SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 7, 2011

TERUNG TUMIS CILI PADI NADIKU

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah tengahari nie kan? So, harus la ah kak menjaja gambar2 makanan pulak. Ngeh3...

Jom tengok bahan2 & how to cook it?! Jom2!!! ;P

Bahan2:-

2 biji terung panjang (dibelah 2 & dipotong selebar 1 inci)
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air

Bahan2 Tumbuk:-

5 biji cili padi
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan terung & kacau rata.
3) Tambahkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Masak hingga terung empuk. Angkat & hidangkan.

~ Terung Tumis Cili Padi Nadiku. Amik ko! Lagu Sabhi Sadhie terus! Ha3...

~ Dimakan bersama nasik putih panas, Ayam Goreng Upin Ipin Betul3!!! & ikan goreng tepung.

Cer try... Cer try... Aku jamin terbaik dari ladang, noks..! Mudah lagik menjimatkan masa lak tuh! ;P

2 comments:

dwaty said...

sedapnya... dah lama tak makan terung... suka terung masak kicap...

ArELeEz said...

dwaty,
owh.. 1st time dengor terung masak kicap. btw, terug mmg sodap!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google