bubur kacang, kuih-muih, bla3... Tak ter-list semua menu! Beraneka jenis. 

Open house ke-2: Hotel Angsoka. Open house family Hazrie.

Hujan renyai2 pun redah jugaklah. Don't care! Nak 1000 daya, nahi3 1000 dalih! Ha3...

~ Makan nasik ayam.

~ Port thorrbahekkk sebab dekat dengan meja hidangan buffet. Bijak tak? Bijak tak?


~ Family members yang gorgeous. Eceh! Ahaks...

Open house ni konsep dia 2 in 1. Maksudnya, ada open house raya + majlis akikah anak sedara Hazrie. Meriah jugaklah. Siap ada lucky draw. Tapi, ah kak tak berapa nak bertuah. Takpe. Takde hal bab tu. Yang penting, makan. Ha3...

~ Terima kasih, tuan2 rumah open house.

Semoga dimurahkan rezeki. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 11, 2016

HATI PUN SENANG...

Lapornya perut bukan kepalang. Tapi, malas pulak nak terus dinner lepas balik kerja. Macam awal sangat. Kang pukul 9 malam, perut & tekak dah mintak macam2. Ngengada sangat tau..! Mencik! 

Jadiknya, mohlah kita balik rumah dulu. Kasik mandi, kasik refresh. Lepas Maghrib, barulah kita jalan2 carik makan. Bawak Mak sekali sebab Mak ada lepak2 kat rumah aku.

Kami pilih Restoran Wana. Craving for tomyam putih dia. Sodap! Marvellous! Ho liao! Best in the world! Haaa... apa lagik nak?! ;P

~ Oppa dengan air laici, Mak dengan lai chi kang suam. Ghalit!

~ #9

~ Mak yang maintain vogue di mataku. Ecewah! ;)

~ Amik set untuk 4 orang makan kot... Ada nasik putih, tomyam putih, kerabu sotong, telur dadar, kailan ikan masin & sweet sour fish fillet. Ermmm... dappp... ;D

~ Tekak aku demand! Takmo nasik putih. Nak nasik goreng. Heh3...

~ Sejenis art kat dinding restoran.

Service mesra alam & pantas. Perut gumbira. Hati pun senang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 22, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #82: HAPPY TUMMIES

~ Jemput makan.

~ Jemput tengok. He3...

Menggumbirakan perut. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 25, 2014

MACAM ROMEO DENGAN JULIET...

#throwback

Officemate dengan jamuan makan2 memang tak dapat dipisahkan. Macam lagu dengan irama... Macam ombak dengan pantai... Macam Romeo dengan Juliet... Ecewah!!! Ha3...

Sebab tu jugaklah kat opis ada Pegawai Jamuan. Jawatan yang diwujudkan khas untuk Kak Ja. Kira sain sampai pencenlah! Dengan harapan, Kak Ja tarik balik permohonan transfer dia either ke Terengganu / HQ. Hiks...

~ Hati pun beronok2 bila di depan mata terbentang luas makanan2 cenggini. Ho3...

~ Pegawai Jamuan dengan Assistant Pegawai Jamuan. Eh, tetiba pulak Cik Nad jadik Assistant Pegawai Jamuan! He3...

~ Proses melonggarkan button blazer memasing sebab takut sendat. Ha3... Larikksss..!!!

~ Opening speech from Encik Boss.

~ Diikuti dengan personal speech daripada Cik Nad, ...

~ ... Kak Ja, ...

~ ... Encik Selvam, ...

~ ... Hafiz, ...

~ ... Fadzil, ...

~ ... & Encik Amir.

Semua kasik speech kecuali ah kak sebab ah kak sibuk jadik photographer merangkap berselfie tak hengat! Heh3...

~ 3 munge SKM, Hilir Perak. Ececeh..! ;P


~ Macam nak bersilat je... Isk3...

Ini jamuan raya merangkap jamuan untuk mengalu2kan kedatangan Cik Nad. Sebab tu ia di #throwback kan. Plus, tengok je la makanan2 yang terhidang kat atas meja tu. Lemang, nasik impit, kuah kacang bagai... Obvious sangat mencerminkan tema rayanya..! ;P

'Kembung' perut untuk 1 hari. Terima kasih Puan Pegawai Jamuan yang gigih menjayakan makan2 nih. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 7, 2014

MUKADIMAH YANG KIUT

Sebelum Ramadan...

