SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, June 16, 2011

SELAMAT BERTUNANG CIK A-IM & CIK ANI...

Layan gambar ngan captions jer la, ek? Sebab takde idea bernas nak buh mukadimah apa?! Ngeh3...

~ Nama tunang A-im nie Rohani. Adik2 ipar aku sume dah siap2 panggil Cik Ani. Aku follow jer... Hiks...

~ Tersarungnya cincin di jari Cik Ani...

~ Makanya, tunangan A-im lah beliau secara officially...

~ Peluk cium dengan bakal mak mertua.

~ & pose..! ;P

~ Deretan hantaran daripada pihak lelaki. Kalau tak silap aku, ada 13 dulang sumenya.

~ Berbalas berapa daripada pihak pompuan, takde la plak aku ingat... Sampai rumah tempat istirehat, tak sempat nak kira, dah kena 'langsaikan' dengan adik2 ipar. Rakus betul diorang tau! Ha3...

~ Paling tak buleh blah halwa betik nih. Sume pun dah tak tau nak deco2 macam mana?! Aci wrap2 & buh dalam bekas begitu jer... Buh la sket coklat bar Cadbury sebagai hiasan... Kira jadiklah tuh! ;P

Sesi peminangan berlaku dengan pantas! Sap2 soi dah settle! Takde maknanya nak berpantun2 bagai... Aci straight to the point jer. 

Sangat bagus sebab perut pun dah lapor tahap gabanz! Buleh la terjah meja santapan plak. Lauk best, noks..! Ada ikan masak pedas, sambal goreng, gulai ayam kampung, ikan goreng, gulai nangka & ulam2-an. Kuih-muih pun ado. Ikan masak pedas tu memang superb! Rasa macam nak mintak tapau lak. Ha3... Melampau! ;P

Akhir kata, Selamat Bertunang kepada Cik A-im & Cik Ani... Jaga2! Darah tengah manis tuh! Tak pecaya? Cer rasa... Cer rasa... Ha3...


2 comments:

My Little Diary said...

selamat bertunang dan semoga cepat bernikah pula....

ArELeEz said...

My Little Diary,
tq2.. (bg pihak..)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google