Mak tak berapa sihat. Patutlah bila aku call, suara macam lemah je...

"... Mak dah makan ke belum?"
"Dah... Tapi, macam takde selera je...Macam nak makan mende lain."
"'Mende lain' tu apa?"
"Alaaa... ni haaa... tadi lepas semayang, Mak baring2 depan tv, keluar pulak iklan KFC. He3... "

Mukadimah cenggitu... sumpah... kiut sangat..! Ha3...

~ Phone call tu dah agak lewat. Jadik, aku bawak Mak makan KFC keesokan harinya.

~ Happy lettew.. ! Hiks...

~ Chentahati ah kak ni pun happy jugak. Tau2 je... dah sendawa. He3...

Hati gumbira, perut pun happy... ;)

Yang tak happynya bila tengok entry ni di petang hari di bulan Romadhon. Ha3... Mahap3... ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, June 13, 2014

APPRECIATE BILA MAMPU BERCANDA CENGGINI

Hari yang sama dengan hari 'Jelajah Keretapi' Mak & geng surau...

My 'Jebat' cuti. Cuti dari sebarang kerjaya dia yang bercabang2 tuh. Kontraktor & petani moden... dua2 off! Sangat heaven bila dapat spend time together2. Tapi, kalau spend time kat rumah je, macam tak berapa #halussss je kan... Maka, we ols pun datinglah ke Lumut...

 ~ Agenda pertama adalah makan laksa & cendol. Sangat secocok kan..!

Sampai meleleh2 habaq hang..! My 'Jebat' kalau buat lakonan semula, memang poyo! Ha3...

We ols menjamu selera kat area Lumut Waterfront tu jugak. Bukan yang tepi laut. Tapi, yang seberang jalan belah sini. Boleh imagine tak direction ah kak nih? Aku pun konpius bila baca balik. Ha3... 

Alaaa... senang cerita, yang kat area banyak kedai2 jual hasil laut tu la. Sederet port makan kat situ. Pilih je nak masuk celah mana 1. Dulu, aku pernah rasa laksa yang sodap kat sini. Lama dah... Yang pasti, bukan stall yang ni. Salah percaturan sebab laksa dia ke laut sikit. Cendol pun ke laut! Pakai santan lama. Yappedaaa..! Potong selera betul!

~ Selfie kat Lumut Waterfront. Jalan kaki je, you ols..! Sesak napas sekejap. Hnnsss3..! Tak jauh mana pun... Tapi, paham2 je la, ek! Hu3...

Tak lama pun kat Lumut Waterfront tu. Panas membahang! Cair make-up I ols tau..! Awwsss..! ;P

Sang gagak pun banyak. Neves pulak tengok 'najis muttawasittah' yang bersepah2 tuh. Better chow sebelum menyesal! Okbai.

Agenda ke-2 adalah shopping kat AEON Seri Manjung. Bajet nak rembat sehelai blouse je. Tapi, 'tawaf2 sikit rasa macam... 'Eh, canteknya!'... 'tawaf' ke depan lagik... 'Ada discount, dowh..!'... & ke depan2 lagik... 'Perrgghhh..!!! Cantek! Rugi tak amik!'... Sudahnya, membawak ke 3 helai blouse. Siap buat AEON Member Card lagik. Renew untuk 2 tahun terus! Sebab ada promotion. Berbangga betul pada diri sendirik! Ha3... 

Agenda ke-3 samadengan carik makan. Revisit Restoran Ikan Bakar Nasa2. Hadiah untuk perut kekdahnya... Hiks...

~ Sup ekor tu sodap. Sotong goreng tepung pun pakai sotong fresh. Bagus! Boleh menambahkan kegumbiraan perut. ;P

~ Sotong bakar. Fresh jugak. Tapi, perapan tu macam terlebih serai.

~ Pulut mangga sebagai desert untuk My 'Jebat'. Aku mintak tolong dia suapkan mangga tu je. Tak keras sangat, tak lembik sangat. Sedang2. Sodap!

Sila ke alamat berikut kalau rasa nak terjah jugak:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Jarang wooo... dapat bercanda cenggini... So, sangat appreciate! ;)


p/s: Mak selamat sampai. 'Jelajah Keretapi'nya berjalan lancar. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google